KEPALA digelengkan lagi bersama muncung di bibir . Tubuhnya dipeluk .
"Habis tu yang tu ? Cantik juga jenama lenovo tahan lama" Asyiela menggeleng lagi .
"Tak nak!" Zafril mula mengurut dahinya .
Pening dengan karenah isterinya .
"Habis tu ?" Asyiela mula tersenyum lebar .
" Aku nak tu" Lurus jari telunjuk Asyiela ke arah Samsung Galaxy J7 berwarna putih .
Bagi Asyiela cukup sekadar Samsung . Kalau minta iphone mampu ke Zafril beli?
"Kenapa tak cakap awal awal . Hampir satu jam kita dekat sini tau" Asyiela tersengih lebar .
"Boleh?" Lantas Zafril meraih tangan Asyiela .
"Untuk sayang apa apa pun boleh" Asyiela membuat riak menyampah .
"Kau tak payah nak buat ayat berbunga bagai . Cepatlah aku nak tu ." Rengek Asyiela sambil menggoyangkan lengan Zafril .
"Okay okay jom kita beli" Lantas mereka bergerak ke tempat dimana telefon Samsung Galaxy J5 diletakkan .
"Ya ada apa apa yang boleh saya tolong?" Sapa pekerja disitu dengan seulas senyuman lebar .
"Saya nak Samsung Galaxy yang berwarna hitam tu" Pekerja itu mengangguk lalu mengambil telefon tersebut .
"Nak tengok tengok dul......"
"Masukkan je dahlah tak payah banyak soal" Pintas Asyiela dengan jelingan tajam .
Pekerja itu akur lalu meletakkan kotak yang berisi telefon ke dalam plastik hitam.
"Er cik nak sekali memori ke ? Dengan sim sebab sekarang kami ada buat promosi untuk habiskan stok . Percuma sahaja" Asyiela hanya mengangguk .
"Aku tunggu dekat luar" Zafril tidak mengangguk mahupun menggeleng .
Sekelip mata sahaja perangai kebudak budakkan Asyiela hilang .
Macam mana nak tengok Asyiela macam tu lagi ? Tiba tiba Zafril mendapat satu idea . Asyiela akan jadi begitu tatkala dia ingin dapatkan apa yang dia mahu .
"Hehehe tak apa kita akan tengok perangai kebudak budakkan dia lagi" Ujar Zafril perlahan .
Asyiela membetulkan cermin mata yang hampir melorot .
Hah apa apa ? Lupa lettew Asy pakai cermin mata . Eleh !
Rambut yang berkibar dibetulkan .
"Sekurang kurangnya ada lah juga telefon daripada tak ada" Omel Asyiela keseorangannya .
Angin yang meniup lembut begitu menenangkan .
"Asy mari balik" Asyiela tersentak lalu menoleh ke belakang .
Tanpa dia tersedar seorang kanak kanak sedang berlari , terus dia melanggarnya . Kanak kanak itu terus menangis apabila Asyiela melanggarnya sehingga dia jatuh . Asyiela terkedu seketika .
Apabila ibu kepada kanak kanak tadi sudah membantu anaknya bangkit , Asyiela terus berkata .
"Lain kali pegang tangan anak taklah menyusahkan orang faham?" Usai berkata dia berlalu meninggalkan Zafril dan ibu kanak kanak itu terpinga pinga .
"Ya allah maafkan isteri saya ya kak . Dia urm mood dia ke laut sikit maaf ya" Ucap Zafril bersama senyuman canggung .
Wanita itu pun tersenyum .
"Tak apa lah anak akak jatuh sikit je . Sekejap lagi okaylah" Zafril hanya mengangguk .
"Zafril ! Apa kau tercegat dekat situ ? Cepatlah kata nak belikan aiskrim untuk aku!" Teriak Asyiela di tepi jalam raya .
Kaki dihentakkan tanda geram .
"Er saya pergi dulu ya kak" Pamit Zafril .
Wanita itu mengangguk dan menghantar pemergian Zafril dengan ekor mata .
"Hah cepatlah aku tak sabar nak makan aiskrim ni!" Rengus Asyiela .
"Ya ya Asy nak aiskrim apa ? Abang belikan . Asy balik dulu" Asyiela menggeleng .
"Kata nak bawa aku pergi jalan jalan cepatlah . Bosan aku duduk terperap dekat rumah tu tau tak" Bebelan Asyiela hanya dibiarkan begitu sahaja .
"Yelah jom kita pergi kedai hujung sana tu" Zafril memimpin tangan Asyiela untuk melintas jalan .
Setelah melintas jalan , mereka masuk ke dalam salah satu kedai runcit disitu .
"Aku nak ni!" Ujar Asyiela sambil memegang satu bungkus aiskrim magnum perisa coklat .
"Ambil dua" Asyiela akur lalu dua bungkusan aiskrim diambil dan dibawa ke kaunter bayaran .
Usai membuat pembayaran , mereka keluar bersama aiskrim di tangan .
"Pergilah jalan jalan lagi bosanlah" Zafril seakan akan berfikir.
"Pergi lombong nak?" Asyiela menbuat muka geli .
"Tak nak ! Busuk" Asyiela terus menutup hidungnya .
"Tak mana ada . Jom kita pergi" Zafril terus menarik tangan Asyiela untuk menuruti langkah kakinya .
PENUH nikmat Asyiela menikmati aiskrim magnum yang baru dibelinya . Zafril hanya menggeleng memandang Asyiela .
Disebalik Asyiela yang sombong , bongkak ada sesuatu yang baru dia perasan . Asyiela adalah seorang yang periang perangai tak ubah seperti kanak kanak .
Asyiela sedar dirinya diperhatikan terus menoleh ke sebelahnya .
"Apa pandang pandang ? Tak nak ke aiskrim tu ? Tak nak bagi aku" Zafril terus menyorokkan aiskrimnya dibelakang .
"Aip mana boleh ." Asyiela mencemik .
"Habis tu makanlah . Seronok tengok muka aku ni?" Zafril tergelak .
Kesan aiskrim dipipi Asyiela di lap lembut .
"Makan pun comot macam budak kecil" Asyiela terkedu .
Debaran didadanya tiba tiba berentak laju . Kenapa dia berasa begini ? Aduhai .
"Bi....biarlah " Jawab Asyiela tergagap .
Zafril tiba tiba mendapat idea untuk mengenakan Asyiela . Aiskrim Asyiela diambil lalu dimakan sampai habis . Terbuntang mata Asyiela .
My aisekerim!!
"Zafril !! Aiskrim aku!!!!!" Jerit Asyiela sambil menghentakkan kakinya .
Zafril ketawa berdekah dekah melihat keletah Asyiela yang mencebik menahan tangis .
"Bagi aiskrim kau ! Ganti balik aiskrim aku ! Eii kau ni!!" Dan mula aksi kejar mengejar sehingga Asyiela terhenti apabila sakit dikepalanya datang menyerang .
"Argh!" Asyiela memejamkan matanya melawan sakit di kepala .
"Asy ! Kenapa ni?" Zafril terus meluru ke arah Asyiela .
Tiba tiba cecair berwarna merah turun dari hidung Asyiela .
"Asy ! Ya allah berdarah . Mari kita balik. Sementara tu dongakkan kepala bagi darah berhenti" Asyiela hanya akur dengan arahan Zafril sehingga mereka sampai ke rumah .
Hei hei ! Sweet tak ? Hehe . Btw sorry lambat upd ada hal sikit hee vote + komen tau bubye emuah ~
YOU ARE READING
Satu Bulan Untuk Dia
RomanceSejak kehilangan permaisuri hati iaitu ibunya sendiri automatik menukarkan dirinya menjadi cepat melenting dan benci pada semua orang . Semua itu terjadi apabila dia dijaga oleh ayahnya sendiri . Dan satu hari , saat itu yang paling Asyiela tidak...