| 23 |

5.5K 201 26
                                    

"JEALOUS"

"Mana ada !"

"Jealous"

"Eiii aku kata tak maknanya tak faham tak?" Zafril tergelak geli hati .

Seronok dia mengenakan Asyiela .

"Ya Asy cemburu kan ? Alah cakap jelah tak salah pun kan?" Asyiela merenung tajam ke arah Zafril .

"Kau nampak penyodok dekat tepi tu?" Zafril lantas mengangguk .

"Kau jangan sampai batang penyodok tu aku rodok dekat mulut kau . Eh untuk pengetahuan kau tak ada masanya aku nak cemburu dengan perempuan gedik . Eh kalau kau nak hah pergilah berkepit , bertepuk tampar bagai pergilah pergi!" Asyiela menyelak majalah didepannya kasar .

Sakit hati !

Sejak dari dia pulang ke rumah sampai sekarang perkataan cemburu itu kerap meniti di bibir lelaki itu . Bingit dan sakit hati saja mendengarnya . Zafril pula masih tersenyum .

"Ada masa . Buktinya tadi tu baru je lepas" Asyiela berura ura untuk bangkit ambil penyodok .

"Okay okay abang bergurau jelah" Lengan Asyiela ditarik lembut membuatkan Asyiela duduk semula .

Heh tau takut !

Keadaan terus menjadi sunyi antara mereka berdua . Zafril asyik menatap muka Asyiela . Asyiela yang perasan dirinya diperhati pantas menoleh .

"Kau kenapa ?" Muka Zafril ditolak ke tepi .

"Eh sekejap kau balik KL bila?" Soal Asyiela sambil menutup majalah .

"Minggu depan kenapa?" Asyiela mula tersenyum lebar .

"Kau bawa aku sekalikan ? Kan ? Kan ? Takkanlah kau tak bawa 'isteri kesayangan kau' ni" Zafril terus mengangkat keningnya .

"Aik dah tak merajuk dah?" Asyiela mula memuncungkan bibirnya .

"Kau ni kan aku tanya lain , lain yang kau jawab . Dahlah spesis keling betul kau ni" Asyiela segera bangkit dan bergerak ke ruang tamu .

Zafril menggeleng . Pelik dengan emosi Asyiela . Sekejap baik lepas tu merajuk . Dah reda marah pula haihlah hadap sahajalah .

Zafril turut bangkit dan bergerak ke ruang tamu .

"Mestilah abang bawa Asy . Takkanlah abang nak tinggalkan isteri abang ni seorang diri dekat sini kot" Asyiela hanya memasang telinga sahaja .

Matanya tertancap pada kaca televisyen .

"Kau dah ada rumah ? Duit ? Kerja ? Yelah semua tu memang sangat sangat diperlukan sebab duit , mana kau nak dapat duit kalau tak kerja ? Dan barang dapur mana nak dapat kalau tak ada duit ? Kau dah sedia ke semua tu?" Zafril hanya tersenyum .

Punggung dilabuhkan bersebelahan dengan Asyiela .

"Semua tu jangan risau . Abang ada duit simpanan abang sendiri . Duit tabung dan dalam bank . Semua duit tu cukup untuk tampung kita berdua . Pasal rumah , abang memang dah beli sebuah tapi kondo jelah tak apa kan?" Asyiela hanya mengangkat bahu .

"Tapi aku pelik mana kau dapat duit banyak tu?" Zafril seakan terfikir sebelum menjawab .

"Abang kerja campur dengan duit belanja yang abah bagi setiap bulan . Itupun cukup makan je 1 ribu sebulan . Jadi dari baki duit belanja dengan duit gaji , abang kumpullah jadi banyak" Asyiela tercengang .

"Abah bagi 1 ribu setiap bulan ? Mana dia dapat?" Soal Asyiela tak percaya .

"Entah abang pun bukannya tahu sangat . Jadi sayang tak perlu risau lagi okay?" Asyiela hanya mengangguk .

Bunyi enjin kereta proton kedengaran diluar rumah menandakan Haji Amran dan Hajah Meliesa sudah pulang dari pasar .

"Assalamualaikum!" Lantang Hajah Meliesa memberi salam sambil menjijit beberapa bungkus plastik yang mengandungi barangan basah dan kering .

"Waalaikumusalam" Jawab mereka serentak .

Haji Amran sudah melabuhkan punggung dihadapan Asyiela sambil mengibas bajunya .

"Huih panasnya hari ni bukan main" Rungut Haji Amran sambil mengelap peluh di dahi .

Zafril dan Asyiela hanya melihat Haji Amran .

"Zaf , abah dengan mak nak berbincang sekejap dengan kamu dengan bini kamu tu" Celah Hajah Meliesa sambil mensingsing lengan bajunya keatas .

Punggung dilabuhkan disebelah Haji Amran . Zafril terus memasang muka serius sambil membetulkan duduknya manakala Asyiela hanya dengan muka mono .

"Apa dia abah , mak?" Soal Zafril .

"Macam ni kamu dengan Asy kan nak balik KL minggu depan kan ? Jadi abah bercadang untuk tambah duit belanja bulanan kamu . Dulu kamu hidup seorang , sekarang kena tanggung isteri kamu pula . Pasal rumah kamu dah ada ke?" Haji Amran memulakan perbualan .

Zadril berdehem .

"Abah , Zadril dah kahwin jadi abah tak perlu nak bagi duit bulanan lagi .Tanggungjawab abah pada Zaf dah tamat . Sekarang Asy adalah tanggungjawab Zafril jadi biar Zafril selesaikan hal duit . Lagipun Zaf dah ada kerja tetap dekat sana jadi tak perlu risau . Pasal rumah pun tak perlu abah risaukan okay?" Haji Amran dan Hajah Meliesa saling berpandangan .

"Betul ni?" Lantas Zafril mengangguk .

Asyiela hanya mendiamkan diri . Malas mahu mencampur tangan dalam hal anak beranak itu .

"Kalau kamu dah kata macam tu , abah tak boleh kata apa apa . Kalau kamu berdua ada masalah boleh minta tolong kami" Zafril tersenyum nipis .

Asyiela tiba tiba terasa haus pula .

"Asy pergi dapur sekejap" Pamit Asyiela lalu bergerak ke dapur .

Hajah Meliesa juga turut ingin mengatakan sesuatu pada Asyiela lantas dia mengekori Asyiela .

"Eh Mel , nak pergi mana?" Hajah Meliesa menjeling .

"Pergi dapur ada masalah?" Haji Amran menggeleng .

Hajah Meliesa terus bergerak ke dapur dan merapati Asyiela yang sedang membasuh cawan yang digunakan .

"Eh betina aku nak kau jaga anak aku baik baik . Kalau aku dengar anak aku sakit hati nahas kau aku kerjakan" Ujar Hajah Meliesa dengan nada berbisik .

Asyiela tersenyum sinis .

"Sekurang kurangnya aku tak macam kau ! Suami kau tu aku tengok dah kena guna guna dengan kau agaknya . Ikut je cakap kau . Harap panggilan Hajah tapi fikiran ? cetek . Syirik tau tak syirik" Bidas Asyiela selamba lalu bergerak ke ruang tamu .

Hajah Meliesa mengetap gigi menahan geram .

"Kurang ajar ! aku nak kenakan kau , alih alih aku yang terkena balik!" Rengus Hajah Meliesa sendiri diruangan dapur itu .

heiya ! arini awal update sebab ? hw bertimbun . sis still budak sekolah . budak hingusan bhahahaha so masalah hw mmg ada pada setiap pelajar sekolah kan kan kan? haha okay whatever . sekarang sis nak tnye korg nak cerita ni sampai bab berapa ? antara 1-50 hah pilih pilih . spam komen tau bye ~(´ヮ')(⌒▽⌒)

Satu Bulan Untuk Dia Where stories live. Discover now