| 21 |

5.7K 210 6
                                    

HELAIAN tisu ditarik lagi dari dalam kotak tisu . Beberapa helaian tisu yang sudah bertukar berwarna merah diletakkan ketepi . Riak wajah Zafril penuh dengan kerisauan .

"Dah tak payah dah . Darah dah berhenti ." Ujar Asyiela mendatar sambil melekapkan tisu dihidungnya .

"Betul ni ? Tapi tengok tu macam banyak lagi je" Asyiela menjulingkan matanya keatas .

Kini tinggal mereka sahaja dirumah . Haji Amran sudah keluar untuk minum di gerai manakala Hajah Meliesa ke pasar untuk beli barang dapur .

"Kau tak payah tunjuk baik boleh tak . Tak ada sesiapa pun nak tengok lakonan kau nilah . Aku kata aku dah okay maksudnya aku dah okay itu pun tak faham ?" Marah Asyiela .

Dia sedang serabut tentang satu perkara yang melibatkan darah yang keluar daripada hidungnya . Zafril terdiam sebelum mengukir senyuman .

"Asy nak minum apa apa ? Abang boleh buatkan" Sempat Zafril berdiri dan membetulkan baju dibelakang .

"Aku nak air milo" Zafril mengangguk lalu berlalu ke dapur .

Asyiela bangkit dari baringannya . Kepalanya ligat memikirkan tentang sesuatu yang kembali menghantuinya . Salah satu kenangannya bersama Puan Maria kembali merimbau .

PINTU diketuk berkali kali sebelum mendapat kebenaran daripada Puan Maria . Puan Maria mempamerkan senyuman yang lebar pada Asyiela tatkala Asyiela masuk ke dalam biliknya .

"Mama , mama okay ke ? Tadi Asy dengar mama macam mengerang kesakitan . Mama sakit apa?" Soal kanak kanak kecil yang berusia 5 tahun itu.

"Tak ada apa apa cuma urm cuma sakit kepala sikit . Asy sayang kenapa tak makan lagi ? Makcik Hajah tak masak lagi?" Soal Puan Maria dengan suara yang begitu lembut .

Asyiela berjalan mendekati Puan Maria .

"Makcik dah siap masak tapi Asy tak seronoklah makan seorang je . Asy nak makan dengan mama jomlah" Asyiela terus menarik tangan Puan Maria .

"Sekejap mama nak simpan ubat dekat dalam laci" Asyiela terus melirik ke arah bungkusan berwarna putih di dalam genggaman Puan Maria .

"Ubat apa tu ma?" Puan Maria hanya tersenyum tanpa menjawab apa apa .

"Asy sebelum kita makan , mama nak bercerita dengan Asy sekejap boleh ? Sekejap je" Asyiela lantas mengangguk .

"Untuk mama apa apa pun boleh tapi kita bercerita dekat bawahlah Asy lapar" Rengek Asyiela bersama usapan di perut .

Tergelak Puan Maria melihat keletah Asyiela.

"Yelah jom kita makan" Puan Maria memimpin tangan Asyiela menuruni tangga .

Rumah itu ditilik oleh Puan Maria .

"Tuan Besar tak balik lagi?" Soal Puan Maria kepada Ibu Hajah .

Dua buah kerusi ditarik dan mereka duduk diatas kerusi . Ibu Hajah hanya menggeleng . Wajah Puan Maria bertukar keruh . Asyiela perasan akan riak wajah Puan Maria berubah terus dia membuka mulut .

"Mama tadi masa Asy main dengan Nadia, dia bercerita pasal penyakit keturunan . Kita ada ke?" Petah kanak kanak kecil itu menanya .

Puan Maria berfikir sejenak . Sambil itu dia mencedokkan lauk serta nasi untuk Asyiela .

"Ada . Kita ada penyakit keturunan . Ada dua tau . Asy nak tahu?" Lantas Asyiela mengangguk .

"Okay satu penyakit barah otak daripada moyang Asy dan kedua leukimia dari nenek Asy" Asyiela hanya mengangguk .

"Mama ada antara penyakit tu ?" Puan Maria tersentak apabila Asyiela menanyakan soalan itu.

"Urm buat masa sekarang Asy tak perlu tahu sampai masa nanti Asy akan tahu sendiri . Dan mama harap Asy takkan ada dua dua penyakit tu . Mama nak anak mama ni sihat sampai Asy tutup mata buat selamanya"

"Asyiela Hafiz Mokhtar!" Asyiela tersentak tatkala namanya diseru .

Air mata yang sudah lencun pantas diseka . Sesekali dia teresak . Kenapa harus tiba jua ?

Tak ! Aku takkan ada penyakit antara dua tu . Aku berjanji pada mama aku akan sihat ! Ya aku sihat!

"Astagfirullah mengelamun lagi . Asy okay ke tak ni ? Ada sakit ke ? Nak pergi klinik tak kalau Asy nak abang boleh bawakan" Asyiela terus memandang wajah Zafril dengan mata sembab .

Buat masa sekarang dia perlu seseorang untuk meluahkan rasa sedihnya .

"Nak pinjam bahu boleh?" Zafril tersentak tatkala soalan itu diajukan .

"Eii tak boleh tak apalah!" Asyiela ingin bangkit tapi sempat Zafril mencapai pergelangan Asyiela .

Tanpa sempat Asyiela ingin mengimbangkan badan , terus dia masuk ke dalam pelukan Zafril .

"Asy nak ambil jiwa dan raga abang pun abang sanggup bagi" Tersentuh Asyiela apabila mendengar ayat tersebut .

Dalam diam dia mengukir senyuman . Tiba tiba dia terasa Zafril mengeratkan lagi pelukannya . Asyiela juga ingin membalas pelukan itu tapi ego menguasai diri , dia tidak membalas sebaliknya hanya mendiamkan diri.

"Kenapa Asy menangis ? Sakit ya kita pergi klinik nak?" Asyiela menggeleng perlahan .

"Ak......aku tak boleh kena panas . Sebab tu hidung berdarah . Tapi aku nangis bukan sebab tu cuma aku .....takut" Asyiela mula terasa sebak .

Air mata mula bertakung di tubir mata . Dia terus merebahkan kepalanya diatas bahu Zafril .

"Shh Asy tak perlu takut . Abang akan sentiasa ada untuk Asy ." Rambut Asyiela dibelai lembut.

"Bukan tu je . Aku rindu mak aku" Zafril terus meleraikan pelukannya .

Wajah sembab Asyiela ditatap sayang .

"Kalau Asy rindu mak Asy , Asy sedekahkan al-fatihah untuk dia . Doakan kesejahteraan untuk dia . Buat dia tenang dekat sana" Asyiela terdiam .

Tidak mampu untuk berkata apa apa . Sudah berapa tahun dia tidak menunaikan solat dan tiba tiba Zafril menuturkan ayat sebegitu . Sedikit sebanyak dia mengguriskan hati Asyiela . Air mata di lap perlahan .

"Aku masuk bilik dulu aku mengantuk nak tidur" Belum sempat Zafril berkata apa apa , Asyiela terlebih dahulu bangkit dan masuk ke dalam bilik . Zafril hanya mampu memandang .

Alah terlalu sweet pulak . Hurm tak apa nanti sis buat diorg bergaduh balik muehehehe *evil laugh* *smirk*

Satu Bulan Untuk Dia Where stories live. Discover now