| 26 |

5.6K 175 4
                                    

ASYIELA menghentak kakinya kasar . Dia lantas menarik lengan baju Zafril .

"Aku tak nak pergi tak faham bahasa ke ? Aku tak ngam dengan keluarga kau tau tak lagi lagi abang kau yang aku tak pernah jumpa . Tolonglah jangan buat aku sakit hati lagi" Pinta Asyiela sambil memeluk tubuh .

Zafril mengeluh sambil memegang dahinya . Dia memalingkan mukanya menghadap Asyiela . Bahu Asyiela dipegang kejap .

"Asy , it just family day . Why not kita pergi ? Lagipun along abang tu baik dia takkan kata apa apa pasal Asy . Kita pergi eh?" Pujuk Zafril lagi .

Asyiela menepis kasar tangan Zafril lalu dia berdiri tegak dan memandang Zafril tajam .

"Aku tak nak , maksudnya tak nak faham ? Tolong jangan paksa aku boleh tak ? Kalau kau nak pergi , Just go ahead . Aku tak halang cuma jangan ajak aku . Aku tak nak hadap muka mak bapak kau tu je!" Suara Asyiela mula meninggi .

Zafril terdiam . Tiada lagi balasan buat Asyiela .

"Zafril , please say yes to my request ! please!!" Asyiela sudah melutut di hadapan Zafril bersama muka mengharap .

Zafril mengeluh lagi .

"I'm sorry , i can't let you alone at this place .it's can be a risk . So you want or not , you have too" Usai berkata , Zafril meninggalkan Asyiela seorang diri diruang tamu itu .

Asyiela mula diburu rasa marah . Kaki meja disepaknya .

"Argh ! Sakitlah bodoh!" Maki Asyiela sambil mengurut hujung ibu jari kakinya .

"Apa penting sangat ke family day tu ? Bukan ada apa apa pun . Eh tak pentinglah ! Tak payahlah paksa aku . Annoying nya !!!!!!" Asyiela menumbuk numbuk kusyen sof yang terdapat disitu .

Mulutnya menguntum muncung panjang sebelum dia bergerak ke biliknya . Apabila dia melepasi bilik Zafril , Asyiela berura ura ingin menumbuk pintu bilik itu .

Tanpa dia sedar , Zafril telah pun membuka pintu .

"Eh nak berkungfu ke ? Kenapa tak ajak sekali?" Seloroh Zafril sambil menahan gelak .

Muka Asyiela memerah .

"Siapa nak ajak kau ? Semak je" Asyiela terus meluru masuk ke dalam biliknya .

Zafril menggeleng . "Macam budak budak"

ASYIELA ralit dengan telefon bimbitnya sedari tadi . tembok ampaian dijadikan tempat dia bersandar .

Sengaja mahu tunjuk protes untuk membatalkan niat Zafril membawa dirinya ke Pulau Pangkor dimana ia menjadi tempat untuk family day .

Usai Zafril mengunci pagar rumah , beg dia dan Asyiela disangkut dibahu dan dijinjit .

"Jom nanti terlepas feri" Ajak Zafril lalu berjalan melintasi Asyiela .

"Aku tak nak ikutlah!" Rengek Asyiela sambil merentap rentap tangannya sendiri .

"Asyiela janganlah macam ni . Mari kita pergi" Asyiela menggeleng .

"Tak nak !" Zafril tiba tiba mendapat satu idea .

"Tak apa kalau tak nak abang dukung tak ada masalah" ujar Zafril sambil mengangkat kening berkali kali .

Asyiela terus memeluk tubuh .

"Dukunglah kalau berani sangat" Cabar Asyiela sambil membuat muka selamba .

Zafril terus mengambil beberapa langkah ke belakang . Asyiela cuak terus berjalan laju ke hadapan sambil membebel .

"Eii yelah yelah !! Suka paksa akulah!" Asyiela terus berjalan tanpa memandang ke belakang dan meninggalkan Zafril .

"Tau takut" Zafril tergelak sendiri .

Zafril berjalan ke arah lif memandangkan rumahnya berada di tingkat 8 . Asyiela tidak sudah dengan bebelan di bibirnya .

"Ei lif ni kalau boleh lambatlah lagi ! Lembap!" Rengus Asyiela .

Zafril hanya memerhati sambil tersenyum nipis . Asyiela melirik ke arah Zafril .

"Sengih sengih sukalah kau kan aku pergi !" Zafril lantas mengangguk .

Asyiela semakin membara terus kaki Zafril disepak .

"Annoyingnya!!!!!!" Jerit Asyiela lalu menerobos masuk ke dalam lif tatkala pintu lif dibuka .

Terus pintu lif itu ditutup terlebih dahulu sebelum Zafril sempat masuk kedalam . Zafril mencebik .

"Dah tinggal aku , jerit pula tu pecah gegendang telinga aku!"Rungut Zafril .

Beg dibahunya dibetulkan apabila ianya melorot . Apabila pintu lif terbuka kedua kalinya , Zafril terus masuk kedalam .

"OKAY sekarang kita sudah sampai di Pulau Pangkor . Seperti yang korang tengok depan sana ada pantai dan tepi sana tu ada sebuah chalet ataupun motel dan disitu kita akan bermalam . Dan Faris nak bagi tahu jadual untuk hari ini , Nanti kita semua akan masuk ke dalam bilik masing masing yang telah ditetapkan . Pada sebelah malam , Kita akan adakan makan malam dan satu mesyuarat penting yang tak berapa penting . Buat masa ni itu sahaja semua boleh bersurai" ujar Zafrul Faris iaitu abang kepada Zafril Qhairi .

Asyiela sudah menguap dan menggenyeh matanya yang kian mengantuk . Kepalanya disandar di bahu Zafril .

"Asy , mari kita masuk dalam bilik" Asyiela menggeleng .

"Aku tak nak duduk sebilik dengan kau !" Rengus Asyiela .

Dirinya sudah letih apabila semua isi perutnya telah keluar tatkala dia menaiki feri . Bibirnya sudah memucat .

"Jangan risau abang takkan buat apa apa . Muka Asy dah pucat sangat ni mari" Asyiela hanya akur lalu mereka bergerak ke bilik masing masing .

Hambar ye tau -_-/// sorry idea ada tpi ttbe ayat tonggang langgang . janji next chappy akan best . klimax crita dah hampir tiba !! nantikan okay ~>_<~

ATTENTION !! ceh macam penting sgt jer 😂😂 . Takde sis cadangkan nak buat satu lagi work tapi bukan cerita tapi khas untuk update apa apa . contoh schedule update crita ni , tak update sampai bila dan seangkatan dengannya tapi masalahnya nak letak nama apa untuk work tu ? Dari situ sis nak korg cadang kan beberapa nama untuk work tu kalau yg sis berkenan sis akan ambil dan sebagai upah sis promotkan crita yg korg buat dekat sini . And..... pastikan work update ttg crita ni ada dalam library sebb lepas ni takkan ada update dekat sini dah . Sis tak nak bagi korg fake hope or bercampur dengan jalan crita ni . So sesapa yg x letk dalam library nasiblah . Kalau ada pape hal korg x dpt information . cadangkan berapa banyak korg nak okay sayang sayang sekalian .

Satu Bulan Untuk Dia Where stories live. Discover now