| 14 |

5.4K 228 4
                                    

"ABANG ! Zafril kata dia balik hari ni sebab cuti semester dia dah habis .Kita ambil dia jom!" Teriak Hajah Meliesa sambil menapak ke arah bilik tidur mereka .

Dalam masa yang sama dia bermain telefon bimbit .

"Pukul berapa kita nak ambil ni ? Abang ada hal sekejap lagi . Kalau tak sempat , awak suruhlah Zafril balik sendiri dengan kawan dia" balas Haji Amran sambil menyusun kertas kajang ke dalam fail kerjanya .

Hajah Meliesa menjeling .

"Alah apa sangatlah kerja abang tu berbanding dengan anak kita tu ? dia kata dia boleh balik hari ni . Jomlah bang kita pergi sekarang kesian anak kita tunggu lama ." Desak Hajah Meliesa sambil menggoncangkan lengan Haji Amran .

Haji Amran mengeluh lalu memandang muka Hajah Meliesa .

"Yelah . Pergi siap sekarang . Nanti abang tertinggal hal penting " Hajah Meliesa tersenyum .

"Terima kasih abang" Ucap Hajah Meliesa meleret .

Dia bergegas menuju ke almari baju untuk menukar pakaiannya .

JAM tangan diliriknya lagi sebelum mengeluh . Ke hulu ke hilir dia berjalan menantikan ibu bapanya . Beg bagasi direnung kosong sebelum dia menutup mulut yang sedang menguap .

"Mana mak dengan abah ni ? Lamanya . Kalau aku dah ada motor , dah lama aku balik sendiri tak payahlah susahkan mak dengan abah . Sekarang ni dah pukul 3 petang masih tak sampai lagi ? Aduh mana ni?" Omel Zafril Qhairi sambil menggaru kepalanya .

Bangku yang ada di bus stop menjadi tempat punggung dilabuhkan . Matanya liar memerhati kereta , motor dan lain lain yang lalu lalang dihadapannya .

Mengharapkan kereta yang sangat dikenali menyapa pandangan . Tiba tiba bahunya ditepuk oleh seseorang .

"Yow tak balik lagi ? Kau tunggu siapa ? " Soal Faizul Sambil duduk disebelah Zafril Qhairi . Zafril tersenyum .

"Aku tunggu mak abah aku ni . Dari tadi tak sampai sampai aku risaulah" Luah Zafril Qhairi .

Faizul terus mendekatkan dirinya pada Zafril Qhairi .

"Rileks bro . Mak abah kau tu kan dah besar , pandai jaga diri diorang tahu lah" Ujar Faizul seraya menenangkan Zafril Qhairi .

Sesekali wajahnya diraup kasar .

"Aku takut kalau abah aku tersasar lepas tu kemalang...."

" apa kau merepek dodol ?! Kata kata tu satu doa . Kau nak ke mak ayah kau mati ? Ish anak bengong macam kau ni kan layak campak dalam loji baru ngam" Pangkas Faizul sambil membuat muka .

Zafril menjeling . Ada ke dia panggil aku dodol ? bengong? kurang asam , masin , manis , pahit punya kawan . Zafril melirik ke arah Faizul .

"Apa pandang pandang ? kacak sangat ke aku ni sampai kau pun terpikat ?" Zafril Qhairi terus memukul belakang kepala Faizul .

"Eh cicak , tak payah nak perasan sangat . Kan kita cuti semester 1 bulan , takkan kau bawa beg sandang je?" Soal Zafril Qhairi seraya mengangkat beg sandang kecil milik Faizul .

Faizul tersengih .

"Kau ingat aku perempuan nak bawak beribu ribu beg sedangkan cuti sebulan je ? Dekat rumah aku tu satu kontena penuh dengan baju aku je buat apa nak bawa lagi beg" Jawab Faizul selamba lalu mengeluarkan kunci motosikalnya .

"Bro  , aku balik dululah dah lambat ni . Hati hati " Zafril Qhairi mengangguk lalu menghantar pandangannya ke arah jalan raya .

Dalam beberapa minit kemudian , sebuah kereta proton berhenti dihadapan Zafril Qhairi . Dengan senyuman melebar Zafril Qhairi pantas berlari ke arah pemilik kereta tersebut .

"Abah !! mak !! rindunya!!!!!!" Teriak Zafril lalu memeluk tubuh Hajah Meliesa yang tidak sempat untuk berdiri tegak .

"Ya allah anak bertuah ni . Jatuh mak nanti ." Ujar Hajah Meliesa sambil membalas pelukan Zafril Qhairi .

Haji Amran tersenyum melihat gelagat anak beranak dihadapannya itu .

"Kenapa lambat ? Mati mati Zaf ingat mak dengan abah tak ambil Zaf" Kata Zafril Qhairi sambil mencebik .

"Eh kamu ni jantan ke betina ? Cubalah jadi lelaki sikit . Tak payah nak manja sangat . Mari tolong abah angkat beg kamu ni ke dalam bonet" zafril Qhairi tersengih lalu mengangguk .

Usai semuanya , mereka terus menerobos masuk ke dalam perut kereta .

"Sebelum kita tolak ke Bera , kita singgah makan lepas tu berehat dekat rumah along . Kita bertolak malam kan ? Jadi sempatlah kita jenguk Asyiela " Dahi Zafril Qhairi berkerut seribu .

"Asyiela ? Siapa dia tu?" Hajah Meliesa tersenyum .

"Nak tahu siapa dia ?" Soal Hajah Meliesa .

Pantas Zafril mengangguk laju .

"Dia adalah manusia" Spontan Hajah Meliesa berkata .

Zafril Qhairi terus memeluk tubuh . Malas nak layan lawak hambar bin tak jadi mak dia tu . Pandangan matanya terus menikmati keindahan alam .

USAI makan malam , mereka bersiap siap untuk bertolak ke Bera , Pahang . Siap semuanya , kereta mereka laju membelah jalan raya . Zafril Qhairi pula sudah terlentok di belakang dek kerana perjalanan ke rumah Asyiela mengambil masa dalam setengah jam .

Tiba tiba Zafril Qhairi tersentak akibat bunyi hon yang kuat daripada kereta ayahnya sendiri .

"Makcik!!" zafril dapat mendengar suara perempuan menjerit memanggil maknya barangkali .

"Ya allah Asy!" Lantas Hajah Meliesa keluar daripada kereta dan meluru ke arah Asyiela .

Tanpa berfikir apa apa , Asyiela terus memeluk tubuh Hajah Meliesa bersama sedu sedan .

"Nak kenapa ni ? Dengan beg bagai nak pergi mana ?" Soal Haji Amran risau .

Zafril Qhairi sudah diburu dengan perasaan ingin tahu , akan tetapi ego menguasai diri supaya dia tidak perlu keluar dari kereta .

"Asy , Asy kena halau dengan papa . Asy tak tahu nak duduk mana tolong bantu Asy pakcik , makcik" Rayu Asyiela bersama esakkan yang pilu .

Hajah Meliesa dan Haji Amran berpandangan sesama sendiri sebelum mengangguk .

"Kamu ikut kami ke Bera nak?" Tanpa berfikir panjang , Asyiela terus bersetuju .

Haji Amran mengambil beg Asyiela manakala Hajah Meliesa memimpin Asyiela ke tempat duduk belakang . Zafril Qhairi agak tersentak pantas dikawal .

"Kamu masuklah . Rehatkan diri sambil tu berkenalan dengan anak makcik" Asyiela hanya tersenyum sumbing .

Asyiela masuk ke perut kereta dan duduk berhampiran dengan pintu kereta

. "Hai nama saya Zafril Qhairi dan awak?" Ramah Zafril Qhairi memulakan perbualan .

Soalan itu dibalas jelingan tajam daripada Asyiela .

"Tak perlu tahu!" Tegas Asyiela bersuara sebelum menutup mata .

Hey hey ! lambat tak lambat tak ? maaf ye sebb homework bertimbun dan tak ada masa nak upd hehe . btw saya nak anda semua buat pilihan boleh ? setiap chappy nak jalan cerita panjang atau pendek ? sebab kalau panjang , berjela korg nk baca kalau pendek tak puas . so wich one ?  Pilih tau jangan tak pilih .

Satu Bulan Untuk Dia Where stories live. Discover now