CAHAYA mentari jelas menerobos masuk dari celahan papan yang ada . Asyiela menekup mukanya menggunakan bantal sebelum bantal itu ditepis kasar .
"Ergh busuknya bau !! . Macam manalah aku boleh tidur dalam keadaan macam ni" Rungut Asyiela sambil memuncung panjang .
Wajahnya diraup berkali kali dan matanya dibersihkan daripada tahi mata .
"Pukul berapa sekarang?" Asyiela lantas meraba dibawah bantal sebelum tersedar sesuatu .
"Oh god my phone!! " Asyiela lantas berlari ke arah beg pakaiannya dan selongkar semua yang ada di dalam beg itu ternyata hampa telefonnya tertinggal dirumah lamanya .
"Ma....cam...mana aku nak teruskan hidup tanpa telefon mama tolong Asy !!" Rengek Asyiela sambil terduduk diatas lantai .
Kakinya terusan menyepak nyepak ke hadapan .
"Eii semuanya sebab orang tua tak guna tulah . Pergi mati jelah kau hidup tak pernah menyenangkan orang ergh bodoh!" Asyiela bangkit dan mengambil tuala yang disangkut dibelakang pintu .
Sepasang baju biasa serta seluar tracksuit dicapai lalu berjalan menghampiri pintu . Seketika kemudian dia menepuk dahinya sendiri .
"Berus gigi pun mana ada !! Apakah ?!" Asyiela sudah menggaru kepalanya .
Kusut !
Dengan wajah masam mencuka dia keluar daripada bilik . Dia lihat sepasang suami isteri serta Zafril sudah duduk bersarapan di ruang dapur . Merah sebentar wajahnya apabila dirinya menjadi tontonan mereka .
"Er maaf letih sangat sebab tu bangun lambat " Bohong Asyiela sekadar mahu menutup malu .
Lantas dia bergerak laju ke arah bilik air . Belum sempat dia masuk ke dalam bilik air , Zafril menahannya .
"Eh sekejap" Zafril bangkit lalu bergerak ke arah almari dapur .
Plastik putih dihampiri sebelum sesuatu diambil . Asyiela pula merengus geram .
"Apa lagi mamat bodoh tu nak?" Gumam Asyiela perlahan sebelum memeluk tubuh .
Zafril berjalan ke arah Asyiela sebelum menghulurkan berus gigi yang baru kepada Asyiela .
"Gosok gigi tu bersih bersih . Mandi lepas tu pakai cantik cantik tak nak jadi macam cik ponti macam ni" Gurau Zafril dengan nada yang berbisik .
Asyiela geram lantas berus gigi dicapai lalu kaki Zafril dipijak kuat sebelum berlari masuk ke dalam bilik air . Padan muka !
"Aduh!" Zafril mengerang kesakitan membuatkan Hajah Meliesa dan Haji Amran terkejut .
"Kamu dah kenapa tiba tiba menjerit Zaf ? Buang tabiat ke apa?" Zafril tersengih sumbing tatkala Haji Amran berkata begitu . Kurang asam minah ni !
Zafril berjalan terjengkek jengkek bergerak ke arah meja makan .
"Kenapa dengan kaki kamu tu ? Tadi elok je abah tengok" Zafril lantas menggeleng .
Beberapa minit kemudian , Asyiela sudah pun siap mandi dan berpakaian . Tuala disangkut diatas kepalanya .
"Nak mari sarapan sekali" Jemput Hajah Meliesa .
Asyiela akur lalu duduk dihadapan Zafril dan disebelah Hajah Meliesa . Asyiela ingin mengambil periuk nasi , akan tetapi Zafril lebih pantas mengambilnya .
" Hulurkan pinggan saya tolong letakkan nasi" Dengan malas Asyiela mengambil pinggan dihadapannya lalu dihulurkan pada Zafril .
Sekejap baru dia perasan yang sarapan hari ini adalah nasi lemak .
YOU ARE READING
Satu Bulan Untuk Dia
RomanceSejak kehilangan permaisuri hati iaitu ibunya sendiri automatik menukarkan dirinya menjadi cepat melenting dan benci pada semua orang . Semua itu terjadi apabila dia dijaga oleh ayahnya sendiri . Dan satu hari , saat itu yang paling Asyiela tidak...