"APA yang along cakap tu betul Zafril . Ceraikan sahaja dia tu memandangkan dia tak layak untuk Zafril" Ujar Hajah Meliesa bersungguh sungguh .
Sementara mereka menunggu makan malam , Zafril , Hajah Meliesa , dan juga Zafrul Faris berkumpul dimeja makan .
Zafril memicit kepalanya . Runsing dengan paksaan demi paksaan daripada Hajah Meliesa dan juga alongnya sendiri .
"Zaf tak boleh mak Zaf memang tak boleh . Zaf cintakan dia dan tak ada niat Zaf nak ceraikan walau apa sekalipun . Dia adalah cinta pertama dan terakhir Zaf sampai Zafril mati" Tegas Zafril bersuara .
Zafrul tertawa sinis .
"Kau tak payah nak setia sangat . Dah terang lagi bersuluh dia tu tak suka dengan kau dan tak sudi kahwin dengan kau . Aku yang dengar mak cerita pun sakit hati . Impian aku ni nak adik ipar baik baik bukan macam tu ! Tak hormat suami perangai apa bini kau tu?" Suara Zafrul semakin meninggi .
Dalam masa yang sama Asyiela keluar daripada biliknya untuk mandi . Dia terhenti dipermukaan pintu apabila dia terdengar perbualan anak beranak itu diruang tamu .
"Ceraikan saja dia sudahlah ! Susah sangat ke nak lepaskan perempuan buruk perangai macam tu ?! Zafril , kalau kamu ceraikan dia , mak janji akan carikan perempuan lagi baik dari dia!" Celah Hajah Meliesa sambil menggenggam erat tangan Zafril .
Zafrul mengangguk setuju . Asyiela tersentak . Rupa rupanya mereka berbual mengenai dirinya .
"Jangan paksa boleh tak ?! Zafril tak boleh lepaskan dia ! Kalau along , mak , abah , dan kak long tak suka , jangan hiraukan dia . Biar dia hidup dengan Zafril ! Dia bini Zafril dan Zafril telah janjikan kebahagiaan buat dia!" Wajah Zafril sudah menyinga .
Zafrul bangkit dari duduknya .
"Aku percaya kalau kau terus hidup dengan dia , nasib kau bertambah malang Zafril" Usai bercakap Zafrul terus melangkah masuk ke dalam biliknya .
Asyiela terkesima dan tersentap dengan kata kata Zafrul . Hati Asyiela sedikit terusik dan kesedihan mula menghurung dirinya .
"Memang aku ni pembawa malang untuk semua orang ke apa ? Baik akan aku pastikan dia ceraikan aku malam ni" Gumam Asyiela bersama tangis yang ditahan .
Pintu bilik dikatup kembali dengan perlahan sebelum merebahkan badannya diatas katil .
"Zaf , mak cuma nak yang terbaik untuk anak mak tu saja" Zafril meraup mukanya kasar lalu bahu Hajah Meliesa dipegang.
" Tolong jangan paksa Zaf . Asyiela yang terbaik untuk Zafril . Buatlah apa apa pun Zaf tetap dengan keputusan Zaf" Wajah Hajah Meliesa berubah mendung .
"Kalau Zafril kata macam tu ikutlah , kalau mak bantah pun kamu bukannya ikut . Mak masuk bilik dulu" Bahu Zafril ditepuk sebelum bergerak ke bilik .
Zafril bersandar dibadan kerusi .
"Apa yang aku harus buat ni ya allah" Keluh Zafril .
"EII dahlah tua , gemuk pula tu ada hati nak cakap orang perangai buruk !!!" Asyiela terus menumbuk dan mencubit bantal peluk yang tersedia di chalet itu .
"Eleh dia pun samalah perangai macam hantu !" Tumbuk lagi ."Nak cakap orang !" Tumbuk lagi dan lagi .
"Eii tak sukanya!" Asyiela terus menekup mukanya dengan tangan .
Tiba tiba pintu biliknya diketuk berkali kali .
"Siapa tu ? Jangan kacau aku tengah nak makan orang ni!" Lantang Asyiela bercakap .
Zafril yang berada diluar ketawa mendengarnya .
"Mari keluar kita dah nak makan malam . Tinggal kita dua je tak pergi lagi" Asyiela merengus .
YOU ARE READING
Satu Bulan Untuk Dia
RomantizmSejak kehilangan permaisuri hati iaitu ibunya sendiri automatik menukarkan dirinya menjadi cepat melenting dan benci pada semua orang . Semua itu terjadi apabila dia dijaga oleh ayahnya sendiri . Dan satu hari , saat itu yang paling Asyiela tidak...