BIPPP....!!
BIPPP....!!
BIPPP....!!
Jam digital berbunyi bingit sambil bergetar hebat. Dengan malas aku menghayun lengan. Jam menjengkelkan tersebut senyap setelah dihentak permukaannya. Aku bangun dari katil sambil menggosok rambut. Permukaan jam, aku jeling sepintas lalu.
Pukul 7 pagi. Haih, malas betul rasanya nak pergi kerja bila dah sedap tidur...
Perlahan-lahan aku bangun dari katil. Tuala yang tersangkut di belakang kerusi rotan, aku gapai selamba. Tanpa membuang masa, aku masuk ke dalam bilik air. Seusai mandi, aku keluar sambil mengelap rambut.
"What the...?"
Aku tersentak apabila kemeja dan seluar slack hitam sudah siap diseterika. Malahan, katilku juga sudah dikemaskan. Aku termangu-mangu dan terdiam sejenak.
Tadi aku kemaskan katil ke? Aku ada iron baju dan seluar ke? I think no...?
Kemeja tersebut aku ambil. Ianya masih hangat. Keadaan sekeliling aku perhatikan. Jantung mulai berdebar laju. Aku tinggal seorang diri dalam apartment ni. Siapa lagi yang ada denganku...?
This is creepy, man...
Real creepy...
Selesai bersiap, aku terus keluar dari bilik. Kunci kereta aku gapai dari atas meja, kemudian aku berjalan ke pintu depan. Nafasku mulai terasa tidak keruan, namun aku cuba mengawal diri.
Relax, Holt! Relax! Ini rumah kau! Hantu tu tak wujud! Hanya aku yang terlalu...
'Hati-hati, Holt....'
Bisikan halus bergema di ruang tamu. Aku tersentak! Meremang bulu romaku dek suara halus tersebut! Bukan bulu roma jek, bulu lain pun meremang jugak!
SUARA SIAPA TU!?
Aku terus berlari keluar dari rumah seusai memakai kasut! Beg galas digapai secara tergesa-gesa!
FUCK THIS SHIT! I'M OUT!
******Suasana di dalam ruang pejabat terasa menenangkan. Hanya suara pekerja bersembang kedengaran. Aku menggigit hujung pen sambil menatap monitor komputer. Jari-jemari ligat menaip di papan kekunci.
Hurmmm, aku sebenarnya masih terfikirkan kejadian pagi tadi. Entah mengapa, aku susah nak lupakan kejadian tu...
Secara jujurnya, ini bukan kali pertama aku kena usik macam tu. Sudah dekat sebulan aku asyik diganggu...
Dua minggu lepas, semasa aku menonton televisyen. Aku ternampak kelibat perempuan duduk di kerusi bersebelah denganku. Apa lagi? Terperanjat aku! Bila aku toleh balik, perempuan tu dah hilang!
Then, masa aku hendak melelapkan mata. Aku terasa pipiku dikucup seseorang! Apa? korang fikir dah habis!? No, belum lagi!
Ada sekali tu, masa aku tengah mandi. Aku terlupa nak ambil tuala! Tiba-tiba ada orang hulurkan tuala kat aku! Tak ke seram tu!?
Itu tak termasuk ada makanan yang siap terhidang di atas meja! Siapa masakkan!?
This is madness! Aku boleh jadi gila!
But...
Kejadian pagi tadi, itu kali pertama aku dengar suaranya. Sebelum ni, makhluk tu hanya menonjolkan diri bagaikan bayang.
Kali ini, dia terus bersuara...?
Apa yang dia mahukan dari aku sebenarnya?
Hurmmm....
YOU ARE READING
LOVELY GHOST, EVIE [C]
Teen FictionIni bukan kisah cinta biasa-biasa. Ini kisah cinta unik diantara seorang lelaki bernama Holt Hayden dan juga hantu bernama Evie Morgan. Menarik? Kisahnya bermula apabila Holt tidak tahan sering diganggu dengan aktiviti paranormal yang berlaku di ap...