5 HARI KEMUDIAN
Aku berjalan ke dapur seusai meletak beg ke atas sofa. Air sejuk di dalam botol, aku teguk untuk menghilangkan dahaga. Evie asyik menonton movie di ruang tamu. Langsung tak endahkan aku. Fokus betul dia layan movie tu.
Aku menyandar bahu ke dinding sambil melonggarkan ikatan tali leher. Dia tak sedar ke aku dah balik dari kerja? Selalunya bukan main sambut aku. Kali ni, dia langsung tak pedulikan aku. Matanya hanya tertacap pada televisyen.
"Evie..."
'Eh...?'
Gadis hantu menoleh dikala aku menegur. Aku dan dia berbalas pandangan. Dia seakan terkejut. Mata birunya membulat memandangku.
'Ah ha, maaflah! Saya tak sedar awak dah balik! Awak nak air? Saya buatkan!'
Evie terus bangun dari kerusi seraya melayang kepadaku. Aku melempar tali leher ke atas sofa. Gadis hantu tersengih dikala aku memeluk tubuh.
Ceh, persoalan aku sudah terjawab. Dia memang tak sedar, aku dah balik tadi. Hurmmm...
"Kau memang kaki layan movie, eh?"
'Hurm...?'
"Kau tak sedar aku dah balik...Sebab movie tu kan...?"
'Erm...'
Evie mengangguk perlahan. Aku melirikkan pandangan ke meja makan. Tiada makanan yang tersedia. Jika tidak, dia mesti masak bila aku balik dari kerja. But, now?
"Kau tak memasak...?"
'Saya terleka, Holt...Maaflah...Saya masak sekarang...'
"No need...Aku nak mandi..."
'Holt, janganlah marah...Saya tak sengaja..'
"Aku tak marah..."
'Hurmmm, habis tu? Kenapa muka awak serius je...?'
"Sebab aku saja nak takutkan kau..."
'Yelah tu...'
"Kau tunggu kejap...Aku nak bersiap...Kemudian, kita keluar..."
'Kita...?'
"Yes, you and me..."
'Ouh...'
**********
Seusai bersiap, aku berjalan ke muka pintu depan. Evie mengikut aku dari belakang. Dia hanya berdiam diri tanpa berkata apa-apa. Sebaik sahaja mengunci pintu rumah, aku berjalan ke lif. Punatnya ditekan.
'Kita nak kemana, Holt...?'
"Jalan-jalan...Bosanlah asyik terperap dalam rumah..."
'Ermmm...Ehe...'
Gadis hantu merapatkan diri denganku dari sisi. Aku tersenyum apabila dia memegang lenganku sambil tersengih. Rambut coklatnya kelihatan tersisir rapi. Dia sikat rambut ke waktu aku mandi tadi?
'Holt...Ini date kita yang pertama, kan?'
"Yeah, nampaknya begitulah..."
'I'm so excited...!'
Evie berkata lalu tertawa kecil. Aku hanya tersenyum melihat dia ceria. She's cute when laughing like that. Seriously. Setelah seketika menunggu, pintu lif terbuka. Aku dan Evie terus masuk tanpa ragu-ragu.
Dua orang lelaki yang berada di dalam lif tersenyum membalas pandanganku. Aku membalas senyuman mereka, kemudian berdiri di sudut belakang kubikel lif. Evie hanya berdiam diri di sisi.
'Hey, cantik betul awek mamat belakang tu, kan...?'
'Awek mana pulak kau ni...? Dia seorang diri je masuk lif tadi...'
'Kau tak nampak ke...? Dia berdiri di sisi lelaki tu...'
'Karutlah...Dah, kau jangan nak takutkan aku...'
Aku tertunduk mendengar bisikan dua lelaki tersebut. Evie menekup mulut menahan ketawa. Dua lelaki tersebut menoleh perlahan-lahan ke belakang. Evie tersengih melihat mereka berdua tergaman.
'Jack...Ada perempuan lah...Betul cakap kau...'
'Aku dah cakap, kan!? Kau tak percayakan aku...!'
'Sumpah, Jack! Aku tak nampak pun perempuan tu tadi!'
Evie tersenyum. Dia melayang perlahan mendekati dua lelaki tersebut. Aku menekup muka apabila jasad Evie menembus selamba dua tubuh lelaki tersebut. Mereka berdua mulai menggigil. Wajah bertukar pucat.
Plingg...!
"MAKK! HANTUUUU!!!"
"WARGHHHHH!!!"
Sebaik sahaja pintu lif terbuka, dua lelaki tersebut bertempiaran melarikan diri! Evie tertawa mengekek sambil menekup mulut. Aku memegang tangannya seraya berjalan keluar dari lif.
"Kau ni, jahat betul...Pergi usik mamat dua orang tu..."
'Its funny! Haha!'
"Bila ramai orang, kau jangan nak usik macam tu pulak...Kecoh jadinya nanti..."
'Itu saya tahulah!'
YOU ARE READING
LOVELY GHOST, EVIE [C]
Novela JuvenilIni bukan kisah cinta biasa-biasa. Ini kisah cinta unik diantara seorang lelaki bernama Holt Hayden dan juga hantu bernama Evie Morgan. Menarik? Kisahnya bermula apabila Holt tidak tahan sering diganggu dengan aktiviti paranormal yang berlaku di ap...