Tombol pintu dipulas sebaik sahaja kuncinya dibuka. Pintu terkuak ke depan. Suis lampu dipetik pantas. Keadaan ruang tamu kelihatan suram. Aku melangkah masuk takut-takut. Mataku meliar memerhati sekeliling.
Beg galas dicampak ke atas sofa, kemudian aku duduk. Helaan nafas panjang dilepaskan. Fuh, aku fikir ada penampakan tadi. Nasib takde...
Dikala aku menoleh ke sisi, aku terkedu. Makanan yang siap dimasak sudah terhidang diatas meja. Aku perlahan-lahan bangun sambil menelan air liur.
Ayam goreng bersama sayur campur tersusun kemas di atas meja. Malahan jus oren turut tersedia di sisi pinggan. Peluh dingin menitis ke pipi.
Ah fuck, dia buat hal lagi...
Kreeekkk...
Kerusi kayu ditarik perlahan di sisi. Aku menekup mulut. Liang roma terasa meremang. Nafasku seakan terhenti apabila jag berisi jus oren terangkat di depan mata. Airnya dituang ke dalam gelas...
"AAAAAAAAAAAAA!! HANTUUUUU!!"
Aku memekik kemudian berlari keluar dari rumah! Nafasku termengah-mengah menahan takut. Smartphone digapai pantas dikala aku berada di depan pintu lif.
Aku kena dapatkan bantuan!
*******
Lelaki berambut putih dengan kot hitam berdiri tegak di hadapan rumah. Aku hanya berdiri di sisi sambil menggigit ibu jari. Dia memejamkan mata sambil membisikkan kata mantera.
"Err...Tuan? Macam mana..?"
"Hurmmm, rumah kau memang ada penghuni lain, Holt..."
"Penghuni lain? Tuan, tolonglah...Jangan biarkan dia buat kacau lagi..."
"Aku cuba..."
Daniel masuk ke dalam rumah dengan gaya selamba. Aku mengikut dia dari belakang. Matanya meliar memerhati sekeliling. Mulutnya terkumat-kamit membisik kata azimat.
Entah apa dia mencarut, aku sendiri tak pasti...
Setelah seketika, dia berjalan ke arah bilik. Belum sempat aku hendak melangkah masuk, Daniel menahan. Aku terpinga-pinga.
"Kau tunggu sini..."
"Eh, kenapa...?"
"Roh tu nak bersendirian dengan aku..."
"Ouh, macam tu pulak...?"
"Yes, pardon me..."
Daniel berkata lalu menutup pintu. Aku menggosok belakang kepala. Apahal dengan mamat ni? Lain macam je...?
Aku melabuhkan punggung di sofa. Kedua jari disulamkan. Air liur ditelan untuk menenangkan diri. Rumah aku memang ada penghuni lain. Aku dah agak...
Apartment ni berhantu! Sebab tu harganya murah sangat! Tak guna punya agent!
Setelah 20 minit berlalu, Daniel keluar dari bilik. Aku bingkas mendapatkan dia. Lelaki berambut putih tersenyum simpul membalas pandangan mataku. Aku pula terkebil-kebil.
"Tuan dah halau dia...?"
"Holt...Roh ni bukan roh jahat..."
"Ha...?"
"Aku tak boleh tolong, Holt...Aku cuma boleh uruskan roh jahat ataupun syaitan, but this...? Haha, aku tak nak masuk campur..."
"Aku bayar Tuan!"
Daniel menepuk perlahan bahuku sambil tersenyum sinis. Aku menggigit bibir membalas lirikkan matanya. Lelaki berambut putih berjalan ke pintu depan.
"Tuan...Tak nak tolong aku...?"
"Haha, Holt...Kau sepatutnya gembira..."
"Kenapa pulak!? Rumah ni berhantu!"
"She's such a cutie...Haha, hantu paling comel pernah aku jumpa..."
"Ha...?!"
"Aku minta diri dulu, Holt..."

YOU ARE READING
LOVELY GHOST, EVIE [C]
Genç KurguIni bukan kisah cinta biasa-biasa. Ini kisah cinta unik diantara seorang lelaki bernama Holt Hayden dan juga hantu bernama Evie Morgan. Menarik? Kisahnya bermula apabila Holt tidak tahan sering diganggu dengan aktiviti paranormal yang berlaku di ap...