Secawan kopi susu diletakkan ke atas meja. Aku duduk di kerusi plastik berhadapan dengan Evie. Si gadis hantu hanya berdiam diri sambil tertunduk. Dia kelihatan gementar denganku.
Sesungguhnya, ini kali pertama aku jumpa hantu yang gementar dengan manusia. Sebelum ni, cuma manusia yang gementar dengan hantu. Kan...?
Well, itu bukan persoalannya. Aku ada perkara lain yang nak dibincangkan dengan hantu ni...
"Sooo...Sudah berapa lama kau tinggal dalam apartment aku ni...?"
Aku menyoal selamba seraya menyilangkan kaki. Evie menggaru pipi mendengar pertanyaanku. Rambut panjangnya yang berwarna coklat gelap disisirkan ke sisi.
'Ermmm, dua bulan lepas...'
"Dari mana kau datang...?"
'Saya tak tahu...'
"Macam mana kau mati...?"
'Saya tak tahu...'
"Kau ada adik beradik lain? Maksud aku, yang masih hidup?"
Evie menggeleng kepala. Langsung tidak membalas pandangan mata aku. Kami berdua berdiam diri seketika. Kopi susu, aku hirup perlahan, kemudian aku kembali melirikkan pandangan pada si hantu.
"Hurmmm, kenapa kau takutkan aku? Kan bagus kalau kau datang jumpa aku dan berterus-terang macam ni? Takdelah aku hidup dalam ketakutan macam ni..."
'Holt, saya tak bermaksud nak takutkan awak...Saya tumpang rumah awak, jadi...Saya kemaskan rumah, masak and...'
"Ok-ok, aku faham..."
Aku pantas memotong katanya. Evie mendongak memandang aku. Senyuman manis terukir di bibirnya. Aku menelan air liur. Kami berbalas pandangan sejenak.
Yes, aku ni kaki movie seram. Tapi, jujur aku cakap, aku tak sangka ada hantu secomel ni. She look cute and gorgeous! Aku agak usianya dalam lingkungan 18 tahun?
"Kau nak tinggal di sini...?"
'Yes! Ini satu-satunya rumah yang saya selesa! Yang lain, ada hantu lain yang sudah menghuni! They're so creepy and suka buli saya!'
"Maksud kau? Kau pernah cuba cari rumah lain?"
"Yes...Saya cuba tinggal di bawah jambatan, rumah kosong, atas pokok, and other places...But...They just chasing me out...Saya...Isk...Isk...Huuuu...'
Evie menekup kelopak mata lalu menangis. Aku menggaru belakang kepala. Perasaan simpati mulai menjengah.
Aku fikir jadi hantu ni senang. Just terbang and mengusik orang. Rupanya, ada jugak hantu kena buli?
This is so sad, really...
"Ok-ok, janganlah menangis...Aku tak bermaksud nak halau kau..."
'Habis? Awak panggil lelaki seram tu datang! Dia marah saya! Saya tahu, saya ni cuma mengganggu...Tapi...'
'Look...Aku fikir kau ni roh jahat yang cuba ganggu aku! Tapi...Aku tak sangka pulak kau ni..."
'Apa...?'
"Hantu yang comel macam ni..."
'Ouh...Hurmmm...'
Kami berdua tertunduk menahan segan. Evie bermain ibu jari. Aku pula meraup muka dengan kedua tapak tangan. Suasana mulai terasa janggal.
"Kau betul-betul nak tinggal dengan aku?"
'Erm...'
"Then, kita kena buat perjanjian..."
"Perjanjian...?'
"Yes..."
'Apa perjanjiannya...?'
"Kau jangan sesekali main nyorok-nyorok dengan aku...Aku tak suka...Its creepy..."
'Ermmm, maafkan saya...'
"Kalau kau bersetuju...Kau boleh tinggal di sini..."
Aku berkata tegas seraya mengangkat jari telunjuk. Evie pantas mengangguk. Lesung pipit kelihatan dikala dia tersengih. Aku membalas senyuman dia.
"Oklah, kalau takde apa-apa lagi...Aku nak masuk tidur...Good night..."
Aku berkata lalu bangun dari kerusi. Evie mengangguk. Dikala aku mahu melangkah masuk ke dalam bilik, langkahku terhenti. Aku memalingkan muka ke arahnya.
"Evie...Nama kau Evie, kan...?"
'Erm...'
"Hurmmm, aku nak tanya..."
'Apa, Holt...?'
"Ada sekali tu, bila aku nak terlelap...Aku rasa pipi aku dikucup seseorang...Kau yang cium aku...?"
Evie tersentak. Dia kelihatan gelabah mendengar pertanyaan maut dariku. Aku menanti jawapan darinya dengan riak muka serius.
'Errrr...Hurmmm...'
"Kenapa kau cium aku, Evie...?"
'Nothing!'
Evie memekik kemudian menghilangkan diri. Aku memasamkan muka. Suasana di dalam ruang tamu bertukar sepi. Hanya aku seorang diri berdiri di depan pintu bilik.
Ceh, dia terus hilang...
YOU ARE READING
LOVELY GHOST, EVIE [C]
Teen FictionIni bukan kisah cinta biasa-biasa. Ini kisah cinta unik diantara seorang lelaki bernama Holt Hayden dan juga hantu bernama Evie Morgan. Menarik? Kisahnya bermula apabila Holt tidak tahan sering diganggu dengan aktiviti paranormal yang berlaku di ap...