Evie meletak semangkuk besar sup ayam ke atas meja. Emak pula menuang jus oren ke dalam gelas. Aku hanya memerhati Evie mencedok sup ke dalam mangkuk kecil sambil menongkat dagu. Sayur campur berlada, emak letakkan di sisi mangkuk sup ayam.
"Ha, apa kau tunggu lagi? Sebatlah..."
Emak berkata dengan nada tegas. Aku mencebik. Evie tertunduk sambil menekup mulut. Sup ayam disuap ke dalam mulut. Emak pula meneguk jus oren. Evie hanya memerhati kami berdua makan.
"Evie, makanlah..."
'Errr...Takpe makcik...Saya tak lapar...'
"Eh, tak boleh macam tu...Ha, makan ni..."
Emak berkata seraya mencedok sup ayam. Evie tersenyum simpul mengambil sup ayam dari tangan emak. Aku hanya berdiam diri sambil memerhati mereka berdua.
Hurmmm...
"So, Holt...Macam mana dengan kerja? Ok?"
Emak menyoal untuk memulakan perbualan. Aku mengesat mulut seraya menyandar. Evie hanya makan tanpa menyampuk.
"Bolehlah...Macam biasa..."
"Gaji ada naik tak...?"
"Tak..."
"Kau ni...Kerja dah hampir 6 tahun, takkan tak naik gaji lagi...?"
"Mana saya tau, tanyalah bos..."
Emak menggeleng kepala. Aku kembali makan. Suasana di ruang tamu terasa tenang. Hanya kedengaran bunyi kipas angin di siling. Emak melirikkan pandangan pada Evie.
Ah, dia mula dah...Dia mula dah...
"Siapa nama kau tadi...?"
Emak menyoal tiba-tiba. Evie terpinga-pinga. Bibirnya dikesat dengan tisu. Aku mula terasa tidak sedap hati.
Mesti mak nak interview si hantu ni. Shit, tolong jangan tanya soalan bukan-bukan...
'Evie...Evie Morgan...'
"Comel nama tu...Berapa umur kau ni...?"
'21 tahun...'
"Mudanya...Hurmmmm..."
Lirikan emak beralih padaku. Aku berbalas jelingan dengan Evie. Selera makan terus terbantut. Here it is, the shitty question...
"Sejak bila kau kenal dengan Evie ni? Kau langsung tak cakap apa-apa dengan mak..."
"Mak...Saya dan Evie bukan couple...Macam saya cakapkan tadi...Evie ni hantu! Don't you see? Dia berpakaian serba putih macam tu! Mana ada perempuan pakai serba putih setiap masa!"
KTAAK...!
Ketukan sudu singgah di dahi. Aku mengerut muka menahan sakit. Evie menekup mulut melihat aku dipukul sedemikian rupa.
"Mak tak nak tau pasal tu...Mak tanya, sejak bila kau kenal dengan Evie...?"
"Mak...Haih..."
'Saya kenal dia dua bulan lepas...Saya nak minta kerja...Then, saya jumpa Holt...Dia lelaki yang baik...'
Evie menyampuk pantas. Aku dan emak menoleh kepadanya. Si hantu tersengih. Emak menjeling aku.
"Kau berasal dari mana, Evie?"
'Venice...'
"I see...Ada berapa orang adik beradik?'
'Saya anak tunggal...'
"Mak bapak...?"
'Keduanya sudah meninggal dunia...'
"Ouh...Kesiannya.. "
Aku membulatkan mata. Emak menyimpulkan senyuman kelat kepada Evie. Si hantu melirikkan pandangan bermakna kepadaku.
Well damn, aku tak sangka dia ni pandai menipu. Suci dalam debu, cis!
"Holt...Mak nak kau simpan duit..."
"Aduh, kenapa pulak? Gaji kecik macam tu, mana nak cukup?"
"Takpe, nanti mak minta tolong abang kau, Nick..."
"Kenapa pulak? Tetiba nak simpan duit pulak?!"
"Mak nak kau dan Evie berkahwin secepat mungkin...Dia takde tempat bergantung melainkan kau..."
"Mak..."
"Jangan bagi alasan, Holt..."
'Erm! Erm! Tambahan lagi, saya dan Holt sudah tidur bersama! Situasi macam ni merbahaya, kan?'
Air liur ditelan mendengar sampukan Evie. Emak melirikkan pandangan tajam kepadaku. Tanganku yang terletak di atas meja, emak genggam erat.
"Aduhhhhh...Sakit, mak!"
"Kau dah tidur dengan dia...Then, kau tak nak kahwin dengan dia? Kau nak mak naik darah ke, Holt...?"
"Mak...Sakit! Lepaskan lah!"
"Mak nak dengar jawapan dari kau, Holt!"
"Erghh...Fine! Saya kahwin dengan dia!"
Genggaman tangan dilepaskan. Aku mengurut tangan sambil merengus geram. Evie menjelirkan lidah kepadaku. Telinga mula terasa panas...
Dia ni memang nak mampus dengan aku. Memandai karang cerita. Dia nak mati sekali lagi agaknya!?
YOU ARE READING
LOVELY GHOST, EVIE [C]
Teen FictionIni bukan kisah cinta biasa-biasa. Ini kisah cinta unik diantara seorang lelaki bernama Holt Hayden dan juga hantu bernama Evie Morgan. Menarik? Kisahnya bermula apabila Holt tidak tahan sering diganggu dengan aktiviti paranormal yang berlaku di ap...