Seusai mandi, aku keluar dari bilik air. Televisyen dibiarkan terpasang di ruang tamu. Bukan apa. Kalau senyap sunyi, lagi seram dibuatnya. Better ada bunyi sikit, takdelah seram sangat.
Selepas mengenakan pakaian tidur, aku berjalan ke dapur. Makanan yang terhidang tadi, aku jeling sejenak. Ianya masih tersusun kemas di atas meja. Esok jelah aku kemaskan.
Peti sejuk dibuka. Susu kotak aku gapai pantas kemudian diteguk. Selesai melunaskan dahaga, aku kembali berjalan ke bilik tidur. Televisyen ditutup. Lampu ruang tamu dibiarkan terbuka.
Aku merebahkan badan ke atas katil. Lengan diletakkan ke atas dahi. Mata dipejam rapat. Suasana mulai bertukar sepi. Hanya helaan nafas dariku kedengaran.
Hurmm, esok cuti. Lagi seram dibuatnya. Better aku keluar dari terperap dalam rumah berhantu ni...
Tapi, aku nak keluar ke mana...?
Hurmmm....
'Isk...Isk...Isk...'
Aku tersentak apabila suara esakan tangis kedengaran tiba-tiba! Aku bingkas bangun dari katil seraya berlari ke suis lampu! Keadaan dalam bilik bertukar cerah! Aku bernafas kencang sambil memerhati sekeliling.
Langsung tiada siapa melainkan aku dalam bilik sempit tersebut...
'Isk...Isk...Huuu... '
Suara tangisan kedengaran sekali lagi. Jantung merombak laju menahan takut! Peluh dingin menitis ke pipi! Aku menggenggam penumbuk melawan gementar!
"WHO THE HECK ARE YOU!? KELUAR KAU, SYAITAN CELAKA! AKU TAK TAKUTLAH DENGAN KAU!"
Aku menengking lantang! Suaraku bergema di ruang apartment. Aku menelan air liur berkali-kali.
'Saya bukan syaitan....Isk...Isk...Saya tak berniat nak takutkan awak...Isk...Isk...'
Aku menarik nafas apabila tengkinganku dibalas perlahan. Aku tertunduk sambil menggosok rambut. Tubuhku menggigil.
"Habis!? Kau ni apa!? Apa kau nak dari aku!?"
Aku berkata dengan nada geram. Kali ini, tiada jawapan. Suasana bertukar hening. Suara esakan tangis juga terhenti. Aku menghela nafas panjang.
"Kau ganggu aku...Kau kacau aku..."
'Saya tak berniat nak ganggu awak...'
Aku menekup muka apabila hantu tersebut membalas pantas kata-kataku. Nafasku diatur supaya dapat bertenang. Relax, Holt. Relax...
"Apa kau nak dari aku...?"
'Saya tak tahu...'
"Hurmmm, siapa nama kau...?'
'Evie...'
Aku melepaskan tekupan muka. Titisan peluh, aku kesat dengan belakang tapak tangan. Aku berjalan mundar-mandir di dalam bilik sambil menggigit ibu jari.
Hurmmm, dia jawab semua pertanyaan aku. Ini bermakna dia bukanlah berniat jahat. Suaranya juga kedengaran halus. Bukan menakutkan sangat pun...
Baiklah...
Aku menarik nafas dalam-dalam, kemudian melepaskannya perlahan-lahan...
"Baiklah, Evie...Jika kau tak nak takutkan aku...Apa kata kau tunjukkan pada aku...Rupa kau yang sebenarnya...!"
Aku berkata dengan nada yakin. Kedua telapak tangan menggengam penumbuk. Debaran jantung cuba aku kawal...
'Ermmm, nanti awak takut dengan saya...'
"Kalau kau main sembunyi-sembunyi macam ni, lagilah aku takut...!"
Seusai aku menghabiskan kata, pinggangku dicuit dari belakang. Aku bingkas menoleh. Nafasku seakan terhenti apabila seorang gadis berpakaian serba putih berdiri di belakang.
Aku berganjak ke belakang beberapa langkah. Dia hanya berdiri sambil memandangku sayu. Alis matanya masih lagi basah dek airmata. Bibirnya digigit lembut melihat aku terpegun.
'Awak takut dengan saya...'
Dia berkata lalu cuba menghilangkan diri semula. Jasadnya kian menipis bagaikan angin. Aku bingkas menerpa ke depan!
"Hey! Hey! Jangan hilang dulu...!"
'Errrr....'
Kami berdua tergaman apabila aku memegang lengannya. Mata birunya tertacap padaku. Pipinya merona merah.
'Awak boleh sentuh saya...?"
"Sorry..."
'Ermm...'
"Kau comel..."
'Apa...?'
"Nothing...."
YOU ARE READING
LOVELY GHOST, EVIE [C]
Novela JuvenilIni bukan kisah cinta biasa-biasa. Ini kisah cinta unik diantara seorang lelaki bernama Holt Hayden dan juga hantu bernama Evie Morgan. Menarik? Kisahnya bermula apabila Holt tidak tahan sering diganggu dengan aktiviti paranormal yang berlaku di ap...