26 | GOING APART

6K 500 6
                                    

Suasana pagi itu terasa mendamaikan. Cahaya matahari bersinar cerah di dada langit. Angin pagi pula menghembus tenang. Aku mengemas kemeja, kemudian berjalan menuruni anak tangga.

Senyuman terukir di bibir apabila susuk tubuh Evie dan Mia kelihatan di bawah. Mereka berbual mesra. Aku berjalan menghampiri mereka berdua. Evie memaparkan riak muka sayu melihat aku sudah bersiap.

"Mia, tengok-tengokkan Evie ni..."

"Yela, bang...Goodluck for your interview!"

Mia berkata lalu tersengih. Kepalanya aku usap. Beg galas yang terletak di atas sofa, Evie gapai perlahan. Aku tersenyum kelat melihat dia merajuk. Mia kembali duduk di sofa.

'Kenapa mesti sampai dua minggu? Interview je pun...'

"Aku nak cuba minta tolong kawan, mudah sikit dapat kerja...Itulah sebabnya jadi lama, you take care..."

Aku membalas selamba seraya mengambil beg galas dari tangannya. Mak memunculkan diri dari dapur. Aku dan Evie berbalas jelingan.

"Ha, Holt...Hati-hati...Kalau jumpa Nick, sampaikan salam mak pada dia..."

"Yelah, mak..."

Aku berjalan ke pintu depan. Evie mengikut aku dari belakang. Lampu Jeep berkelip apabila punat kunci ditekan. Pintu sisi dibuka. Beg galas diletakkan di sisi seat pemandu. Evie memegang tanganku dikala aku mahu masuk ke dalam Jeep hitam. Aku menoleh.

'Holt....'

"Erm...?'

'Lepas interview, awak terus balik...Jangan melencong ke tempat lain...'

"Aku nak melencong ke mana...?"

'Mana saya tahu...Saya pesan je...'

"Ok...Aku janji, settle je interview...Aku terus balik..."

Aku berkata seraya mengucup pipinya. Evie tersenyum kelat. Aku terus masuk ke dalam Jeep. Enjinnya dihidupkan. Evie masih berdiri di sisi Jeep.

"Evie...Kau jangan dedahkan identiti kau...Kalau mak atau Mia tahu siapa kau yang sebenarnya...Kecoh jadinya nanti..."

'Awak dah cakap pada mak awak, kan? Tapi dia tak percaya...?'

"Itu sebab dia tak nampak dengan mata kepala dia sendiri...Kau jangan melayang depan mata dia pulak...Or, menghilangkan diri...Terkejut dia nanti..."

'Yelah, Holt...'

"Aku call kau nanti guna phone Mia..."

'Erm, ok...'

Evie mengangguk. Aku menutup tingkap sisi. Break tangan diturunkan, kemudian gear dimasukkan. Jeep hitam bergerak meninggalkan perkarangan rumah batu.

Evie masih tercegat dikala aku memandang cermin sisi. Riak wajahnya sayu. Aku menarik nafas panjang. Kedua tangan menggenggam erat stereng leather.

Maafkan aku, Evie...

Aku buat semua ni sebab kau. For you. For us....

Kali ini, aku akan cari jalan penyelesaiannya...

Supaya kau tidak lagi terseksa...

Smartphone digapai dari poket jeans. Nama Nick terpampang di skrin. Aku melekapkan smartphone ke telinga. Bunyi talian disambungkan kedengaran perlahan.

"Hola, Holt..."

"Nick, aku dah gerak dari kampung..."

"Nanti jumpa aku di stesen minyak Kansas...Aku tunggu kau di sana..."

"Aku agak dalam sejam lagi...Aku sampai..."

"Ok, Holt...Hurmmm..."

"What, Nick? Something wrong?"

"Kau pasti? Kau nak ikut aku?"

"Yes...Aku nak tahu kebenarannya..."

"Kebenarannya mungkin pahit untuk ditelan...Kau jangan mental breakdown nanti..."

"Jangan risaukan aku, Nick...I know how to handle myself..."

"If you say so...Apa aku nak cakap lagi?"

"Oklah, Nick...Nanti sampai...Aku call kau balik..."

"Roger and out..."

LOVELY GHOST, EVIE [C]Where stories live. Discover now