Nick memandu selamba meredah jalan raya. Aku memeluk tubuh sambil memerhati jalan raya di depan. Ethan pula digari tangannya di seat belakang. Sesekali, aku memerhati gelagatnya melalui cermin tengah. Lelaki berambut masai melelapkan mata. Dadanya berombak perlahan dek kepenatan.
Hurmmm...
"Nick..."
"Erm..?"
"Kenapa kau nak bawak dia ni balik ke balai? Kau soal-siasat jelah dia kat sini..."
"Tak boleh, Holt...Aku dapat arahan, aku kena bawak dia balik ke balai..."
"Leceh la macam ni..."
Aku berkata dengan nada tidak berpuas hati. Nick kembali memandu tanpa membidas. Ethan masih tertidur tanpa sepatah kata.
Entah mengapa, aku terasa tidak sedap hati...
Setelah 6 jam memandu, akhirnya Nick memandu masuk ke stesen minyak. Stesen minyak usang tersebut terletak di pinggir lebuhraya sunyi. Siang sudah mahu melabuhkan tirainya.
Nick keluar dari Jeep seraya mengeliat. Ethan langsung tidak terjaga. Tidur lama betul mamat sial ni. Aku turun dari Jeep. Nick mengangkat tangan dikala aku berjalan ke tandas.
Seusai membuat pembayaran, Nick berjalan semula ke Jeep. Dikala dia mahu mengisi minyak, kelibat Ethan di dalam Jeep sudah lesap dari pandangan. Dia bingkas membuka pintu seraya menjengah ke dalam!
BAKKKKK!!
Nick terjelopok ke tanah apabila pintu Jeep menghentam sisi tubuh! Ethan memijak dadanya sambil tersengih. Nick termengah-mengah menahan sakit.
"You're in dipshit, Nick Hayden..."
Ethan berkata dengan nada separuh berbisik. Pisau dapur yang tersisip di belakang seluar jeans, dia gapai selamba. Nick membuntangkan mata.
"WA-WAIT!! ARGHHHH!!"
Nick menyeringai apabila pisau tersebut menikam perutnya! Ethan tertawa sinis. Darah melimpah keluar ke lantai bersimen. Lelaki berambut masai mengambil sepucuk Desert Eagle yang tersembunyi di balik kot hitam.
"Erghhh...Hah...Hah...You can't...Get away..With this..."
BAKKKKK!!
Ethan melepaskan satu tendangan padu ke pipi! Nick terkulai tidak sedarkan diri. Darah membuak keluar dari luka. Ethan berjalan selamba ke arah stesen minyak. Darah membasahi t-shirt putih yang dia pakai.
Belum sempat penjaga kaunter mendail talian kecemasan, kepalanya sudah bersepai dek peluru. Ethan tersengih puas. Matanya meliar memerhati sekeliling. Darah Nick di tangan, dia jilat sambil tersengih.
**********
Refleksi diri di permukaan cermin, aku tatap lama sambil membasuh tangan. Helaan nafas panjang dilepaskan. Bunyi air dari sinki kedengaran di tandas.
Haih, entah apalah Evie buat sekarang?
Entah mengapa, aku masih terasa tidak sedap hati...
Seusai membasuh tangan, aku keluar dari tandas. Langkahku terhenti apabila susuk tubuh Nick terpampang di depan mata. Darah pekat memenuhi ruang lantai. Peluh dingin menitis ke pipi dikala aku ternampak Ethan berdiri di sebelah pam minyak.
Lebih menakutkan apabila dia tersengih bagaikan orang gila. Renungannya tajam bagaikan harimau memerhati mangsa. Sepucuk pistol tergenggam kemas di tangan kanannya...
"Aku kenal kau, Holt..."
Dia berkata seraya berjalan mendekati aku perlahan-lahan. Bekas tapak kasutnya masih berbekas dengan darah...
"W-What...?"
"Kaulah yang Evie selalu sebutkan...She always talked about you, Holt Hayden..."
Jantung berdebar kencang apabila dia mengacukan Desert Eagle ke arah aku...
"Kaulah puncanya, Holt...Its all because of you..."
"W-wait, Ethan...We can discuss this..."
"Just shut up and die, you motherfucker!"
BLAMMMM!!
#####################################
Chapter seterusnya diprivate-kan. How to un-lock? Follow my account!
Kehkeh! 😂
YOU ARE READING
LOVELY GHOST, EVIE [C]
Teen FictionIni bukan kisah cinta biasa-biasa. Ini kisah cinta unik diantara seorang lelaki bernama Holt Hayden dan juga hantu bernama Evie Morgan. Menarik? Kisahnya bermula apabila Holt tidak tahan sering diganggu dengan aktiviti paranormal yang berlaku di ap...