Suara Mia dan suara ibu Holt kedengaran jelas di ruang tamu. Mereka asyik berbual dan tertawa sambil menonton televisyen. Aku tersenyum sendiri mendengar mereka asyik berceloteh ceria. Alangkah bagusnya jika aku ada keluarga macam ni...
Hurmmm, tapi sudah cukup bagus mereka terima aku. Tak patutnya rasanya aku minta benda bukan-bukan. I mean, i already dead. What more to asked?
Holt Hayden loves me, thats it. Aku sudah cukup berpuas hati. Ini peluang kedua yang aku dapat walaupun jasad aku sudah lama mereput dimakan ulat...
Pisau diletakkan ke sisi. Hirisan epal dan buah mangga tersusun kemas di atas pinggang. Aku tersenyum puas hati. Perlahan-lahan aku membawa pinggan tersebut ke ruang tamu.
Dikala aku mahu melangkah menaiki anak tangga kecil, langkahku tersadung! Pinggan berisi buah-buahan melayang ke udara! Aku bingkas memanjangkan tangan ke depan! Pinggan tersebut dapat aku capai sebelum ia berderai dihentam mozek!
Aku menarik nafas lega. Tanganku kembali ke bentuk asal. Langkahku kembali diorak ke depan..
Namun begitu...
Sepasang mata coklat sudah tertacap padaku. Langkahku terhenti. Debaran jantung mulai kencang. Mia tergaman membalas pandangan mataku. Bibirnya mengeletar menahan takut...
"A-Akak...Tangan akak..."
'Mia...Shhh...Please...'
Aku memaparkan riak muka sayu kepadanya. Mia menggelengkan kepala, kemudian berjalan ke dapur. Aku tercegat di situ. Bibir dikemam menahan malu.
Dia nampak? Dia dah tahu siapa aku...?
Perlahan-lahan aku menoleh ke belakang. Mia masih memerhati aku di dapur sambil meneguk air sejuk. Aku menyimpulkan senyuman kelat kepadanya.
"Evie....Mana buahnya? Lambat betul kau potong...?"
Suara ibu Holt kedengaran di depan televisyen. Mia menggayakan isyarat mengunci mulut kepadaku. Aku tersenyum, kemudian kembali berjalan ke ruang tamu.
Mujur dia tak menjerit atau bongkarkan rahsia...
**********
Mata coklat tertacap padaku dikala aku melangkah masuk ke dalam bilik. Mia memerhati aku duduk di birai katil. Aku tertunduk dek perbuatannya itu. Si gadis mendekatkan diri denganku. Mata coklatnya tidak lepas dari merenung aku.
"Better akak terangkan pada saya...Apa bendanya tadi tu...?"
'Ermmm? Mia nak saya terangkan apa...?'
"Tangan akak memanjang! Like a freaking rubber! Apa bendanya tu!?"
Aku bingkas menutup mulutnya dengan sebelah tangan. Mia termangu-mangu. Aku meletak jari telunjuk ke bibir. Si gadis mengangguk perlahan.
'Jangan kuat sangat...Nanti makcik dengar, mati saya...'
"Ok-ok...I'm sorry..."
'Baiklah, jika saya beritahu...Mia janji, Mia rahsiakan perkara ni...'
Mia pantas mengangguk. Aku tersenyum kelat kepadanya. Mia menanti penerangan dariku.
'Saya bukan lagi manusia, Mia...'
"Ha...? Habis? Akak ni apa? Alien?"
'No, bukan alien...I'm something more creepy...'
"Hurmmm..."
'Saya ni roh, Mia...Dalam bahasa kasarnya, saya ni hantu...'
Mia berganjak ke sisi mendengar kata-kataku. Dia menekup mulut dengan gaya tidak percaya. Aku menggaru pipi seraya tertunduk.
"Akak ni hantu? Seriously...?"
'Erm...'
Aku mengangguk. Mia mendekatkan jari ke lenganku. Aku hanya berdiam diri apabila dia menyentuh kulitku dengan gaya takut-takut.
"I can touched you, sis...Plus, akak berjalan jejak tanah...Are you really a ghost..?"
'Cuma manusia sedarah dengan Holt yang boleh nampak and sentuh saya...Ermmm, saya boleh jejak tanah sebab saya bukan roh jahat...'
"Ouh...Jadi, ini bermakna...Abang Holt bercinta dengan hantu..."
'Hurmmm...Yes, you can say that...'
"Cool..."
'Ha? Cool...?'
"Yeah! Falling in love with a ghost? This is interesting...!"
'Ermmm...'
"Hey! Hey! Abang Holt dan akak pernah bercium?"
Mia menyoal tanpa berselindung. Aku memalingkan muka ke arah bertentangan. Mia tersengih melihat aku menahan segan.
'Yes, we did...'
"Awesome! How it is feel?"
'Ha...? Kenapa Mia tanya...?'
"Ehe, kalau Mia beritahu, akak jangan beritahu mak pulak! Pinky swear!"
Mia menyua jari kelinking kepadaku. Aku termangu-mangu. Jari kelinking kami berdua bertaut rapat. Mia melakarkan senyuman manis.
"Saya sebenarnya ada boyfriend! He's cute and charming!"
'Ouh...'
"But, we never did kissing...So, saya nak akak ajar saya! How to kiss a guy...?!"
'Errr...'
Mia memandang aku dengan mata yang bersinar-sinar. Aku menelan air liur. Belakang kepala digosok perlahan.
Ah, aku risaukan masalah di dapur tadi. Tapi, masalah lain pulak yang timbul...
Haih...
![](https://img.wattpad.com/cover/111827021-288-k508485.jpg)
YOU ARE READING
LOVELY GHOST, EVIE [C]
Teen FictionIni bukan kisah cinta biasa-biasa. Ini kisah cinta unik diantara seorang lelaki bernama Holt Hayden dan juga hantu bernama Evie Morgan. Menarik? Kisahnya bermula apabila Holt tidak tahan sering diganggu dengan aktiviti paranormal yang berlaku di ap...