Aku menghirup teh suam sambil menonton televisyen. Evie pula duduk di sebelah aku. Sekali-sekala dia tersenyum apabila rancangan komedi berjaya mencuit hatinya. Aku tersenyum melihat dia senang hati.
Teh suam diletakkan ke atas meja. Tanganku melingkar ke bahu Evie. Dia tersenyum simpul. Kepalanya diletakkan ke dadaku. Rambut coklatnya, aku usap perlahan sambil menonton televisyen.
'Awak cuti berapa lama, Holt...?'
"Seminggu..."
'Cuti tahunan ke...?'
"Yup, rugilah kalau aku tak gunakan..."
Evie mengangguk mendengar balasan kata dariku. Kami berdua kembali menonton televisyen. Pandanganku dilirikkan ke arah si gadis hantu. Dia tertawa menekup mulut dikala si pelakon terjatuh dari kerusi.
Hurmmm, siapa agaknya yang gamak nak bunuh gadis sebaik ni? Look at her, so innocent...
Gambar-gambar mayat yang Nick berikan dua hari lepas, mulai bermain dalam kotak fikiran. Aku mengusap kepala Evie sambil memikirkan perihal tragedi tersebut. Si gadis hantu leka menonton televisyen.
Kenapa agaknya Evie rahsiakan hal ni dari aku?
Kenapa dia begitu berat untuk membuka mulut kepada Nick?
Apa yang terjadi pada dia sebenarnya?
Lakaran pondok buruk yang Evie lakarkan, apa maksudnya?
Aku menjeling Evie sekali lagi. Segala persoalan yang bermain dalam kotak minda, jawapannya ada pada Evie. Cuma dia yang boleh berikan jawapannya. Cuma dia yang tahu kebenarannya.
Hurmmm...
'Holt, kenapa jantung awak berdebar sangat ni...?'
Evie menyoal tetiba. Kepalanya diangkat dari terus menyandar ke dadaku. Mata birunya tertacap padaku. Aku mengusap pipinya perlahan-lahan. Si gadis hantu mengerut dahi.
"Evie, do you love me...?"
'Yes, kenapa tanya...?'
"Kalau kau cintakan aku...Kenapa kau mesti nak berahsia dengan aku...?"
Evie memasamkan muka. Dia kembali menyandar kepala ke dadaku. Aku tersenyum tawar melihat gelagat dia. Rambutnya aku usap sekali lagi.
'Awak masih tak puas hati pasal hal tu, Holt...?'
"Yeah...Kalau boleh, kau beritahu lah aku apa yang terjadi...Aku nak tahu kebenarannya..."
'Some things is better to keep shut...'
"But not yours...I need to know..."
'No, Holt...'
Evie mendongak kepadaku. Jarinya diletakkan ke bibir, kemudian dia menggayakan isyarat mengunci mulut. Aku menghela nafas panjang. Kami berdua berdiam diri seketika. Hanya bunyi televisyen kedengaran.
"Evie...Aku laparlah..."
Aku berkata seraya tersengih. Evie bangun dari sofa. Dia melirikkan pandangan nakal kepadaku. Aku berpura-pura menonton televisyen.
'Awak nak saya masak? Or, awak 'laparkan' saya...?'
Evie menyoal tanpa berselindung. Dia merapatkan muka denganku. Aku tertawa kecil. Pipinya aku kucup. Evie tersipu-sipu.
"Aku nak makanlah...Jangan fikir bukan-bukan..."
'Alah, sekarang baru pukul 1 tengah hari...Awak dah nak makan...?'
"Kau tak masak sarapan untuk aku tadi...How cruel of you..."
'Urghhh, fine...'
Evie memutar bebola mata lalu melayang ke dapur. Aku tersengih melihat dia membuka peti sejuk. Belakang kepala digosok perlahan sambil memerhati Evie memasak.
Manusia celaka mana yang sanggup bunuh gadis sempurna macam ni...?
Urghhh, i need some answer!
Ah, ya!
Aku bingkas mengambil smartphone yang terletak di atas meja. Permukaannya aku tatap lama sambil membelek contact number. Kuisan jariku terhenti dikala nama Daniel Dawn terpampang di skrin.
Ah, yes. This guy. Dia tahu banyak perkara mengenai roh dan paranormal, kan? Aku rasa dia boleh berikan sedikit jawapan kepadaku.
Kenapa Evie begitu takut hendak membuka mulut? I think, he know the answer...
Tanpa membuang masa, aku melekap smartphone ke telinga. Aku berganjak ke sisi agar Evie tidak perasan akan perbuatanku. Dia leka memasak sambil menyanyi.
"Hello, Daniel Dawn speaking..."
"Hello, Daniel...Its me, Holt Hayden..."
"Holt who?"
"Holt Hayden! Lelaki yang ada masalah hantu di apartment...Its me!"
"Aku ada beratus pelanggan...Aku tak ingat kau yang mana satu..."
"Hurmmm, fine...Aku nak jumpa kau..."
"Di mana...? Aku kena tengok jadual dulu...Hurmmm, wait...Esok, pukul 3 petang...Ok?"
"Ok, jumpa aku di kafe Heathen..."
"Sure, Holt Hayden..."

YOU ARE READING
LOVELY GHOST, EVIE [C]
Teen FictionIni bukan kisah cinta biasa-biasa. Ini kisah cinta unik diantara seorang lelaki bernama Holt Hayden dan juga hantu bernama Evie Morgan. Menarik? Kisahnya bermula apabila Holt tidak tahan sering diganggu dengan aktiviti paranormal yang berlaku di ap...