Wap panas berkepul naik ke ruang udara apabila air panas dituang ke dalam gelas. Seuncang teh dimasukkan, kemudian airnya dikacau. Tidak dilupa juga, tiga sudu gula. Sesuai menyiapkan teh, aku berjalan ke ruang tamu.
Evie menyimpulkan senyuman kelat apabila secawan teh panas diletakkan ke atas meja kayu. Aku melabuhkan punggung di sisinya. Evie menyandar kepala ke bahuku.
"Alright...Kau jangan nak berahsia lagi dengan aku...Apa yang terjadi sebenarnya semalam?"
'Its nothing...Saya dah ok sekarang...'
"Ok? You vomits blood! You died, Evie! Then, kau sedar semula! Seolah-olah tiada apa yang berlaku! Kesan darah semuanya hilang! What is this, Evie!?"
'Holt...Don't freak out...'
"Me? Don't freak out!? Evie! Of course i'm freaking out! Kau terlalu berahsia dengan aku!"
Evie menyembam muka ke bahuku. Aku menarik nafas panjang. Gadis hantu berdiam diri, lama. Aku mengusap pehanya perlahan-lahan.
"Look...Aku tak bermaksud nak tengking kau macam ni...Tapi, kau jangan buat aku takut, Evie...Semalam, aku fikir...Aku dah kehilangan kau..."
'I'm ok...I'm a ghost, don't you remember? Saya tak boleh mati untuk kali kedua...Janganlah risau sangat...Perkara semalam tu, perkara normal...'
Aku merengus menahan geram. Evie memeluk pinggang aku, erat. Tangan mengepal penumbuk. Amarah aku kian mencanak dek bidasan katanya.
"Perkara normal kau cakap!? Kau berlumuran dengan darah! Kau merayu pada aku supaya jangan sakitkan kau! Is that normal!? I don't think that a fucking normal!"
'Holt...'
"I AM YOUR GODDAMN BOYFRIEND, EVIE MORGAN! LET ME PROTECT YOU! JANGAN SIMPAN APA-APA RAHSIA DARI AKU! YOU MAKE ME SICK WORRIED!"
Airmata Evie menitis ke pipi mendengar tengkingan aku. Jari-jemarinya mengusap lembut kedua pipiku. Pandangan mata birunya yang berkaca, aku balas dengan renungan sayu.
'Holt...Saya minta maaf...Saya tak berniat nak buat awak risau macam ni...'
"Then? Beritahu aku, Evie...Jangan berahsia dengan aku..."
'I can't...'
"Jika kau tak nak beritahu aku keseluruhannya...Kau beritahu aku, apa benda sebenarnya kejadian semalam tu...?"
Evie tertunduk mendengar bidasan dariku. Aku menanti penjelasan darinya sambil memeluk tubuh. Gadis hantu menarik nafas panjang. Airmata dikesat dengan belakang tapak tangan.
'Itulah caranya saya mati, Holt...'
"What...?"
'Setiap kali jam menunjukkan pukul 4 pagi pada hari Rabu, perkara yang sama akan berulang, Holt...Saya akan ulang benda yang sama...'
Aku terkedu mendengar penjelasan darinya. Gadis hantu menekup muka. Dia menangis teresak-esak. Aku mengusap lembut kepalanya.
"Kau akan ulang benda yang sama pada setiap hari rabu, jam 4 pagi? Every single week?"
'Yes, Holt...Its hurt...Its so hurt...Isk...Isk...'
"Kau dibunuh pada waktu tu? Pada hari rabu, pukul 4 pagi...?"
Evie mengangguk. Aku tertunduk. Airmata bergenang di tubir mata. Gadis hantu memeluk aku sekali lagi. Pelukannya itu aku balas. Kami berdua berdiam diri, lama.
"Kau terseksa selama ni...Why don't you tell me...?"
'Saya tak nak takutkan awak, Holt...Saya takut, awak akan tinggalkan saya...'
"I never...Ever...Leave you...Itu janji aku..."
![](https://img.wattpad.com/cover/111827021-288-k508485.jpg)
YOU ARE READING
LOVELY GHOST, EVIE [C]
Fiksi RemajaIni bukan kisah cinta biasa-biasa. Ini kisah cinta unik diantara seorang lelaki bernama Holt Hayden dan juga hantu bernama Evie Morgan. Menarik? Kisahnya bermula apabila Holt tidak tahan sering diganggu dengan aktiviti paranormal yang berlaku di ap...