'Tak bestlah cerita tu...Banyak sembang je, pastu aksi dia tak masuk akal...Ntah apa-apa je...'
Evie mengomel sendiri sambil berjalan beriringan denganku ke stesen tren. Dua beg plastik berisi makanan dan pakaian Evie tergenggam kemas di tangan. Aku tertawa sinis. Gadis hantu mencebik.
'Kenapa awak gelak, Holt...?'
"Kau yang beriya-iya nak tengok movie tu, kan? Haha! Sekarang kau tak puas hati pulak...?"
'Hmph! Mana saya tau movie tu tak best! Tengok poster bukan main lagi!'
"Poster memanglah gempak... Itulah caranya pengarah filem nak perbodohkan penonton macam kau ni! Haha!"
'Holt, jangan sampai saya usik awak! Awak tak tidur malam nanti!'
"Pfft...Aku tak takutlah dengan kau..."
'Eleh, dialah yang menjerit macam perempuan dulu...'
"Itu dulu...Kehkeh..."
Aku tertawa sinis. Evie menarik muka. Suasana di stesen tren kelihatan lenggang. Langsung tiada siapa melainkan aku dan Evie. Kami berdua duduk di kerusi batu. Kedua beg plastik diletakkan ke sisi.
Aku menjeling Evie yang duduk di sebelah. Dia leka memerhati lampu yang berkelip-kelip. Rambut ikal mayangnya beralun mengikut hembusan angin malam. Dipadankan pula dengan dress biru pemberianku.
She look drop dead gorgeous...
'Holt...'
Evie menegur dikala aku leka memerhati dia. Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan. Gadis hantu memegang tanganku. Senyuman terlakar di bibir mungilnya.
'Terima kasih sebab bawa saya keluar macam ni...'
"So, are you happy...?"
'Totally...'
"Baguslah macam tu..."
Aku berkata lalu tersenyum. Evie menyandar kepala di bahuku. Bau harum menerjah ke rongga hidung. Hurmm, aku tak sangka pulak hantu berbau wangi macam ni. Baunya seperti bunga...
"Evie..."
'Erm...?'
"Aku nak tanya something, boleh...?"
'What is it...?'
"Kenapa kau mati...? Kau sakit teruk? Or...Kau kemalangan...?"
Evie menyembam muka ke bahuku. Aku menanti jawapan darinya. Gadis hantu berdiam diri, lama.
'Saya tak nak jawab soalan tu...'
"Kenapa?"
'Jangan tanya kenapa...Saya tak sukakannya...'
"Kau mati dibunuh...? Or..."
'Holt! Sudahlah tu! Jangan pandai-pandai buat andaian sendiri!'
Evie menyinga tiba-tiba. Aku membalas renungan tajam darinya dengan pandangan selamba. Tangannya menggengam erat pergelangan tanganku.
"Aku cuma nak tahu..."
'Awak tak perlu tahu pasal tu...'
"But..."
'Sekali lagi awak tanya, saya lesap dari sini, try me...'
Aku tersengih mendengar ugutan darinya. Evie memaparkan riak muka serius. Haha, sekarang dia dah pandai ugut aku? Well played, ghost girl. Well played...
Tren meluncur perlahan di hadapan. Aku dan Evie terus bangun dari kerusi batu. Sebaik sahaja pintunya terbuka, kami berdua terus masuk ke dalamnya. Langsung tiada orang di dalam tren tersebut. Sekali pandang, memang menyeramkan...
But, hey...
I'm dating with a freaking ghost. What to be afraid of...?
Aku dan Evie duduk di kerusi plastik yang terletak bersebelahan dengan tingkap. Pintu ditutup, kemudian tren bergerak meninggalkan stesen. Kami berdua berdiam diri, lama.
Aku menjeling Evie buat kali kedua. Dia hanya menongkat dagu sambil memerhati ke luar tingkap. Dadanya yang membonjol membuatkan aku menelan air liur. Damn, she got one nice pair of tits...
"Evie..."
'Hurm...?'
"Can i...Can i touch this...?"
Aku meminta dengan nada takut-takut. Evie mengerut dahi melihat aku menuding jari ke dadanya. Air liur ditelan buat kali kedua.
'This...?'
"Yes..."
'No...Tak boleh...'
"Ehh, why...? Aku boyfriend kau, kan...?"
'Tunggu balik rumah dululah...Sini ada banyak hantu lain...Seganlah...'
"Hantu lain...? Maksud kau, ada hantu lain di sini...?"
'Yes...'
"Aku tak nampak pun..."
'Sebab saya tutup deria keenam awak...You can only see me...'
"Ouh..."
'Kenapa? Takut...?'
"Erm..."
'Hehe, nak saya bukakan deria keenam awak?'
"Please, no..."
'Hahaha, this is fun...'
"Kau usik aku, kau tidur luar malam ni..."
YOU ARE READING
LOVELY GHOST, EVIE [C]
Novela JuvenilIni bukan kisah cinta biasa-biasa. Ini kisah cinta unik diantara seorang lelaki bernama Holt Hayden dan juga hantu bernama Evie Morgan. Menarik? Kisahnya bermula apabila Holt tidak tahan sering diganggu dengan aktiviti paranormal yang berlaku di ap...