12 | BALASAN JAWAPAN

7K 617 11
                                    

'Apa ni, Holt...?'

Evie menyoal apabila aku menyuakan dia beg plastik yang aku pegang. Aku tersenyum seraya duduk di birai katil. Evie bingkas mengeluarkan isinya. Sebuah kotak besar dia keluarkan dengan gaya teruja.

'Apa ni, Holt!?'

"Tengoklah isinya..."

'Saya buka sekarang, eh!?'

"As you wish..."

Gadis hantu pantas duduk di sebelah aku. Aku memerhati dia dari sisi. Kotak tersebut dibuka perlahan-lahan. Sehelai dress berwarna biru dengan reben di pinggang terlipat kemas di dalamnya. Evie menekup mulut.

'Comelnya...'

"Pakailah..."

'Untuk saya? Dress ni untuk saya?!'

"Apakah bengapnya kau ni? Aku bagi kat kau kan tadi...?"

Evie tersengih. Tanpa diduga dia mengucup pipi aku, kemudian dia berlari ke ruang dapur. Aku terkebil-kebil. Bekas ciumannya itu, aku usap perlahan. She kissed me, twice already...

Ghost can kiss, huh?

Dikala aku mahu bangun dari katil, aku terhidu bau hangus. Asap putih berkepul memenuhi ruang rumah. Tanpa membuang masa, aku memecut keluar dari bilik! Aku menerpa ke ruang dapur!

Kelihatan Evie sedang membakar dress tersebut dengan api dapur! Aku bingkas menarik dia kebelakang! Evie termangu-mangu. Aku menutup api dapur! Dress tadi sudah hancur lebur...

What. The. Heck. Is. She. Doing....!?

'Errr, Holt...Kenapa ni...?'

"Kau bakar dress aku beli, Evie!? Kenapa!?"

'Sebab saya nak pakailah...'

"Apa benda kau mengarut ni!?"

Dikala aku menoleh, dress biru tadi sudah tersarung ke tubuhnya. Aku tersentak. Evie mengerut dahi melihat aku terkejut. Lirikan mata kembali tertacap pada dress biru yang sudah hancur tadi...

Apakah? Dress tu dah rosak, kan? How come that dress still intact on her!?

"Kau bakar dress tu, then...Kau...Dress tu...Bakar...Hancur...How come..."

'Ah ha! Awak ingat dress tu dah rosak, eh? Haha, you dummy! Saya ni roh! Kalau saya nak guna barang pemberian awak, saya kena bakar dulu...Baru saya dapat gunakan!'

"Eh? Seriously?"

'Yup! Konsepnya sama macam awak bakar duit kertas pada musim perayaan hantu...'

"Ouh...."

Aku kematian kata. Evie menekup mulut menahan ketawa. Aku menggosok belakang kepala. Asap tebal masih berkepul memenuhi ruang rumah.

Aku dah faham. Evie ni roh manusia yang sudah mati. Jadi, aku kena bakar dulu. Baru dia boleh gunakan...

Hurmmm, this is weird...

Evie melayang ke beranda. Pintu slide kaca ditolak ke sisi. Asap tebal beransur keluar dari ruang rumah. Aku menghela nafas lega, kemudian aku berjalan ke ruang tamu.

'Holt! Thanks for this dress! I love it!'

Evie berkata sambil melayang mengeliling ruang tamu. Aku memerhati dia sambil menongkat dagu. Gadis hantu tidak putus-putus tersenyum. Aku mengaku, she look gorgeous. Like a damn idol.

Baiklah, aku sudah bertekad. Apa nak jadi, jadilah...

"Evie..."

'Erm...?'

Gadis hantu berhenti dari terus melayang. Dia terbang perlahan-lahan, kemudian duduk di sisi aku. Mata birunya tertacap padaku dengan senyuman manis di bibir. Tangannya, aku pegang lembut.

"Evie, aku sudah fikirkan..."

'Apa, Holt...?'

"Aku rasa..."

'Erm...?'

"Aku rasa, aku juga sukakan kau..."

Evie terkedu mendengar kata-kata aku. Kulit pucat di pipinya mulai memerah bagaikan strawberry. Bebola mata birunya mulai berkaca. Aku tertunduk sambil menggosok rambut.

'Holt...'

"Aku tak tahu apa akan jadi diantara kita berdua...I mean, you already dead...But, still...Aku rasa, aku tak boleh tolak cinta kau...Kehadiran kau memang menakutkan pada mulanya, but now...? You're the cutest ghost i've ever seen..Plus, hurmmm...What to be afraid of, right...?"

Seusai aku menghabiskan kata, Evie terus memeluk aku. Erat. Dia menangis teresak-esak. Aku tersenyum. Pelukannya aku balas perlahan. Walaupun kulitnya sejuk bagaikan mayat, tapi...

Aku boleh rasa kehangatan hatinya...

'Holt...Terima kasih...Terima kasih...'

"Just stay with me, alright?"

'Forever...'

LOVELY GHOST, EVIE [C]Where stories live. Discover now