Lelaki tinggi lampai dengan gaya rambut undercut kelihatan sibuk menyusun fail di ruang pejabat. Sekali-sekala dia menggaru pipi sambil memerhati fail yang bersepah di atas meja. Helaan nafas dilepaskan lemah.
"Haih, rimas pulak aku tengok fail banyak-banyak macam ni..."
Nick mengomel sendiri lalu kembali mengemas. Dikala dia leka, seorang gadis dengan gaya rambut pony-tail menjengah di depan pintu. Nick menoleh. Gadis tersebut tersengih melihat lelaki tersebut kelihatan berserabut.
"Rajin kau mengemas, Nick? Haha, selalunya kaulah yang paling pemalas..."
"Kemalasan aku ada limit, Fara..."
"Haha, good for you..."
Fara melabuhkan punggung di kerusi pejabat. Nick berhenti dari terus mengemas. Mereka berbalas pandangan. Si gadis menyisir rambutnya yang menutup ubun-ubun kepala.
"Mesti ada sebab kau jumpa aku ni, kan?"
"Yup...Chief minta kau dan aku siasat kes terbaru ni..."
Fara berkata seraya meletak sekeping fail coklat ke atas meja. Nick bingkas mengambil fail tersebut. Isinya dikeluarkan. Terdapat beberapa keping gambar dan dokumen putih.
"Kes apa ni, Fara...?"
"Ada kes bunuh di Venice, Nick...Seorang gadis dibunuh dengan kejam. Mayatnya ditikam 8 kali...Lehernya pula dijerut dengan tali pancing..."
Fara menerangkan perihal kes tersebut secara ringkas. Nick mengangguk. Gambar-gambar tadi, dia perhatikan satu-persatu. Fara hanya memeluk tubuh memerhati gelagat lelaki tinggi lampai tersebut.
Dikala dia leka menatap gambar-gambar itu, Nick terkedu. Gambar wajah gadis yang berada di sudut sisi dokumen putih tersebut membuatkan dia kaget seketika. Fara mengerut dahi melihat Nick terdiam, lama.
"Nick...Ada apa-apa tak kena...?"
"Aku rasa, aku baru jumpa gadis ni beberapa hari lepas..."
"Bohonglah...Gadis tu lah mangsanya, Nick...Mayatnya sudah dimamah ulat..."
"Hurmmm...This is weird..."
"What...?"
"Seriously, Fara...Aku baru jumpa gadis ni...Di rumah adik aku, Holt..."
"Haha! Sapa yang kau nampak tu? Hantu?"
Nick menggigit bawah bibir. Gambar-gambar tadi, dia masukkan semula ke dalam fail. Fara terpinga-pinga apabila Nick keluar dari pejabat tanpa sepatah kata. Gadis genit tersebut bingkas mengikut dia dari belakang.
"Nick! Mana kau nak pergi?!"
"Fara, aku rasa ada benda tak kena...Sumpah, Fara...Aku nampak gadis ni di depan mata!"
"Habis? Kau nak kemana ni?"
"Aku nak pergi rumah Holt..."
"Ok..."
**********
'Haha, Holt! Tempat ni meriah! I love it!'
Evie berkata teruja sambil memerhati sekeliling. Aku tersenyum. Suasana di dalam Mall kelihatan sesak. Orang ramai asyik lalu lalang tanpa menghiraukan kami berdua.
Alah, mereka bukan boleh nampak Evie pun. Cuma aku sorang je yang nampak minah ni...
Kami berjalan ke arah eskalator yang terletak bersebelah dengan gerai vape. Evie tidak jemu memerhati sekeliling sambil tersenyum. Gaya dia bagaikan kanak-kanak masuk ke dalam gerai mainan.
Setelah seketika berjalan, kami tiba di hadapan pawagam. Beberapa keping poster movie terbaru terpampang di dinding. Mata biru Evie mulai bersinar-sinar. Aku tergelak melihat gelagat dia.
'Awak bawak saya tengok wayang...!?'
"Kau suka tengok movie, kan?"
'Erm! Saya nak tengok yang tu...!'
Evie berkata teruja lalu menuding jari ke arah poster. Aku mengangguk seraya memberi isyarat supaya dia mengikut aku ke kaunter tiket.
"Selamat datang ke Golden Screen Cinema!"
"Thanks...Aku nak tiket Demons..."
"Berapa? Sorang ya...?"
"Dua orang, seat couple..."
Gadis penjual tiket memandang pelik kepadaku. Lirikan matanya memandang ke arah kiri dan kananku.
"Girlfriend aku akan datang nanti..."
"Oh, ye ke...Ok..."
Gadis tersebut puas hati mendengar alasanku. Seusai membeli tiket, aku berjalan ke tangga yang terletak di sisi skrin iklan. Evie berjalan beriringan denganku. Wajahnya masam mencuka.
"Kenapa masam ni...?"
Aku menyoal dengan nada berbisik. Evie merengus geram, kemudian menoleh kepadaku.
'Saya tak puas hati...Dia tak nampak saya sebagai girlfriend awak...'
"Habis? Kalau kau menjelma, habis satu pawagam huru-hara..."
'Hurmmm....'
YOU ARE READING
LOVELY GHOST, EVIE [C]
Novela JuvenilIni bukan kisah cinta biasa-biasa. Ini kisah cinta unik diantara seorang lelaki bernama Holt Hayden dan juga hantu bernama Evie Morgan. Menarik? Kisahnya bermula apabila Holt tidak tahan sering diganggu dengan aktiviti paranormal yang berlaku di ap...