Jeep hitam memecut meredah jalan raya lenggang. Nick memandu selamba sambil menghayati alunan muzik pop. Aku pula hanya menyandar di seat tanpa sepatah kata.
Pandangan dilontarkan ke luar tingkap sisi. Keadaan sudah lama bertukar kelam. Sudah 10 jam aku dan Nick berada di dalam perut Jeep. Fara tidak ikut kerana dia balik ke pejabat dengan alasan sebagai back-up.
Jika terjadi apa-apa, Nick akan hubungi dia nanti. Its a good idea, really...
Smarphone aku keluarkan dari kocek. Nick menjeling dikala aku membelek smartphone dengan gaya malas. Sudah pukul 12 tengah malam rupanya.
Apa agaknya Evie buat sekarang? Tidur? Or, dia masih berjaga...?
Phone contact aku buka, nombor Mia didail tanpa rasa ragu-ragu. Nick tersenyum melihat aku menekup dahi dengan sebelah tangan.
"Hello....?"
Suara halus kedengaran menyambut panggilanku. Aku tersenyum. Seat ditarik ke belakang supaya aku dapat berbaring.
"Hi, its me..."
"Holt..."
"Kau dah tidur, Evie...?"
"Belum...Saya kan hantu, saya tak perlu..."
"Ok-ok...You don't need to sleep...I get it..."
Suara Evie tergelak kecil di hujung talian membuatkan aku tersengih. She sound so cute on the phone. Nick hanya memasang telinga mendengar perbualan aku dan Evie.
"Awak di mana, Holt...? Sudah sampai ke South Dakota...?"
"Aku dalam perjalanan...Esok pagi sampailah..."
"Ouh, lambatnya...Hurmmm..."
Aku menarik nafas apabila suara keluhan Evie kedengaran di hujung talian. Tangan kembali menekup dahi.
"Kenapa mengeluh macam tu, Evie...?"
"I miss you, Holt...Cepatlah balik ke sini..."
"I miss you too...Lagi dua minggu, kita berjumpalah...Sabarlah..."
"Dua minggu, lambat lagi...I want to sleep with you..."
"Sabarlah....Evie, how are you? Good...?"
"Not good..."
"Eh? Kejadian tu berlaku lagi...?"
"No..."
"Then...?"
"Not good since you leaved me..."
Aku tertawa kecil mendengar sindiran halus dari dia. Nick menggeleng kepala. Aku menggosok rambut seraya menghela nafas panjang.
"Oklah, Evie...Nanti aku call lagi..."
"Hurmmm, ok..."
"Be a good girl, Evie...Jangan kantoi dengan mak..."
"Saya tak kantoi dengan mak awak, saya kantoi dengan Mia..."
"Ha...?"
"Nanti awak balik, saya ceritakan...Oklah, saya harap perjalanan awak selamat...Love you and miss you, Holt Hayden...Goodnight..."
Evie memutuskan panggilan. Aku termangu-mangu. Nick tertawa sinis melihat aku dalam keadaan terkebil-kebil.
"Apahalnya dengan kau ni? Haha!"
"Dia cakap, dia dah kantoi dengan Mia..."
"Haha! Habislah kau!"
"Haih, aku dah agak...Mesti kantoi punya..."
"Alah, Mia tu pandai simpan rahsia, kau janganlah risau..."
"Haih..."
Aku memasukkan smartphone ke dalam kocek, kemudian meraup muka dengan kedua tapak tangan. Suhu sejuk membuatkan jariku terasa kebas. Nick menguap di sebelah aku.
"Kalau kau mengantuk, biar aku yang drive"
"Ah, no need...Kau drive lama tadi, Holt...Its my turn, now..."
"Kalau kau dah cakap macam tu, aku nak lelap kejap...Kalau kau tak larat, kau gerak aku..."
Aku berkata seraya meletakkan lengan ke kelopak mata. Nick matikan penghawa dingin, kemudian cermin sisi dibuka. Sebatang rokok dinyalakan.
"Holt..."
"Hurm...?"
"Aku tengok, kau betul-betul sayang kat si hantu tu..."
"Habis? Takkan aku nak sayang main-main pulak...?"
"Kau dah fikir masak-masak, Holt? Kau dan dia berbeza...Dia sudah lama mati...Hubungan kau dan dia ni..."
"Yeah, i know...Its forbidden..."
"Then? Kenapa kau berani tanggung risiko?"
"Sebab aku cintakan dia...She's such a lovely girl, Nick...Mustahil aku boleh tolak cinta dia...She's so pure...Setiap hari temankan aku, setiap hari masakkan untuk aku...What more to asked?"
"Hurmmm..."
"You know what, Nick..."
"What...?"
"Kadang-kala, aku terfikir...Adakah cinta wajar diperjuangkan...?"
Nick menjeling aku dengan jelingan pelik. Aku tersenyum kelat seorang diri. Lelaki berambut hitam menghembus asap rokok.
"Apa kau nak cakapkan?"
"Cinta Evie pada aku, ianya tulus...Jadi, aku rasa...Aku wajar perjuangkan cinta aku pada dia, Nick...I must find the killer..."
ANDA SEDANG MEMBACA
LOVELY GHOST, EVIE [C]
Teen FictionIni bukan kisah cinta biasa-biasa. Ini kisah cinta unik diantara seorang lelaki bernama Holt Hayden dan juga hantu bernama Evie Morgan. Menarik? Kisahnya bermula apabila Holt tidak tahan sering diganggu dengan aktiviti paranormal yang berlaku di ap...
![LOVELY GHOST, EVIE [C]](https://img.wattpad.com/cover/111827021-64-k508485.jpg)