"Mak...Datang rumah Holt bukan nak beritahu saya..."
Seorang lelaki berambut hitam dengan gaya undercut menjengah di depan pintu. Aku menggosok belakang leher. Emak pula mengemas beg tangan.
"Mak tak nak susahkan kau, Nick...Tapi, sekarang bas dah takde...Terpaksalah kau hantar mak balik..."
"Mak ni...Haih..."
Pandangan mata Nick tertacap pada gadis berpakaian serba putih yang berdiri di belakang aku. Dia melangkah ke depan.
"Whoa...Siapa ni? Cantiknya..."
"Ah ha, kau tak tahu Nick! Adik kau dah ada girlfriend! Lawa pulak tu!"
Evie tersipu-sipu mendengar pujian emak. Aku memaparkan riak muka menyampah. Cis, tak nak pulak dia menghilangkan diri? Tak guna punya hantu...
"Holt, kau tak inform apa-apa pun kat aku?"
"Haha...Hurmmm..."
"Holt sekarang dah sombong, Nick...Semua benda dia nak berahsia...Jomlah, kita balik"
Emak berkata dingin. Aku tertunduk mendengar sindiran pedas darinya. Nick tersenyum kemudian beredar pergi bersama emak. Aku menarik nafas lega. Pintu ditutup.
Evie tersengih dikala aku melirikkan pandangan kepadanya...
'Saya suka mak awak...She's lovely...'
"Suka? Sini kau...!"
Evie tersentak apabila aku memegang pergelangan tangannya. Aku merenung dia dengan pandangan garang. Gadis hantu menelan air liur.
'Errrr...'
"Pandai betul kau karang cerita! Geramnya aku dengan kau ni!"
'Errr...Saya cuma bergurau...'
"Bergurau?! Kau tak kenal mak aku macam mana! Lepas ni dia akan tuntut janji dari aku!"
'Janji apa pulak...?'
"Janji yang aku nak berkahwin dengan kau!"
Evie memalingkan muka dariku. Wajahnya masam mencuka. Aku tersentak apabila genggaman aku terlepas. Tangannya bagaikan angin. Evie menjeling tajam padaku.
'Apa salahnya? Kahwin jelah...'
"Apa kau merepek ni? Kau tu cuma roh! Aku ni manusia!"
'Whatever...'
Evie membalas dingin, kemudian menghilangkan diri. Jasadnya menipis bagaikan wap air. Aku merengus menahan bengang. Rambut digosok kuat.
Tak guna! Dia permainkan aku! Then, blah macam tu saja! Sial betul! Jangan sampai aku halau dia dari rumah!
Aku berjalan ke ruang tamu. Punggung dilabuhkan ke atas sofa. Aku memeluk tubuh sambil menghentak kaki. Televisyen dibiarkan terbuka.
Sungguh, aku geram gila! Dia ni macam nak ambil kesempatan. Sudah cukup baik aku biarkan dia tinggal di sini...
Hurmmm...
Dikala aku leka melayan fikiran, leherku dipeluk lembut dari belakang. Aku bingkas menoleh. Evie menyimpulkan senyuman tawar kepadaku.
'Holt...Awak marah...?'
"Goddamn piss off..."
Evie mendekatkan muka denganku dari sisi. Bibirnya menyentuh bibirku. Aku tergaman tidak mampu bergerak. Setelah seketika, dia menarik bibirnya dari aku...
"A-Apa kau...buat...?"
'Adakah roh boleh cium manusia macam tadi...?'
"W-what...?"
Evie melepaskan pelukan dariku. Aku memerhati dia melayang perlahan-lahan ke beranda. Aku bangun dari sofa seraya berjalan mengikuti dia dari belakang.
'Awak tanya saya, kenapa saya cium awak dikala awak mahu melelapkan mata...?'
"Erm..."
'Awak nak tahu jawapan jujur dari saya?'
Evie menyoal tanpa menoleh kepadaku. Dia duduk di atas beranda sambil memerhati pemandangan malam. Aku mengangguk perlahan.
'Holt Hayden...'
"Yes...?"
'I love you...'
"Ha...?"
'Itulah sebabnya saya suka tinggal disini...Saya boleh perhatikan awak setiap hari...Perhatikan awak tidur...Perhatikan awak makan...Perhatikan awak bersantai...Itu perkara menyeronokkan bagi saya...'
"Evie...Kau tahukan...This kind of love...It is forbidden..."
'Yes, saya tahu..'
Evie memalingkan muka kepadaku. Senyuman kelat terlakar di bibirnya. Kami berbalas pandangan, lama.
'Its ok jika awak tak terima saya...Saya tahu, saya cuma roh yang tidak dapat bersemadi dengan aman...Awak pula lelaki manusia yang masih hidup...Tapi...'
"Evie..."
'Selagi saya boleh lihat awak di depan mata, its good enough for me...'
YOU ARE READING
LOVELY GHOST, EVIE [C]
Novela JuvenilIni bukan kisah cinta biasa-biasa. Ini kisah cinta unik diantara seorang lelaki bernama Holt Hayden dan juga hantu bernama Evie Morgan. Menarik? Kisahnya bermula apabila Holt tidak tahan sering diganggu dengan aktiviti paranormal yang berlaku di ap...