Setelah 15 jam perjalanan, akhirnya kami tiba di Bandar Venice. Nick memandu selamba ke arah kawasan parking yang terletak di bawah apartment. Aku keluar seraya mengeliat. Nick menepuk belakang lehernya untuk menghilangkan lenguh.
Nick berjalan ke arah gerai kopi hipster. Dia memesan dua cawan kopi pekat. Aku menunggu dia sambil duduk di penghadang jalan. Tangan dilingkar ke dada sambil mememerhati apartment tinggi di depan.
Hurmmm...
Nick cakap, suspek utama dalam kes ni...
Abang kandung Evie, bernama Ethan Morgan. Tapi, aku ragu-ragu sebenarnya...
Takkan seorang abang sanggup nak bunuh adik sendiri? Tak mungkinlah dia sanggup nak bunuh Evie?
Hurmmm...
"Nah, kopi...Segarkan sikit kepala kau tu..."
Nick menegur dikala aku termenung panjang. Secawan kopi panas disuakan kepadaku. Aku menyambutnya dengan senyuman. Nick duduk di sebelah aku. Kopi dihirup untuk menghilangkan penat.
"Nick, kau pasti ke? Di sini Ethan tu berada?"
"Fara beritahu aku, alamat terkini dia...Berada di sini..."
"Ouh, ok..."
Selesai menghirup kopi, kami berjalan ke depan. Nick mengemas kot labuh hitamnya. Sekilas pandang, aku ternampak sepucuk Desert Eagle tersisip kemas di balik kot dia. He's well prepared...
Aku menekan butang lif. Setelah seketika, pintunya terbuka. Aku dan Nick masuk ke dalam. Kami berdua menyandar ke dinding lif seusai Nick menekan butang ke tingkat lima.
"Hey, Holt..."
Nick menegur setelah sekian lama aku berdiam diri. Lif bergerak perlahan ke tingkat atas. Nick memeluk tubuh. Pandangan matanya dilirikkan kepadaku dengan pandangan sinis.
"Apa, Nick...?"
"Kau tak ingat? Kita pernah tinggal di sini dulu..."
"Ha...?"
"Haha, kau berusia lima tahun masa tu...Mak baru bercerai dengan ayah...Kita terpaksa menyewa di sini...Tapi, kejap je...Dalam dua bulan macam tu..."
Kata-kata Nick membuatkan aku bingung seketika. Nick tersengih. Dia mengusap kepala aku sambil tertawa kecil.
"Kau ni cepat lupalah, Holt...Haha"
"Haish, aku langsung tak ingat!"
"Tanyalah mak kalau kau tak percaya..."
TINGGGG!!
Pintu lif terbuka dikala kami berdua asyik berborak. Aku dan Nick terus melangkah keluar. Nota kecil di dalam poket, Nick tatap seketika. Aku hanya berjalan beriringan denganya tanpa sepatah kata.
Hurmmm, aku pernah tinggal di sini? Seriously?
Aku langsung tak ingat pasal tempat ni. Hurmmm...
Abang Evie tinggal di sini, jadi...
Mungkin disinilah tempatnya, dimana Evie kenal dengan aku...?
Nick menghentikan langkah di hadapan pintu bernombor 32. Aku memerhati gelagatnya dari sisi. Lelaki berambut hitam mengetuk pintu, kuat.
Tiada jawapan.
Nick mengetuk pintu sekali lagi. Kali ini, bergegar pintu kayu dibuatnya. Aku hampir tergelak melihat dia mengetap gigi menahan geram.
Haha! Dia ni memang panas baran dari kecik lagi...
"Open the door, Ethan!"
Nick menengking. Suaranya bergema di ruang koridor. Aku tertunduk menahan gelak. Si detektif merengus geram.
"Jangan sampai aku pecahkan pintu ni!"
"Whoa-whoa! Relaks, Nick! Mungkin dia takde kat rumah!"
"Takde kat rumah!? Look at the shoe, Holt! Dia ada di dalam! Hey, you fucker! Open the goddamn door!"
Plakk...!
Belum sempat Nick menerajang pintu, ianya sudah terbuka. Lelaki berambut coklat dengan gaya masai menjengah. Aku dan Nick berbalas pandangan.
"Kau ni Ethan Morgan...?"
"Erm, aku Ethan..."
Nick tersenyum. Dia menolak pintu ke belakang. Lelaki tersebut termangu-mangu apabila kami berdua masuk tanpa dipelawa. Keadaan rumah yang berselerak membuatkan aku dan Nick terasa jelik.
"Errr...Ada apa kalian datang jumpa aku?"
"Aku nak tanya pasal Evie Morgan, she's your little sister...Isn't?"
"Yes...?"
"Good..."
ANDA SEDANG MEMBACA
LOVELY GHOST, EVIE [C]
Teen FictionIni bukan kisah cinta biasa-biasa. Ini kisah cinta unik diantara seorang lelaki bernama Holt Hayden dan juga hantu bernama Evie Morgan. Menarik? Kisahnya bermula apabila Holt tidak tahan sering diganggu dengan aktiviti paranormal yang berlaku di ap...
![LOVELY GHOST, EVIE [C]](https://img.wattpad.com/cover/111827021-64-k508485.jpg)