27 | FINDING ANSWER

5.9K 509 1
                                        

Jeep hitam meluncur perlahan memasuki stesen minyak Kansas. Hanya beberapa kereta kelihatan di kawasan sepi tersebut. Aku memandu ke kawasan parking yang terletak bersebelah dengan gerai serbaneka.

Smartphone dibelek tatkala aku keluar dari Jeep. Keadaan sekeliling aku perhatikan sekali lagi. Kali ini, aku ternampak Hyundai kelabu milik Nick. Tanpa membuang masa, aku mengorak langkah ke arah kereta sedan tersebut. Cermin sisinya diketuk sopan.

"Ah, sampai pun kau..."

Nick menegur sebaik sahaja cermin sisinya diturunkan. Aku tersengih. Gadis genit yang berada di sisinya pula kelihatan malu-malu. Bibirnya dikesat dengan ibu jari.

"Apa korang buat ni ha? Lain macam je aku tengok? Hahahaha...!"

"Mana ada buat apa-apa! Memandai je kau ni..."

"Lol, Fara kesat bibir...Pipinya merah lain macam...Aku tak perlu jadi detektif untuk kesan benda macam ni...Haha!"

Nick menarik muka. Dia keluar dari kereta. Aku berganjak ke sisi. Fara langsung tidak bertentang mata denganku. Senyuman sinis terukir di bibir.

Heh, nampak sangat diorang buat benda-benda lucah tadi. Its so obvious...

Well, aku tak nak masuk campur. Itu hal mereka berdua. Bukan hal aku...

"Nick, kita makan dulu...Aku lapar ni...Tadi kat rumah mak, aku tak sempat breakfast.."

"Up to you, Holt..."

Nick menjawab ringkas. Fara mengangguk. Sebaik sahaja kereta dikunci, kami bertiga berjalan ke restoran makanan segera yang terletak di sisi stesen minyak.

Aku memesan double cheese burger dan coke, manakala Nick dan Fara memesan double hotdog berserta fresh orange. Kemudian, kami duduk di meja yang terletak di sebelah patung badut berhidung merah.

"Si hantu kau macam mana? Kau tinggalkan dia dengan mak?"

Nick menyoal dikala aku menabur serbuk garam ke atas daging burger. Fara hanya memasang telinga sambil menyedut fresh orange. Lelaki berambut undercut menanti jawapan dariku.

"Ha ah...Aku tinggalkan dia dengan mak..."

"Mak ok pulak?"

"Mak tak percaya dia tu hantu..."

"Haha, kalau aku pun tak percaya...She look so gorgeous, dude..."

Nick berkata dengan nada sinis. Aku menyuap burger ke dalam mulut dan menguyahnya perlahan-lahan. Fara dan Nick turut makan. Aku termenung seketika.

Hurmm, aku harap...

Evie baik-baik saja dengan mak. Janganlah kantoi...

Kalau kantoi, masak aku...

"Nick..."

"Erm...?"

"Tiga hari lepas, ada benda berlaku...I think, you need to know this..."

"What it is...?"

"Its about Evie..."

"Do tell me..."

Aku merenung burger di tangan dengan renungan kosong. Fara dan Nick berbalas jelingan melihat aku termenung panjang. Kami bertiga berdiam diri seketika.

"Holt...Kenapa ni? Apa benda yang terjadi?"

"Hurmmm...Aku tidur dengan dia pada malam rabu tu, Nick...Then, aku dahaga...So, aku pergilah ke dapur nak minum air...Masa tu, Evie masih tertidur di katil...Nyenyak, Nick..."

"Habis tu? What happened?"

"Masa aku nak balik ke bilik semula, aku ternampak susuk tubuh perempuan di ruang tamu...Bau darah kuat sangat..."

"Creepy..."

Fara menyampuk. Aku menghela nafas panjang. Nick menanti aku meneruskan cerita. Aku meletak burger ke atas pinggan, kemudian menyandar ke kerusi. Pandanganku tertacap pada lelaki berambut hitam.

"Susuk tubuh tu Evie...Dia berlumuran dengan darah...Terdapat lapan kesan tikaman di dada dan perut...Di lehernya pula terdapat kesan jerutan...Darah pekat melimpah ke ruang tamu..."

"Ouh..."

"Dia kesakitan, Nick...Evie merayu pada aku supaya jangan sakitkan dia...Then, she just passed out..."

"Hurmmm..."

"Evie beritahu aku...Itulah caranya dia mati, Nick...Dia mati pukul empat pagi pada malam rabu..."

"This things happened just once, or..."

"Every single week, she said..."

"Hurmmm...Ini petunjuk baru..."

Aku tertunduk. Fara dan Nick melontarkan pandangan sayu kepadaku. Fikiranku terbayangkan wajah Evie...

"Nick...Aku tak sanggup nak tengok dia terseksa macam ni...Aku rasa, jika kita berikan pengadilan pada pembunuh tak guna tu...Evie takkan menderita lagi..."

"Maksud kau...Selagi kita tak heret celaka tu ke muka pengadilan, Evie akan terus ulang benda yang sama...?"

"Yes..."

LOVELY GHOST, EVIE [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang