"Abang bila balik ni!? Tak beritahu adik pun!"
Mia menegur dikala kami sekeluarga bersarapan. Aku tersengih sambil mengurut kepala. Sial, bisa ketukan mak semalam masih terasa. Damn, its hurt! Emak menjeling aku dengan pandangan garang. Evie hanya makan tanpa sepatah kata.
"Abang baru sampai semalam...Mia tidur, abang tak nak kejutkan..."
"Ah ha, patutlah adik perasan macam ada bunyi orang datang semalam..."
"Lah, kalau Mia perasan...Kenapa Mia tak keluar dari bilik?"
"Malaslah, abang bukannya orang penting, lainlah kalau abang Nick...Haha! Wah, siapa ni? She so pretty!"
'Saya Evie Morgan...Your brother girlfriend'
"My brother girlfriend? Hahaha! Mamat ni langsung tak berguna! Hati-hati sikit!"
"Mia...Nak abang cilikan mulut ke?"
"Ah ha, no...Orang gurau jelah..."
Mia membalas seraya menyuap sekeping roti bakar ke dalam mulut. Kami bertiga memerhati dia berlari ke koridor depan dengan gaya tergesa-gesa. Evie tersenyum.
'Aktif betul adik awak, Holt...She looks just like you...Haha...'
"Hurmmm, yelah..."
Emak masih berdiam diri. Langsung tidak membuka mulut. Aku mula terasa tidak sedap hati. Evie kembali menyuap roti ke dalam mulut. Mia sudah keluar dari rumah.
"Mak cakap, Mia ada exam kan hari ni?"
"Erm..."
"Exam apa?"
"Biology..."
"Dia belajar ok tak?"
"She's good..."
Aku menggaru belakang kepala apabila emak begitu dingin menjawab setiap persoalanku. Evie hanya memerhati kami berdua. Emak melirikkan pandangan kepada Evie.
"Evie..."
'Erm...?'
"Holt ada buat apa-apa pada kau semalam?"
'Tak pun...Lepas mak cik ketuk kepala dia tu, dia terus diam...Terus tidur...'
"Hurmmm..."
Pandangan mak beralih pada aku. Aku membalas renungan tajam darinya. Secawan susu, aku hirup untuk menenangkan diri. Evie memandang pelik kepada kami berdua. Atmosfera mulai terasa janggal.
"Evie..."
'Ye...?'
"Mulai malam ni, kau tidur di bilik Mia..."
"Eh? Kenapa pulak, mak!?"
KTAKK!!
Evie tertawa apabila ketukan sudu singgah ke dahi! Aku merengus sakit! Mak menarik muka.
"Kau ni miang, Holt! Memalukan betul! Kau belum kahwin dengan dia! Kalau dia bunting, macam mana?!"
Mak mula berleter. Aku menjeling Evie. Dia tertunduk menahan geli hati. Mak menghirup susu, pandangan matanya masih tertacap padaku.
Evie boleh mengandung ke? She's a ghost. Boleh ke roh kandungkan anak manusia?
Its imposibble, right?
"Alah, mak janganlah risau...Evie takkan bunting punya..."
KTAKK!!
Derai tawa Evie meletup dek ketukan sudu buat kali kedua! Aku menekup dahi menahan pedih! Mak merenung tajam padaku.
"Mana kau tau, ha!? Kau ni mandul?! Or, Evie yang mandul!? Jangan mengarutlah, Holt!"
"Aduh...Ok-ok, you win..."
"Evie, pindahkan semua barang-barang kau ke dalam bilik Mia..."
'Sure...Barang saya tak banyak...'
Evie mengurut dahiku sambil tersengih. Emak kembali makan setelah dia berpuas hati dengan jawapanku. Suasana kembali tenang.
Hurmmm...
"Mak..."
"Apa?"
"Saya ada hal diluar...Mak boleh tolong jagakan Evie?"
"Hal apa pulak? Kau dah resign, kan?"
"Saya ada temuduga di South Dakota..."
"I see..."
Mak mengangguk sebagai tanda setuju. Aku tersenyum. Evie memerhati aku dari sisi. Tanganku, dia genggam lembut. Riak wajahnya seakan tidak senang hati.
'Holt...Awak tak beritahu saya pun pasal ni?'
"Aku baru dapat e-mail malam semalam...Esok pagi aku kena gerak ke sana..."
'Saya nak ikut...?'
Evie memaparkan riak muka merayu. Aku menggeleng kepala. Mak makan tanpa menyampuk.
"Kau tak boleh ikut, Evie...Kau tinggallah kejap dengan mak..."
'Hurmmm...'
"It won't take long...Just about two week.."
YOU ARE READING
LOVELY GHOST, EVIE [C]
Teen FictionIni bukan kisah cinta biasa-biasa. Ini kisah cinta unik diantara seorang lelaki bernama Holt Hayden dan juga hantu bernama Evie Morgan. Menarik? Kisahnya bermula apabila Holt tidak tahan sering diganggu dengan aktiviti paranormal yang berlaku di ap...