Pling...!
Sebaik sahaja pintu lif terbuka, aku terus keluar dengan gaya tergesa-gesa. Tangan meraba kocek jeans mencari kunci rumah. Sebaik sahaja pintu dibuka, aku terus masuk ke dalam. Nafasku termengah-mengah dek keletihan.
"Haha, kau pandai memasak...I love it!"
'Eh he, takdelah...Saya baru belajar je...'
"Eleh, yelah tu! Dari gaya kau ni, aku tahulah kau pandai ke tak! Cara kau potong bawang dan cili, langsung tak kekok!"
Telinga menangkap bunyi perbualan diantara Evie dan emak. Aku menepuk dahi seraya tertunduk. Nafas ditarik supaya aku dapat bertenang. Aroma masakan memenuhi ruang rumah.
Shit. Boleh pulak mak aku bersembang dengan hantu tu. Dia tak perasan ke Evie tu hantu?
Relax, Holt...
Relax...
You can handle this shit. Mak pasti faham! Dia emak aku, kan!? Sudah semestinya dia faham akan situasi pelik macam ni!
Kan?
Kan?
KAN!?
Seusai membuka kasut, aku berjalan perlahan-lahan ke ruang dapur. Air liur ditelan apabila susuk tubuh Evie kelihatan di tepi sinki. Emak pulak asyik mengacau sup sambil bersembang mesra.
Sekali lagi, dahi ditepuk. Aku tersandar ke dinding sambil melepaskan helaan panjang. Emak dan Evie menoleh dikala mereka berdua menyedari kehadiranku dari belakang.
"Aik? Kau dah balik, Holt? Cakap balik pukul lima...?"
Emak menyoal lalu menyambung mengacau sup semula. Evie melemparkan senyuman kelat kepadaku. Aku menggosok belakang leher.
"Bila dengar mak datang, saya terus baliklah..."
"Baguslah macam tu...Kau ni kuat sangat berkerja...Mak risaukan kau...Selalu sangat senyap tanpa khabar berita...Mak fikir kau sakit ke, mati ke..."
"Mak...Janganlah membebel...Haih..."
Evie menahan ketawa. Aku memasamkan muka. Emak menjeling dikala aku duduk di kerusi dapur. Dagu ditongkat dengan sebelah tangan. Pandangan tertacap pada Evie.
"Hurmmm..."
"Mak suka gadis ni, Holt..."
Emak memotong kataku. Aku tersentak. Evie bingkas memalingkan muka dariku. Dia kembali memotong lobak tanpa sepatah kata.
"Apa benda mak merepek ni...?"
"Mak cakap, mak suka gadis ni...Dia ramah, pandai memasak, pandai ambil hati mak...Pandai kau pilih, Holt..."
"Ok, saya tak faham apa mak cakapkan...Mak salah faham ni..."
"Apa benda yang salah faham...?"
"Evie dan saya bukan seperti mak sangkakan..."
"Aik? Korang duduk serumah...Takkan kau takde apa-apa dengan dia...?"
"Tak...Sebenarnya..."
"Ouhhhh..."
Emak menekup mulut sambil membundarkan mata kepadaku. Evie melirikkan pandangan dengan gaya malu-malu. Aku mengerut dahi.
"Apa ouhhh...?"
"Kau dan dia sudah berkahwin!? Melampau betul kau ni! Langsung tak cakap dekat mak!"
Kerusi plastik terbalik ke belakang mendengar tuduhan emak! Evie tertunduk menahan gelak. Aku mengetap gigi menahan sakit. Emak merengus menahan geram.
"Tergamak kau ni, kan? Mak besarkan kau! Mak lahirkan kau! Sekarang, semua benda kau nak berahsia dengan mak!? Mak kecewa, Holt...!"
"Aisey...Bukan macam tu lah! Mak ni, dengar dulu apa orang nak cakap!"
"Apa lagi kau rahsiakan dari mak, hah!?"
"Evie ni hantu, mak! Dia tumpang rumah saya!"
Emak bingkas menoleh ke arah Evie. Gadis hantu membalas pandangan matanya. Aku menggigit bibir melihat reaksi emak. Dia kembali menoleh kepadaku.
KTAKK...!
Aku merengus sakit apabila senduk menghentam kuat ubun-ubun kepala. Evie menekup mulut. Tubuhnya menggigil menahan geli hati. Emak mencebik.
"Kau ni suka sangat tengok citer seram! Inilah jadinya!"
"Ya, ampun mak! Takkan saya nak menipu!?"
"Evie! Kau ni hantu!?"
'Tak, mak cik!'
"Kau dengar tu! Gadis comel macam ni kau boleh cakap hantu!? Aku debik kau nanti!"
"Mak...Percayalah cakap saya..."
Emak meletak senduk ke tepi. Evie termangu-mangu apabila emak mengusap kepalanya. Habis rambut dia serabai. Aku terkedu...
"Macam ni kau cakap hantu!?"
"Mak pun boleh sentuh dia...?"
"Sudahlah, Holt! Sebelum mak tempeleng kau dengan senduk...Kau pergi duduk depan...!"
Aku merengus perlahan. Evie melirikkan pandangan nakal kepadaku. Emak kembali memasak. Sambil-sambil tu dia membebel. Aku menggaru pipi.
Kenapa mak boleh sentuh dia? Aku fikir, cuma aku yang boleh sentuh dia...
Hurmm...
YOU ARE READING
LOVELY GHOST, EVIE [C]
Novela JuvenilIni bukan kisah cinta biasa-biasa. Ini kisah cinta unik diantara seorang lelaki bernama Holt Hayden dan juga hantu bernama Evie Morgan. Menarik? Kisahnya bermula apabila Holt tidak tahan sering diganggu dengan aktiviti paranormal yang berlaku di ap...