6 | HANTU NAIF?

7.8K 674 76
                                        

Bunyi kuali berlaga membuatkanku terjaga dari lena. Perlahan-lahan aku bangun sambil menggosok kelopak mata. Dalam keadaan mamai, aku memaksa diri untuk bangun dari katil. Jam digital yang terletak di atas meja, aku pandang sepintas lalu.

Baru pukul 6 pagi, tapi rumah aku sudah bising dek bunyi bingit dari dapur. What the heck?

Dengan penuh hati-hati aku melangkah keluar dari bilik. Pintu ditutup perlahan agar tidak menghasilkan sekelumit bunyi. Aku berjalan ke dapur sambil menggaru perut.

Dikala aku menjengah ke ruang dapur, kelihatan seorang gadis asyik memasak. Sekali-sekala dia bersiul-siul senang hati. Aku memeluk tubuh seraya menyandar pada birai pintu. Gelagat dia, aku perhatikan dari belakang.

Aku pelik jugak. Dia hantu, kan? How come she can touch those things? Maksud aku, hantu ni jasadnya seperti angin, bukan?

"Awal betul kau memasak...?"

Aku menegur lalu duduk di kerusi dapur. Evie tersentak seraya menoleh. Aku menongkat dagu membalas pandangan matanya. Gadis hantu tersipu-sipu.

'Awal awak bangun hari ni...?'

"Bunyi kau memasak ni, buatkan aku terjaga..."

'Maaflah, saya tak berniat nak kejutkan awak...'

"Its ok...Sekurang-kurangnya kau tak menghilangkan diri..."

Evie tersenyum mendengar balasan kata dariku. Sudip ditangan, dia letakkan ke tepi sinki. Aku memerhati dia menuang air panas ke dalam cawan. Serbuk kopi dikacau dengan penuh hati-hati.

Pandai pulak dia memasak? Aku agak dia ni hantu kampung ni...

'Your coffee...'

"Thanks..."

Aku membalas pantas apabila dia menyuakan kopi panas kepadaku. Evie tersenyum sekali lagi. Perhatiannya beralih pada kuali di atas dapur. Aku masih memerhati dia dari belakang.

Menawan betul bila dia senyum macam tu. Sungguh, dia ni langsung tak menakutkan. Nampak macam manusia biasa. Jika tidak kerana gaun labuh putih yang dia pakai, aku pasti agak dia ni manusia.

'Hari ni awak cuti, kan...?'

"Eh? Macam mana kau tau...?"

'Eh he, saya tahu semua pasal rutin harian awak...'

"Kau perhatikan aku...?"

'Errr...Haha...Ya.. '

Evie membalas tanpa menoleh kepadaku. Nada suaranya jelas menunjukkan bahawa dia terasa segan denganku. Aku menyandar pada kerusi. Mata tidak lepas dari menatap Evie dari belakang.

Hurmmm...

Mesti dia selalu perhatikan aku. Yelah, aku tak nampak dia. Sedaplah dia skodeng aku, kan?

Wait...

Jika dia selalu perhatikan aku...

Ini bermakna...

Bila aku tengah 'berseronok' seorang diri di dalam bilik...

DIA NAMPAK...!?

"Errrr...Evie..."

Aku menegur dengan nada suara separa berbisik. Gadis hantu pantas menoleh. Bawah bibir digigit lembut membalas pandangan mata biru lautnya. Evie mengerut dahi melihat aku menahan malu.

'Ada apa, Holt...?'

"Errr...Kau...Selalu perhatikan aku...?"

'Hurmmm, yes?'

"Then...Kau nampak apa aku buat dalam bilik...?"

'Buat apa?'

"This thing...?"

Aku cuba menjelaskan dengan nada berkias. Evie kian bingung. Api dapur ditutup, kemudian dia kembali menoleh kepadaku.

'Apa? Saya tak faham...?'

"Maksud aku...Bila aku bersendirian dalam bilik, then...Aku..."

'Ouh...Tak! Tak! Saya lari keluar sambil pejam mata...! Sumpah!'

Evie pantas menggeleng kepala apabila dia faham apa sebenarnya yang aku cuba maksudkan. Aku menghembus nafas lega. Evie menggigit jari telunjuk. Dia seakan malu-malu denganku.

'Errr, Holt...'

"What...?"

'Awak takde girlfriend?'

"Ha? Kenapa kau tanya...?"

'Yelah...Kalau awak ada girlfriend...Takkan awak nak lepaskan nafsu seorang diri...?'

Kata-katanya berdesing panas di telinga. Aku terus bangun dari kerusi. Evie tersentak. Dia berganjak ke belakang apabila aku mula mendekati dia secara perlahan-lahan.

'Errr, Holt...?'

"Aku takde girlfriend...Kenapa kau tanya? Yes...Aku tahulah.. Aku cuma lelaki nerd yang selalu bersendirian di dalam rumah...Aku malas nak bercinta ada sebabnya..."

'Apa sebabnya...?'

"Sebab aku sibuk berkerja..."

'Ouh...'

Aku mendekatkan tubuh dengannya. Jarak aku dan dia hanya beberapa inci. Pipi Evie mulai memerah bagaikan tomato. Aku merenung dia dengan renungan sinis.

'Errr...Kenapa ni, Holt...?'

"Memandangkan kau dan aku tinggal serumah...Bolehlah kau bantu aku lepas ni, kan...?"

'Bantu apa...?'

Akub merapatkan bibir ke telinga Evie. Gadis hantu mulai gementar. Pergelangan tangannya, aku genggam lembut. Mata coklat bertembung dengan mata biru.

"Bantu aku puaskan nafsu...Hehe...I can touch you right...? Plus, kau ni memang taste aku...I love cute girl, really..."

'Saya cuba...'

"Eh...?"

LOVELY GHOST, EVIE [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang