23 | TEKAD SI TEMAN LELAKI

6.3K 520 1
                                    

'Errr...Holt, awak nak kemana ni...?'

Evie menyoal pelik melihat aku melipat pakaian kemudian memasukkannya ke dalam bagasi. Soalannya itu tidak aku endah, sebaliknya aku berjalan ke almari. Kotak besar berisi pakaian Evie, aku masukkan ke dalam bagasi kedua.

'Holt...Awak buat saya takut...'

"Kenapa pulak?"

'Awak masukkan semua pakaian awak dalam bagasi...Awak nak kemana ni?'

"Ah ha, aku nak balik kampung...Malaslah nak duduk sini..."

'Eh, kenapa...? Ini rumah awak, kan...?'

"Aku sewakan je rumah ni nanti...Aku nak tinggal di kampung...Kerja di sana..."

Gadis hantu memaparkan riak muka sedih. Dia melayang mengeliling aku. Wajahnya masam mencuka. Aku tertawa kecil melihat dia seakan merajuk.

"Hey...Hey...Kenapa muka macam jeruk timun?"

'Awak nak tinggalkan saya, kan? Saya tak kira, saya nak ikut awak...'

"Apa benda kau mengarut ni? See? Aku kemaskan pakaian kau sekali...You gonna come with me, ghost lady..."

'Ouh...'

Aku tersengih melihat dia tersipu-sipu. Dahinya aku tepuk, kemudian aku mengangkat bagasi ke depan pintu. Evie terbang mengikut aku dari belakang.

Seusai mengunci pintu rumah, aku dan Evie turun ke tingkat bawah. Kami berdua menuju ke kawasan parking yang terletak di bawah tanah. Evie terpana melihat sebuah Jeep di depan mata.

'Awak ada kereta, Holt...?'

"Haha, yeah...Cuma, aku jarang guna..."

'Patutlah...'

"Masuklah..."

Belum sempat aku membuka pintu, gadis hantu sudah duduk di sebelah seat memandu. Aku termangu-mangu. Evie tertawa. Aku menggeleng kepala.

'I'm a ghost, you know...Saya...'

"Ok...I get it..."

Aku membidas ringkas sebelum sempat Evie menghabiskan kata. Dua bagasi dihumban ke seat belakang. Aku duduk di seat memandu. Evie tersenyum dikala enjin dihidupkan.

"Haih, dah lama aku tak balik kampung..."

'Sebab tulah mak awak marah...'

"Yeah...I know..."

Aku menghela nafas panjang. Evie tersengih. Dia memegang tanganku dikala aku mahu menurunkan brek tangan. Mata birunya tertacap padaku. Bawah bibirnya digigit dengan gaya menggoda.

'Ermmm...Sebelum kita mulakan perjalanan...I want to...'

"Come here, you cutie..."

Aku membalas pantas. Belakang kepalanya aku tarik ke depan. Bibirnya aku kucup. Evie membalas kucupanku. Dia tersenyum seusai aku menarik bibir. Kami berbalas jelingan, kemudian Jeep bergerak meninggalkan kawasan parking.

Evie menongkat dagu sambil memerhati ke luar tingkap. Aku tersenyum melihat dia gembira. Jeep hitam memecut meninggalkan perkarangan Apartment.

Baiklah, aku sudah bertekad. Aku akan cari jalan penyelesaian untuk Evie...

Perancangannya begini, aku akan tinggalkan dia bersama mak. Then, aku akan pergi ke Venice. Nick ada cakap, mayat Evie ditemui di sana...

Aku rasa, jawapan yang aku cari...

Berada di Venice...

Evie menoleh dikala aku memegang tangannya dari sisi. Aku melakarkan senyuman manis kepadanya. Evie membalas senyumanku.

Aku tak boleh biarkan dia terseksa macam ni. Melihat dia dalam kesakitan buatkan hati aku remuk...

Jadi, aku akan selesaikan perkara ni...

"You know what, Evie...?"

'Erm...?'

"I don't want you to get hurt anymore...So, aku akan cuba lindungi kau...Trust me, alright?"

LOVELY GHOST, EVIE [C]Where stories live. Discover now