16 | SIASATAN KES

6.8K 563 6
                                    

"Haaaaaaaaaa...Penat betul rasanya..."

Aku melepaskan helaan panjang seraya merebahkan tubuh ke atas sofa. Evie tersenyum. Plastik berisi makanan, dia letakkan ke atas meja. Pakaian wanita yang dibeli tadi pula, Evie letakkan ke dalam almari.

'Awak nak makan, Holt...? Kalau awak nak makan, saya nak panaskan spaghetti awak beli tadi...'

Aku tersengih mendengar pertanyaannya. Perlahan-lahan aku bangun dari terus meniarap. Evie memerhati aku sambil mengikat rambutnya menjadi sanggul.

"Hehe, aku tak lapar..."

'Ok...Kenapa awak gelak jahat macam tu? Something wrong...?'

Evie menyoal pelik. Aku menguis jari telunjuk kepadanya. Gadis hantu mendekati aku perlahan-lahan. Riak wajahnya memaparkan seribu persoalan.

"Aku 'laparkan' kau, Evie...Huehue..."

'Ha..? Laparkan saya...? Apa maksudnya tu?'

"I want this..."

Aku berkata seraya memegang buah dadanya. Evie tersentak, namun dia tidak menepis tanganku. Bibirnya dikemam menahan malu. Kami berbalas pandangan.

'Pervert...'

"What...? We're couple, right?"

'Hurmmm...'

Evie merapatkan muka denganku. Aku merangkul belakang lehernya. Evie pula memegang kedua pipiku. Bibir bertaut rapat. Tubuhnya, aku tarik ke depan. Evie terjatuh ke atas sofa. Tawanya kedengaran halus dikala aku menyisir rambut coklatnya ke sisi.

'Hihi, nakalnya...You want me, huh?'

"Yeah...Kau cantik, Evie.. Such a beauty..."

'Kiss me more, mr pervert...'

Kami bercium sekali lagi. Evie mulai bernafas kencang. Dadanya merombak laju. Aku meraba pehanya sambil bercium rakus. Dress birunya, aku cuba tanggalkan. Evie merelakannya.

Tokk...!

Tokk...!

Pintu depan diketuk tiba-tiba dikala kami berdua asyik bergomol di atas sofa. Evie bingkas menolak dadaku ke depan. Nafasnya termengah-mengah. Wajahnya memerah bagaikan tomato.

'Holt...Someone knocking...'

"Pedulikanlah..."

'Mungkin tu mak awak...'

"Ha...?"

'Pergilah bukak pintu!'

Evie menggesa. Aku menggosok rambut seraya merengus geram. Gadis hantu menutup pehanya yang terdedah, kemudian terbang ke bilik. Aku berjalan ke arah pintu depan.

Haih, siapalah yang datang malam-malam buta macam ni? Potong stim betullah...

Sebaik sahaja pintu dibuka, aku tersentak. Lelaki berambut hitam tersenyum kepadaku bersama seorang gadis berambut perang. Aku menggaru pipi.

"Nick...Ada apa kau datang malam-malam ni...?"

"Maaflah, aku kacau kau...Boleh aku masuk...?"

"Masuklah..."

Nick dan gadis tersebut melangkah masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja kasut ditanggalkan, mereka terus duduk di atas sofa. Aku menutup pintu. Nick menjengah ke arah bilik. Aku mulai terasa tidak sedap hati.

"Mana girlfriend kau yang cun tu?"

Nick menyoal dikala aku duduk di sofa bersebelahan dengannya. Aku memerhati sekeliling. Gadis berambut perang hanya berdiam diri. Dia memegang sekeping fail coklat.

Evie sudah menghilangkan diri? Hurmm...

"Dia keluar..."

Aku mengarang helah. Nick merenung aku dalam-dalam. Air liur ditelan apabila aku ditenung sedemikian rupa. Kenapa ni? Lain macam je...?

"Holt..."

"Yes...?"

"Kau ada rahsiakan apa-apa dari aku...?"

"Errr, takde pulak? Kenapa kau tanya...?"

Gadis tersebut menyerahkan fail coklat kepadaku. Aku termangu-mangu mengambilnya. Nick menyandar pada sofa. Matanya meliar memerhati sekeliling.

"What the heck is this...?"

Tanganku menggigil melihat gambar-gambar yang ada di dalam fail tersebut. Gadis berambut perang memaparkan riak muka serius. Nick hanya berdiam diri.

Gambar-gambar ni menyeramkan. Mayat yang terpapar di gambar tersebut membuatkan tekakku terasa loya. Kenapa dia tunjukkan gambar-gambar ni...?

"Holt...Mayat yang kau tengok tu namanya Evie Morgan...Dia dibunuh dua bulan lalu, mayatnya dijumpai di tebing sungai...Terdapat 8 kesan tikaman dan lehernya pula terdapat kesan jerutan...Mangsa dipercayai berumur 21 tahun..."

Aku tergaman mendengar penerangan Nick. Gambar-gambar tersebut terlepas dari tangan. Tubuh mulai menggigil. Airmata menitis ke pipi.

Ini mayat Evie...? How cruel is this...? I can't accept this...

"Holt..."

"Tak mungkin, Nick...Tak mungkin tu Evie.."

"Holt, aku tahu kau ada rahsiakan something dari aku...Please, tell me..."

"No...No...Tak mungkin itu Evie..."

"Holt...Calm yourself..."

LOVELY GHOST, EVIE [C]Where stories live. Discover now