21 | PETUNJUK

6.1K 547 1
                                    

Nick menyandar pada kerusi pejabat sambil memerhati ke depan. Hujung pen digigit lembut sambil memerhati lakaran pondok buruk yang terlekat pada papan penyata.  Otak ligat mencari jawapan.

"Hurmmm, dimana pondok ni berada agaknya...?"

Nick mengomel sendiri sambil menggaru pipi. Setelah seketika berfikir, dia memusingkan badan ke arah komputer. Papan kekunci ditaip ligat. Matanya fokus memerhati monitor. Dikala dia leka, Fara menjengah di muka pintu.

"Nick...Aku dah semak maklumat peribadi mangsa..."

"Then? Ada apa-apa clue...?"

"Well...Mangsa memang berasal dari Venice..Dia mempunyai seorang abang yang masih hidup...Satu-satunya pertalian darah yang dia ada...Kedua ibubapanya sudah meninggal 15 tahun lalu..."

Fara berkata selamba lalu duduk di kerusi pejabat berhadapan dengan meja Nick. Lelaki berambut hitam menggosok belakang kepala. Mereka berbalas pandangan.

"Di mana abang dia tinggal?"

"Venice..."

"Ada laporan kes kehilangan keluarga? About two month ago...?"

"No, nothing..."

Nick tersengih. Dia menyilangkan kaki. Fara turut tersenyum. Lakaran pondok buruk ditatap seimbas, kemudian mereka berbalas pandangan.

"Kita dah dapat suspek utama..."

"Kau fikir, abang dia yang bunuh Evie?"

"Look...Kau tak rasa pelik, ke? Sudah dua bulan Evie hilang...Abang dia langsung tak laporkan hal ni pada polis...Don't you smell something fishy...?"

"Hurmmm..."

"Kau ada butir peribadi abang dia...?"

"This...Abang dia bernama Ethan Morgan...Berumur 28 tahun..."

Fara berkata seraya menghulurkan Nick sekeping kertas putih. Lelaki berambut hitam lantas mengambilnya. Fara mendongak dikala Nick bangun dari kerusi.

"Then? Apa kita tunggu lagi? Kita jumpa Ethan...Aku nak korek maklumat dari dia.."

Nick berkata seraya mengambil jaket kulit yang tersadai di belakang kerusi. Fara tersengih. Dia bingkas mengikut Nick dari belakang.

"You drive..."

Nick melontar kunci kereta pada Fara. Si gadis menarik muka. Mereka berjalan menuruni anak tangga. Nick memakai jaket kulit tatkala mereka melangkah keluar dari bangunan HQ.

"Nick..."

"Yeah...?"

"Naluri kau hebat...Aku kagum..."

"Hey, ini Nick Hayden lah...The best detective in this shitty city..."

"Yeah, right..."

**********

Aku terkebil-kebil memandang siling. Malam sudah lama melabuhkan tirainya, namun aku tidak dapat melelapkan mata. Evie tertidur nyenyak di sebelah. Walaupun katilku hanya katil bujang, tapi dia tetap berkeras nak tidur denganku.

Kata-kata Daniel bermain-main dalam minda...

"Kau tak kenal dia, tapi...Dia kenal kau...Kau ada dalam diari kehidupan dia sebelum ni..."

Hurmmm, ini bermakna aku dan Evie pernah bersua muka sebelum ni?

But, when? Aku tak ingat pulak pasal dia sebelum ni...

How did she know me...?

Aku memusingkan badan menghadap Evie. Dia tidur lena tanpa apa-apa bebanan masalah. Pipinya aku usap lembut seraya tersenyum. If you think ghost is not cute, well...

You're wrong...

Tekak terasa kering dikala aku asyik memerhati Evie. Perlahan-lahan aku bangun dari katil seraya keluar dari bilik. Pintu peti sejuk dibuka selamba. Sebotol air mineral diteguk.

Seusai melunaskan dahaga, aku berjalan semula ke bilik. Namun begitu, langkahku terhenti. Susuk tubuh wanita berambut panjang kelihatan berdiri di dalam gelap. Bau darah menusuk ke rongga hidung...

Aku menelan air liur...

Ahh, shit...Ada hantu lain ke dalam rumah aku? Damn it, man! Aku tak nak ada masalah lain!

Tanpa membuang masa, aku menekan suis lampu! Keadaan ruang tamu bertukar cerah! Mataku terbeliak luas! Jantungku seakan terhenti!

Evie tercegat di depanku. Darah pekat membasahi dress biru. Matanya berwarna putih seakan mayat hidup. Di lehernya pula terdapat kesan jerutan. Darah pekat menitis keluar dari bibirnya...

"E-Evie....?"

'Holt...Its hurt...Uhuk...Uhuk...'

Evie terjelopok ke lantai. Dia mengeliat kesakitan. Nafasnya tersekat-sekat. Aku menerpa ke arahnya. Belakang kepalanya aku rangkul erat. Dia kejang di pangkuan aku!

"Evie! Whats wrong!?"

'Its hurt! Urghhh! Gahak! Hurrr...Hurrr...'

Dia cuba menghembus nafas, namun darah yang terhambur keluar dari hidungnya. Aku memeluk dia erat. Airmata menitis ke pipi. Aku menangis teresak-esak.

"EVIE! KENAPA DENGAN KAU NI!?"

'Please...Don't hurt me...Don't hurt me...'

"Aku takkan sakitkan kau! Tell me, what's wrong!?"

'Don't hurt me...'

Setelah seketika, Evie kaku bagaikan mayat. Aku menangis semahu-mahunya. Darah pekat membasahi ruang tamu.

APA YANG TERJADI PADA DIA NI!?

LOVELY GHOST, EVIE [C]Where stories live. Discover now