Put on your earphone for the immersive experience.
Soundtrack : Ori and the will of Wisp
🔱🔱🔱🔱🔱🔱🔱🔱🔱🔱🔱🔱🔱🔱
Evie berdiam diri dikala aku memandu meredah jalan raya. Dia hanya menongkat dagu sambil memerhati ke luar tingkap. Aku tersenyum melihat dia seakan dilamun perasaan. Tangannya, aku genggam lembut. Dia menoleh kepadaku.
"Apa kau fikirkan, Evie...?"
'Nothing...'
"Nothing? Really? Aku tengok kau mengelamun..."
'Really, Holt...Its nothing..."
Evie membalas perlahan. Nafas lemah dihela. Aku tersenyum simpul melihat dia menyandar ke seat. Tangannya mengusap tanganku. Dia termenung seketika.
'Holt...'
"Yes...?"
'Awak pasti nak bersama saya...? Saya bukan manusia, Holt...Saya tak boleh berikan kebahagiaan pada awak seperti gadis lain di luar sana...'
"Aku tak kisah pasal tu, Evie...Selagi kau bersama aku...Its good enough..."
'Hurmmm...'
Evie tertunduk. Wajahnya sugul. Aku memulas stereng kereta ke kanan. Jeep hitam meredah masuk ke kawasan perkampungan lama. Evie memerhati ke luar tingkap dengan pandangan pelik.
'Kita nak kemana, Holt...?'
"Ah ha, aku ada suprise untuk kau..."
'Suprise...?'
"Yeah..."
Evie mengangguk walaupun dia masih tertanya-tanya. Jeep hitam bergerak masuk ke sebuah lorong sempit. Setelah seketika memandu, akhirnya kami tiba di sebuah denai sempit. Evie mengerut dahi melihat keadaan sekeliling tatkala dia keluar dari Jeep.
"Come, my sweetie..."
Aku memegang tangannya seraya melangkah ke depan. Evie hanya menurut. Kami berjalan meredah denai hutan. Si hantu hanya berdiam diri. Bunyi unggas kedengaran di ruang suasana.
'Holt...Kita nak kemana...?'
"Ikut jelah...."
'Tempat ni buat saya rasa tak sedap hati...'
"Hehe, aku nak rogol kau..."
'Tak perlu rogol...Saya boleh bagi jika kita balik ke rumah...'
Aku tertawa mendengar bidasannya. Evie menarik muka. Kami berdua terus berjalan meredah denai. Setelah lima belas minit, akhirnya kami tiba ke destinasi. Sebuah air terjun terpampang di depan mata.
Evie tergaman. Aku tersenyum melihat gelagat dia...
Sebuah pondok buruk tersergam berdekatan dengan air terjun tersebut. Si hantu menekup mulut. Airmatanya bergenang di tubir mata...
YOU ARE READING
LOVELY GHOST, EVIE [C]
Teen FictionIni bukan kisah cinta biasa-biasa. Ini kisah cinta unik diantara seorang lelaki bernama Holt Hayden dan juga hantu bernama Evie Morgan. Menarik? Kisahnya bermula apabila Holt tidak tahan sering diganggu dengan aktiviti paranormal yang berlaku di ap...