Anyyeong!
Song jihyo imnida..
Aku berusia 20 tahun.
Hobi aku adalah makan dan tidur.
Bila aku makan aku rasa gembira.
Bila aku tidur, aku akan bermimpi perkara yang indah..Omma aku namanya song hyemin
Dia pandai masak.
Omma aku baik.Appa aku pula nama song jongkook.
Appa aku tegas tpi penyayang.
Dia berkerja sebagai arkitek.Aku ada seorang oppa.
Nama dia song joongki.
Dia seorang yang menjengkelkan.
Tapi sejengkel dia, aku tetap sayang dia.Aku rasa aku takde pape nak tulis.
Yang benar
Song jihyoAku menutup diariku yang berwarna hitam itu. Pen ku letak di tepi.
"hyo! Mari makan. Nanti sejuk tak sedap." omma sudah menguji high not di pagi hari.
"chakkaman!" jeritku. Yelah, aku sedang berada di dalam bilik yang terletak di tingkat dua. Omma berada di bawah atau lebih tepat di dapur.
Aku cepat² menyorokkan diari ku di bawah susunan buku. Mampus aku kalau joongki jumpa diari ni.
"hyo! Palli!" omma terusan memanggil ku untuk turun makan.
Aku segera berlari ke dapur. Naik semput aku jadinya.
"hyo!"
"hyo dah turun ni!" kataku cepat² sebelum rumah ni runtuh akibat jeritan omma.
"panjang umur. Pendek akal." walaupun perlahan kata tersebut diucapkan, namun jelas didengari oleh telingaku.
Aku pandang ke empunya suara tadi. Joongki menayangkan tanda peace. Aku tunjuk buku lima ke arahnya.
"dah² makan cepat sebelum appa siku kamu berdua ni. Bergaduh je kerjanya"
Aku baru perasan yang appa ada di situ. Appa sedang membaca akhbar harian meetio sambil makan chaw kuey tiaw. Korang imagine jelah macam mana erk.
Aku pun tarik kerusi di sebelah joongki perlahan - lahan lalu melabuhkan punggungku di kerusi tersebut.
Roti dan jam nutella menjadi pilihanku. Aku sapu jem banyak² pada roti dan aku makan. Sedap wehh.
"hyo bila start kerja?" soal appa.
"kerja?" joongki disebelahku menayangkan muka hairan.
"hurm.." jawabku ringkas. Malas nak jawab panjang² masa tengah makan. Aku teruskan suapan.
"kerja apa?" soal joongki lagi.
Tapi kali ni aku malas nak jawab. Pasti yang teramat sangat bahawa joongki pasti akan gelakkan aku.
"hyo.. Joong tanya ni" dia menggoncangkan tanganku. Hish dia ni, terbantut selera aku.
"hyo tengah makan kan ni." aku bagi jelingan maut. Tapi diendahkan.. Joongki terus menggoncangkan tanganku. Semakin kuat goncangannya. Habis bergetar lemak aku.
"pembantu rumah" ujarku perlahan
"hah? Kerja apa. Cuba cakap kuat sikit. Kurang jelas lah" joongki mendekatkan cuping telinganya dengan mukaku.
Tanpa membuang masa, aku gigit telinga hak milik joongki.
"auch!" joongki merengek kesakitan. Digosoknya telinganya merah bak biji saga hasil buatan gigi aku yang putih ni.
"omma, tengok hyo!"
"hish kamu ni. Tak boleh ke tak bergaduh seharian?"
Aku dan joongki hanya menayangkan barisan gigi sambil membuat tanda peace.
"hyo kerja sebagai pembantu rumah." terang appa. Matanya masih melekat dekat akhbar harian meetio.
"pfft.." joongki menahan tawanya dari tercetus.
"kau gelak, aku bakar patung teddy bear kau" terus perbuatannya terhenti. Aku senyum kemenangan. Teddy bear adalah kelemahannya. Teddy bear itu jugalah musuhku. Nak tahu sebab apa? Teruskan bacaan korang. Vote sekali tau. Baru aku kata sebab apa.
"esok hyo start kerja. Hyo pergi sendiri" seakan baru teringat soalan appa tadi, aku ungkaikan tanda tanya dalam benak fikiran appa.
"hyo naik apa?" kali ini, soalan datang dari omma.
"skuter lama joong kan ada." kataku bersahaja.
"hey! Please ah! Joong takkan bagi k! Skuter tu berharga kot." bantah joongki. Tangannya digerakkan ke kiri dan ke kanan. Tak cukup dengan itu, badannya turut mengikut rentak tangannya.
Pap!
"ark.. Appo!" joongki mengosok kepala di mana ketulan aiskrim sudah kelihatan.
Aku meniup tapan tanganku yang banyak berjasa dalam bab ketuk - mengetuk ni. Tulah sape suruh menari sotong depan aku.
"hyo, biar appa hantarkan jelah."
"shiro, hyo nak berdikari. Hyo pergi naik skuter satu lagi lah. Nak buat apa naik skuter joong. Lampu dah pecah. Brek dah berkarat. Warna dahlah tak cantik" aku mengutuk sehabisnya pasal skuter joongki.
Aku curi² pandang joongki di sebelahku, dia terus menyuapkan suapannya tanpa banyak berbicara. Sentap lah tu..
Aku pun dengan gembiranya melahap roti² sebanyak yang mungkin.
YOU ARE READING
[✔] MAID S1+S2 (•MINHYO•)
FanfictionHighest raking - 27 in fanfiction - 24 in fanfiction cast -song jihyo -park jimin. -bts Start - 10/6/2017 End - 30/8/2017