“yah! Irreona!”
Sape pulaklah yang memekak pagi² ni?! Nak tidur pun tak senang!
“jihyo-ah.. Palli! Irreona!” panggilan itu aku endahkan. Aku pejam mata serapat yang mungkin.
“yah!” jeritku setelah ada benda jatuh di atas badanku. Aku pandang sisiku.
“joooonnggg!” laungku lantang. Aku ambil teddy bear miliknya. So, korang dah tahu kan sebab apa teddy bear ni musuh aku? Tak faham lagi? Sebab teddy bear ni lah tidur aku tergendala.
Aku turun ke dapur. Kelibat joongki dicari. Dia sedang menikmati nasi goreng kimchi buatan omma. Kan bagus Kalaulah ada api yang sedang membara seolah-olah mengambarkan amarahku sekarang.
“yah! Asal joong baling teddy bear ni dekat hyo?” dia buat derk je. Kecik besar je aku tengok dia ni. Aku terus meluru ke joongki..
“yah! Appo!” rengeknya sambil menggosok bahunya yang baru sahaja menjadi tempat daratan penumbuk besiku.
“hyo tanya tak nak jawab! Cepat bagitahu!” aku memulas telinga joongki.
“hyo.. Omma yang suruh.” setelah lama berdiam diri, omma membuka mulut.
“mwo?!” tanyaku dalam riak terkejut.
“hari ini hari apa hyo?” soal omma.
“hari isnin.” balasku. Joongki dan omma menepuk dahi masing². Aik aku ada salah cakap ke?
“hyo, tak pergi kerja lagi ke ? ” appa menepuk lembut bahuku.
“hah ! Hyo lupa ! ” segera aku mencampakkan teddy bear milik joongki. Menjerit joongki jadinya. Kisah apa aku, sekarang aku dah lewat. Dengan sepantas kilat aku berlari naik ke atas.
Aku capai kain tuala lalu meluru masuk ke bilik air. Aku mandi dengan ala kadar. Muka tak sempat nak cuci. Lebih kurang tujuh minit aku keluar dari bilik air.
Nasib baik baju telah dipilih semalam. Aku lekas memakai baju. T shirt putih dan seluar jean berwarna biru muda telah tersarung di badanku.
Aku berlari turun. Kelam kabutku jadinya. Kunci skuter ku capai dan berlalu pergi. Aku sempat menjerit...
“bye omma appa joong! Saranghae!”
Aku hidupkan enjin skuter. Sambil aku menunggang, aku menjamah roti yang sempat aku tapau di rumah tadi. Tak kira lewat atau tak, perutku lagi penting.
X X X
“aigoo... ahjumma ingatkan jihyo dah tak datang tadi.” kata ahjumma a.k.a BEKAS pembantu rumah yang aku kerja sekarang.
“mianhe ahjumma. Tadi ada lembu landing dekat tengah jalan tu.” bibirku dimuncungkan ke arah jalan tar.
“dah² jom masuk.” ahjumma menarik tanganku ke dalam rumah.
Seluruh pelusuk rumah ditunjuknya. Senang untuk aku lakukan kerja nanti katanya. Walaupun rumah ni bapak besar, namun memang berkeadaan bersih. Jadi, tak banyak yang perlu dikemaskan.
Kerjaku hanyalah kemas ruang tamu, bahagian atas kecuali bilik tidur. Vakum karpet dan sapu lantai. Senang je tapi dah dapat gaji yang lumayan bersamaan RM3500.
Tapi.yang bermain di fikiran aku, kenapa rumah ni macam tak berpehuni je. Semua barang macam tak pernah bersentuh pun.
Selepas siap, aku bergegas pulang. Oleh kerana tidak banyak yang perlu dikemas, dalam masa satu jam aku sudah boleh pulang. Senang je kerja aku.
X X X
Hari ini, sudah masuk hari ke empat aku bertugas di situ. Tiada perubahan pun yang berlaku dalam rumah tu. Cuma habuk je yang main chak² dengan aku. Yelah, kejap ada, kejap takde.
Aku dengan gembiranya melangkah masuk ke dalam rumah a.k.a tempat kerja aku. Aku pulas tombol. Tak boleh buka. Aik, berkunci? Aku seluk poket seluarku. Nasiblah ahjumma telah memberi kunci spare dekat aku. Mungkin dia dah boleh agak pintu ni akan terkunci sendiri.
Daun pintu dikuak, aku baru nak melangkah, undur balik. Aku lihat alamat rumah. Betul dah ni. Tapi asal..
“ya ampun! Kerja sape ni? Bersepah sana sini! Aish!” sambil berleter aku tunduk untu mengutip semua baju² yang bersepah.
“woi! Pencuri!” jerit seseorang.
Dengar sahaja perkataan PENCURI, aku terus panik. Di benak fikiranku mula memutarkan perkara² negatif. Aku dahlah perempuan, macam mana kalau dia rogol aku? Andawae!!
“tolong²!” jeritku ke luar tingkap sambil tangan diletakkan di sebelah mulutku. Tanganku mengibar baju berwarna merah tanda kecemasan. Korang image sendiri lah ye keadaan aku macam mana.
“yah!” aku rasa bahuku ditepuk dari belakang.
Dengan itu, Aku segera membuka silat kahwinku untuk menyerang pencuri tadi dan cuba untuk pertahankan kedaraanku.
“ark!” mataku membulat. Mulu yang melopongku aku tekup.
X X X
Sorry readers, author penat sangat semalam, tak sempat nak update maid. Hari ni author cuba buat double update.
YOU ARE READING
[✔] MAID S1+S2 (•MINHYO•)
FanfictionHighest raking - 27 in fanfiction - 24 in fanfiction cast -song jihyo -park jimin. -bts Start - 10/6/2017 End - 30/8/2017