››19

1.6K 158 18
                                    

Sebelum korang baca.. Author nak mintak maaf terlebih dahulu tetutamanya kepada readers yg otaknya masih suci. Hehe... Enjoy!



Hembusan nafas seseorang lembut menyapa dahiku. Aku yakin bukan aku seorang saja yang berada di dalam bilik ni.

Dan aku teramat yakin yang badan aku mendarat betul² dia atas seseorang. Siapa? Aku tak tahu.. Aku tak nampak wajahnya. Yelah.  Aku pun tengah tutup mata.

“hyo” panggil seseorang dalam nada yang agak menggoda. Alahai.. Iman aku tak kuat.

Eh jap.. Aku macam kenal suara ni. Sah! Si pendek! Sesedap sup bunjut je dia panggil nama manja aku. Sape bagi kebenaran hah?

“hyo” tangannya mula melingkari pinggangku. Cuakku jadinya.

“er².. jim... min? Gwe... Gwen... cha... na?” aku mula cuak.

“kekalkan macam ni. Jeball” pintanya lebih ke arah merayu.

Perlakuanku kaku. Tergaman akan apa yang jimin ucapkan. Aku yakin dia tengah mabuk. Yelah bau alkohol kuat menusuk hidungku.

Lama kami berkeadaan begitu, dia lepaskan pelukan tangannya di pinggangku. Aish.. Pinggang gojes aku dah dinodai.

Aku bangun lalu duduk di birai katil. Perbuatanku diikuti oleh jimin. Keluhan berat dilepaskan. Dah kenapa pulak.

Aku palingkan muka memandang jimin. Muka jelas kelihatan tengah tertekan. Serabut semacam je.

“jimin? Awak ada masalah ke?” aku rapatkan jarak antara aku dan dia.

“.......” krik². Diam. Tiada jawapan yang dikeluarkan oleh jimin.

“jimin.. Jeball, say something” aku mula risau akan keadaan jimin. Lama ni tak pernah diam macam ni. Biasanya dialah yang paling banyak mulut antara kumpulan bts.

“hurm, saya rasa awak perlukan masa untuk bersendirian. Saya keluar dulu” aku bangun dari katil. Aku dah putus asa.

Tiba².. Tanganku ditarik dari belakang. Ya, jimin yang tarik tangan aku. Kakiku tak jadi melangkah.

“aku sayang dia”

Dia? Dia tu sape?

“aku cinta dia”

Girlfriend dia ke?

“tapi dia tak pernah pandang aku.”

Sape yang bodoh sangat yang tak pandang k-idol macam kau ni? Baik mati dari hidup.

“kau tahu tak sakit...” perlahan-lahan tangannya di letakkan di dadanya.

“kat sini” dia tunjukkan di bahagian dadanya.

Aku palingkan tubuhku. Aku nampak butiran mutiara jantan milik jimin laju mengalir di pipi.

“nugu?” lancar mulutku menuturkan kata itu. Hati aku membuak mahu mengetahui siapakah gerangan yang berjaya mengetuk pintu hati boss aku ni.

“seulgi” siapa tu? Aku nak tanya dengan lebih lanjut tentang seulgi tapi aku hanya memdiamkan diri.

“dia cantik”

Aku dah agak mesti seulgi tu cantik. Kalau tak, takkan lah si jimin ni boleh cair punya dengan perempuan tu.

“dia baik”

Baik? Aku pun baik ape.

“tapi entahlah.. Hubungan kami tak kekal lama” dia cuba mengukirkan senyuman. Seyuman hambar. Ya, senyuman hambar.

“ouh.. Saya bersimpati”

“apa yang perlu aku buat?”

Kau tanya aku jimin? Aku? Naega? Me? Aku bercinta pun tak pernah. Nikan nak nasihat kau. Memang aku buat larian pecut dululah.

“buka buku baru tutup buku lama. Cari yang lain. Bunga bukan sekuntum” kita hentam sajalah.

“aku takut. Takut benda yang sama akan berulang.” anak matanya memandang tepat anak mataku.

“wae?”

“akan tiba satu masa nanti. Mungkin awak akan jumpa yeoja yang lebih baik dari dia. Mungkin. Sape tahu kan” aku ukirkan senyuman.

“usah diratapi luka lama. Takut kembali berdarah lalu meninggalkan parut yang kekal. ”

“ada tiga perkara yang kita tak tahu. Jodoh. Ajal. Rezeki. Perancangan tuhan lenih baik. Bergantung harap padanya.”

Gengaman tangan dilepaskan.

“gomawo jihyo-ah” katanya.

Aku anggukkan sedikit kepalaku lalu berlalu keluar. Mahu menyambung kerja yang masih berbaki lagi. Lepas tu masak.

X X X

Sup herba yang terdapat dalam periuk dikacau perlahan. Ya, aku masak sup herba hari ni.

Tetiba timbul rasa kasihan dekat jimin. Moga² sup ni boleh menenangkan fikirannya.

Lihat pada keadaan jimin, hatiku bagaikan tertutup untuk bercinta. Aku takut benda yang terjadi pada jimin akan berlaku jugak padaku. Aku takut.

Aku tutup api setelah yakin sup herba telah siap. Sempat aku hidu aroma yang terhasil dari gabungan herba² yang berkenaan.

Aku capai sebatang pen yang berwarna hitam dan sekeping kertas lalu menukis sesuatu di atasnya.




Makan sampai habis nae?! Harap kau suka! Anyyeong!

Aku lekatkan di peti ais menggunakan fridge magnet(?).

Aku telah siapkan semua kerja. Jadi, sekarang aku nak balik. Nak tidur!

Aku capai kunci motor skuter milikku. Begku tidak ku lupa.

Enjin dihidupkan lalu aku segera meninggalkan kawasan rumah jimin

[✔] MAID S1+S2 (•MINHYO•)Where stories live. Discover now