Thoracic Department riuh-rendah dengan gosip yang mula menular di hospital swasta itu. Semua staf hospital tertanya-tanya tentang kesahihan gosip tersebut, lebih-lebih lagi jururawat yang bertugas di Thoracic Department.
"Aku dengar, doktor baru tu kena transfer dari London."
"Well, aku dengar pula doktor baru tu graduan Harvard so tak hairanlah kalau dia kerja kat London."
"Harvard? Eh, kalau macam tu mesti Dr. Dylan dengan Dr. Iz kenal doktor baru tu! Macam mana kalau Dr. Dylan dengan Dr. Iz suka kat doktor baru tu?"
"No! What if F4 suka kat doktor tu? Weh, aku tak sanggup bermadu kasih!"
Seorang jururawat yang memakai teg nama Afaaf Anan berhenti di hadapan Nurse Station, "Bermadu kasih? Eh, doktor-doktor korang tu tak perasan pun kewujudan korang tau? Apa salahnya kalau doktor kesayangan korang tu suka kat doktor baru tu? Lantaklah dioranglah nak suka siapa pun!" Afaaf masuk campur.
"Siapa suka siapa?" Tiba-tiba kedengaran suara garau.
Semua jururawat yang terdapat di situ tergamam. Mereka menelan air liur dan berpusing menghadap pemilik suara garau itu. Terlihatlah empat orang jejaka tampan memakai kot putih berdiri di hadapan Nurse Station.
"Mind sharing some of your gossip with us?" Doktor yang memakai kot dengan sulaman nama Haziq Arash, Oral & Maxillofacial Surgeon mencuba nasib dengan charmnya.
"Ta-tadi saya terdengar Professor Tengku Shamri bagitahu kat Dr. Ariana, hari ni ada Thoracic Surgeon kena transfer dari London to work here." Ujar seorang jururawat tergagap-gagap.
"Tsk, tsk, tsk, bad girl." Ujar seorang doktor yang bernama Rykarl Naufal pula.
Dr. Haziq menyiku Dr. Rykarl, "Tell us more about this new doctor. Is she pretty?" Soal Dr. Haziq lagi tetapi matanya memandang Afaaf.
Afaaf tertawa sinis, "Apa kata doktor pergi tengok sendiri? She's in the surgery room now." Ujar Afaaf lalu menyambung semula kerjanya menyusun fail-fail di atas meja.
"Sounds great!" Dr. Dylan, Dr. Rykarl dan Dr. Iz berlalu pergi menuju ke surgery room, meninggalkan Dr. Haziq masih di situ.
"Afaaf?" Panggil Dr. Haziq dengan lembut tetapi menggoda.
Afaaf mengeluh, "Yes, how can I help you doctor?" Afaaf mengetap gigi.
"You look beautiful." Dr. Haziq mengukirkan senyuman.
Afaaf tertawa sinis, "Sorry Dr. Haziq, but your charm buat saya rasa muak." Balasnya sebelum berlalu pergi.
"Auch." Dr. Haziq meletakkan tangan pada dadanya.
•●•●•●•
Bilik bedah 1 sedang menjalankan pembedahan ke atas seorang pegawai polis yang mempunyai empat tembakan yang berhampiran jantungnya. Seorang Thoracic Surgeon telah ditugaskan untuk menjalankan pembedahan tersebut ditemani oleh Scrub Team, pakar bius dan seorang pembantu yang juga merupakan Thoracic Surgeon.
"Scalpel." Doktor yang mengetuai pembedahan itu menghulurkan tangannya.
Setelah dihulurkan pisau bedah, dia mula membelah bahagian tengah badan pesakit yang telah dibius itu. Darah yang mengalir keluar segera dilap oleh pembantunya. Belahan pada bahagian tengah badan dibuka luas dan memperlihatkan jantungnya yang berdegup perlahan.
"Ada tiga luka berhampiran vena pulmonari dan satu luka berhampiran septum." Jelas pembantu pembedahan itu.
Doktor tersebut mengangguk faham, "Forceps." Doktor tersebut sekali lagi menghulurkan tangannya. "Suction." Ujarnya. Pembantu pembedahan mengangguk faham lalu menggunakan alat sedutan untuk menyedut darah yang bertakung pada luaran jantung.
Setelah darah yang bertakung berkurang, doktor tersebut menggunakan angkup untuk mengeluarkan butiran peluru yang terdapat pada vena pulmonari. Tiga peluru berjaya dikeluarkan setelah beberapa minit. Pakar bius menyalurkan lagi bius pada pesakit tersebut untuk mengelakkan daripada terbangun.
Doktor tersebut mengerutkan keningnya apabila tiba masanya untuk mengeluarkan kelongsong peluru yang terakhir yang berhampiran septum kerana ia merupakan proses yang bahaya. Pembantu pembedahan terus menyedut darah menggunakan alat penyedut. Peluru terakhir berjaya dikeluarkan. Semua staf pembedahan menghela nafas lega apabila proses mengeluarkan peluru itu berjalan dengan lancar.
"Good job everyone." Puji doktor tersebut. "Dr. Sheeyra? Can you please wrap it up for me?" Pinta doktor tersebut. Doktor yang bernama Sheeyra itu lantas mengangguk. "Thank you." Ucapnya dan berlalu pergi dari bilik pembedahan itu.
"Bagus juga doktor baru tu." Puji pakar bius tersebut.
"Well, diakan graduan Harvard." Balas Dr. Sheeyra. Pakar bius tersebut mengangguk setuju.
Pintu bahagian wad pembedahan terbuka luas dan seorang doktor wanita melangkah keluar. Doktor pujaan wanita a.k.a F4 bangun dari tempat duduk mereka dan serta-merta menghadap doktor wanita tersebut. Langkah doktor wanita tersebut terhenti apabila F4 menghalang jalannya.
"So, youre the new doctor?" Sapa Dr. Haziq. I'm Dr. Haziq from Oral and Maxillofacial department, this is Dr. Rykarl from the Paediatric Department, Dr. Iz the neurologist and Dr. Dylan, from the Thoracic Department." Dr. Haziq memperkenalkan diri mereka semua kepada doktor wanita tersebut.
"Saya Dr. Emma, thoracic surgeon." Balasnya sambil mengukirkan senyuman kecil. "So tell me, apa yang Oral & Maxillofacial surgeon, Paediatrician dan Neurologist buat kat sini?" Soalnya ingin tahu.
Dr. Haziq tertawa, "Well, nama Dr. Emma is everywhere. So kami tertanya-tanya juga kenapa doktor ni famous sangat. Now we know why, youre pretty." Suis playboynya diaktifkan.
Dr. Emma tertawa di atas pujian itu, "Terima kasih." Ucapnya.
Tiba-tiba, seorang jururawat muncul di hadapan mereka, "Dr. Emma, the director want to see you." Ujar jururawat tersebut.
Dr. Emma mengangguk faham, "Thank you... Afaaf." Ujarnya setelah membaca teg nama jururawat tersebut. "It was nice to meet all of you. Especially you, Dr. Dylan. Saya harap doktor boleh berikan tunjuk ajar sebagai senior." Ujarnya sambil mempamerkan senyuman. Dr. Emma berlalu pergi diikuti dengan Afaaf.
"Eh, aku gerak lu. Pape roger." Ujar Dr. Haziq. "Afaaf! Tunggu!" Dia mengejar gadis itu.
Dr. Iz meletakkan tangannya pada bahu Dr. Dylan, "Theres a wound near the septum and she manage to get it all over dalam empat puluh minit, shes pretty good." Ujar Dr. Iz sambil melihat belakang Dr. Emma. "Nampaknya kau dah ada pesaing untuk Thoracic Department Manager, bro. Goodluck." Tambah Dr. Iz sebelum mengundur diri.
Dr. Rykarl menepuk bahu sahabatnya itu, "Goodluck." Dia turut meninggalkan tempat itu.
Dr. Dylan berdiri sambil memandang hallway yang dilalui oleh Dr. Emma tadi. Tangannya dimasukkan ke dalam poket kot putihnya.
"Pesaing? Budak tu nak jadi pesaing aku? Impossible." Ujarnya sendirian.
•●•●•●•
• So korang ingat tak bila author bgitahu korang yg author akan publish cerita ni bulan august? It turns out, author seriously takleh hdup tanpa writing anything hahahaha besides that, #wattys2017 end pada bulan august (correct me if i'm wrong) and author rasa mcm nak try join #wattys2017 sooooo enjoy! But, mungkin author dapat update once a week je so mohon bersabar ya teman-teman 😝
YOU ARE READING
Surgeon In Love
RomanceHighest Ranked #25 in Romance ------ Emma Mikayla baru sahaja ditugaskan di sebuah hospital swasta sebagai Thoracic Surgeon. Dia menyangka bahawa hospital tersebut hanyalah hospital swasta yang biasa namun sangkaannya salah. Hospital tersebut mem...