Emma menarik sehelai tisu daripada kotak tisu. Dia kemudiannya mengambil sebatang pen berdakwat hitam dari poket kot putihnya. Mata pen tersebut bertembung dengan sehelai tisu itu. Emma menulis sesuatu di atas tisu tersebut.
Fokusnya terganggu apabila sebuah panggilan telefon masuk. Dengan pantas, Emma menekan butang jawab. Dia menganggukkan kepalanya seakan pemanggil tersebut berada di hadapannya. Emma menekan butang tamat panggilan dan bergegas meninggalkan kafeteria itu menuju ke bilik bedah.
Iz yang dari tadi memerhatikan Emma dari jauh itu mendekati meja tadi yang diduduki oleh Emma. Dia menggapai sehelai tisu yang ditinggalkan oleh Emma itu. Tulisan yang terukir pada helaian tisu itu berangkai dan setiap abjadnya panjang. Tulisan tersebut sememangnya milik Emma.
Iz left me and Dylan is leaving me. What did I do to deserve this?
Kata-kata pada sehelai tisu yang ditulis oleh Emma itu membuatkan Iz berasa sayu. Dia tahu Emma benar-benar terluka atas apa yang terjadi tetapi dia tidak mampu untuk berbuat apa. Iz memasukkan tisu tersebut ke dalam poketnya dan meninggalkan kafeteria itu.
•●•●•●•
Rykarl melihat susuk tubuh Jazmin dari jauh. Dia mempercepatkan langkahnya untuk mengejar Jazmin. Dia meraih pergelangangan tangan milik Jazmin dan Jazmin mengadu sakit.
Jazmin segera menyembunyikan pergelangan tangannya itu. Rykarl terkejut apabila melihat di hujung bibir Jazmin berwarna ungu kebiruan.
“Doktor nak apa?” Soal Jazmin, dia berundur setapak.
Rykarl masih berkerut kening, “Muka doktor—kenapa?” Soal Rykarl, dia hendak menyentuh kesan lebam itu tetapi Jazmin semakin mengundurkan diri setapak.
“Takdelah. Hari tu ada pesakit meragam, just an accident.” Balas Jazmin dengan senyuman kecil.
Rykarl mengangguk faham tetapi dia agak sukar untuk mempercayai kata-kata Jazmin itu walaupun masuk akal. Rykarl maju selangkah.
“Doktor ikut ke pergi Annual Vacation tahun ni?” Soal Rykarl.
“Annual Vacation?” Soal Jazmin.
“Every year, hospital ni akan taja sebuah percutian kepada 100 orang staf terawal yang mendaftarkan diri. Last year, kitorang pergi Bangkok but this year, tak tahu lagi.” Jelas Rykarl sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket. “So, are you coming?”
Jazmin berfikir sejenak, “Tak pasti lagi. Saya kena tanya suami saya dulu.” Balas Jazmin.
Senyuman Rykarl menjadi kecil. Dia terlupa Jazmin telah pun bersuami. Rykarl mengangguk faham. Jazmin mengukirkan senyuman kecil lalu mengangguk. Jazmin pun berlalu pergi meninggalkan Rykarl.
•●•●•●•
Iz mengeluarkan telefonnya lalu menaip sesuatu pada skrin. Setelah itu, dia memasukkan semula telefonnya ke dalam poketnya. Dia memulas tombol pintu dan terserempak dengan Laila Naia, jururawat yang mempunyai perasaan terhadapnya.
“Hai Iz.” Tegur Laila.
Iz mengangguk tanpa senyuman, “Awak nak apa?” Soalnya dengan kasar.
“Saya dengar yang awak dah break dengan Dr. Emma. Awak okay ke? Awak nak ceritakan kat saya?” Soal Laila sambil tersenyum.
Iz tertawa sinis kerana dia tahu simpati yang diberikan oleh Laila itu sememangnya palsu. “Kenapa pula aku kena ceritakan kat kau? So kau boleh sebarkan cerita aku kat semua orang?” Iz tersenyum sinis. Dia menolak kepala Laila menggunakan jari telunjuknya, “Kau jangan ingat aku bodohlah!”
Iz segera meninggalkan Laila. Dia tahu, sekiranya dia semakin lama berada di situ, Laila tidak akan berputus asa untuk memenangi hatinya.
Laila melaungkan nama Iz berkali-kali tetapi Iz hanya memekakkan telinganya.
•●•●•●•
Dylan duduk di hadapan seseorang yang memakai t-shirt polo berwarna putih. Mereka kini berada di dalam sebuah kafe yang berada tidak jauh dari Redwood Specialist Hospital.
“Kenapa kau nak jumpa aku ni?” Soal Dylan. Kakinya disilangkan. Tangannya turut disilangkan lalu dirapatkan di dada. Sekilas pandang, Dylan kelihatannya seperti model yang sedang melakukan penggambaran.
Iz tertawa, “Dah lama kita tak buat bro-time macam ni. Kau tak rindu aku ke?” Iz sengaja hendak mengusik Dylan.
“Depends. Kau ni the real Iz, yang pendiam, smart, atau Iz yang baharu, yang pendusta, heartbreaker, hati batu?” Soal Dylan dengan sinis.
Iz pura-pura berfikir, “The real Iz kot.” Ujarnya.
“Weh bro! Aku rindu kau siot!” Dylan kembali rapat dengan Iz. “So, kenapa kau nak jumpa aku?” Dylan tersenyum kembali.
“Kenapa kau tinggalkan Emma?” Soal Iz.
Riak wajah Dylan berubah, “Bila kau text aku, suruh aku ambil Emma kat hotel hari tu—kenapa korang berdua ada kat hotel?” Soal Dylan. “Did something happened?” Tambahnya.
Iz mengeluh kecil, “Kau salah faham ni. Sebenarnya kitorang ada family dinner.” Balas Iz, wajahnya bertukar sayu.
“Family dinner?”
“Kau ingat tak bila aku cerita mak aku kahwin lagi dengan seorang Tengku masa kita kat London dulu?” Soal Iz.
“Maksud kau—”
“Yes, Tengku Shamri tu ayah tiri aku.” Beritahu Iz. “Bila aku jatuh suka kat Emma, aku langsung tak tahu yang dia tu adik tiri aku. Now, aku dah tahu so aku terpaksa lepaskan dia.” Tambah Iz diikuti dengan keluhan. “Aku nak minta tolong kat kau ni. ”
“Apa dia?” Soal Dylan.
“Aku overheard conversation kau dengan Tengku Shamri hari tu, yang dia nak kau kahwin dengan Emma.” Beritahu Iz. “Aku nak minta tolong kat kau, tolong kahwin dengan Emma. Aku tahu Emma dah start suka kat kau tapi dia buta dengan cinta dia kat aku. Just give her some time. Aku tahu Emma mesti setuju.” Tambah Iz lagi.
Dylan diam.
“Takkanlah aku nak permainkan hati Emma?” Gumam Dylan dalam hati.
•●•●•●•
• Double update! Sebenarnya nak update tiga chapter sekaligus mlm ni tapi hw tak siap lgi huhuhu. hamirsm hezlinizanie minygkook arizaysk szrnaa jgn lupa buat kaligragi PSV dgn PBS sains huhuhu nnti tiru ya muah doboldobol 😚

YOU ARE READING
Surgeon In Love
Storie d'amoreHighest Ranked #25 in Romance ------ Emma Mikayla baru sahaja ditugaskan di sebuah hospital swasta sebagai Thoracic Surgeon. Dia menyangka bahawa hospital tersebut hanyalah hospital swasta yang biasa namun sangkaannya salah. Hospital tersebut mem...