Dylan menoleh ke kanan lalu ke kiri untuk memberi salam diikuti oleh makmumnya, Emma. Setelah membacakan doa, Emma menyalam tangan Dylan. Emma baru sahaja hendak bangun dari duduk berteleku di atas sejadah tetapi tangannya diraih oleh Dylan.
“Jomlah kita borak dulu.” Dylan mengukirkan senyuman.
Emma menarik semula tangannya, “Takde masa lah. Saya nak kena buat laporan.” Balas Emma lalu keluar dari bilik solat itu, meninggalkan Dylan sendirian.
•●•●•●•
Rykarl tergesa-gesa menuju ke Neurology department apabila dia mendapat khabar bahawa Jazmin telah pun kembali bekerja. Bagaikan bernasib baik, Rykarl menangkap kelibat Jazmin yang sedang berbicara dengan seorang jururawat di nurse station.
Rykarl menghampiri mereka, Jazmin. Panggil Rykarl. Riak wajahnya berubah apabila ternampak kesan lebam pada hujung bibir Jazmin.
Jazmin segera menunduk memandang fail di tangannya, “Awak nak apa?” Soal Jazmin, cuba menyelubungi kesan lebam tersebut.
Rykarl menggenggam jari jemarinya, cuba untuk menstabilkan pernafasannya. “We need to talk. Now.”
•●•●•●•
Emma masuk ke dalam dapur untuk membancuh milo. Dia terlupa, Dylan juga berada di dapur ketika itu untuk menyediakan makan malam.
Dylan tersenyum apabila ternampak Emma, Saya baru je nak panggil awak. “Spaghetti dah siap dah ni, jom makan sama-sama.” Pelawa Dylan.
Emma meletakkan sudu yang telah digunakannya ke dalam singki, “Takpelah. Awak makanlah dulu.” Balas Emma dengan dingin lalu kembali ke ruang tamu.
Dia meletakkan secawan milo tersebut di atas meja kopi yang bertimbun dengan kertas kerja. Emma duduk di hadapan komputer ribanya dan fokus kepada apa yang tertera pada skrin.
Dylan mengeluh kecil lalu memaksakan senyuman untuk terbit pada bibirnya. Dylan meletakkan dua buah pinggan yang dihias cantik dengan spaghetti. Dylan menyangkutkan semula apron yang digunakannya pada penyangkut apron di dapur.
“Saya nak keluar kejap.” Beritahu Dylan.
“Hm.” Balas Emma.
Dia buat endah tak endah sahaja dengan kehadiran Dylan di situ. Bunyi hentakan pintu ditutup mengejutkan Emma. Dia melihat ke arah tingkap dan mendapati kereta yang dipandu Dylan mula beransur pergi meninggalkan perkarangan rumah mereka.
Emma mengeluh kecil apabila kereta Dylan hilang dari pandangan mata.
•●•●•●•
Rykarl dan Jazmin menghentikan langkah mereka setelah mereka berada jauh dari khalayak ramai. Suasana taman di Redwood Specialist Hospital pada malam itu amat menenangkan dengan angin yang bertiup perlahan dan bintang yang berkelipan nun di atas langit.
“Awak nak cakap apa?” Soal Jazmin kepada Rykarl, memecahkan kesunyian malam.
“Kenapa dengan hujung bibir awak tu? Takkan jatuh lagi kot.” Ujar Rykarl dengan sinis. Jazmin diam membisu. “Suami awak pukul awakkan?” Soal Rykarl, cuba memerangkap Jazmin.
“Apa awak cakap ni—”
“Awak tak payah nak tipu sayalah. That night, bila awak call saya, minta tolong kat saya sebab suami awak pukul awakkan?” Soal Rykarl lagi, semakin mendesak.
Jazmin melabuhkan punggungnya pada sebuah bangku taman. Dia mengeluh kecil lalu mengangguk. Dia merasakan tidak berdaya lagi untuk mencipta dusta bagi menyembunyikan hal yang sebenarnya.
Jazmin mengusap air matanya. Rykarl yang melihatkan Jazmin menangis itu serta-merta lembut semula hatinya. Dia duduk di sebelah Jazmin tanpa mengeluarkan sepatah kata.
“Ayah saya—dia suka sangat berjudi. One day, dia takde duit nak bayar semula hutang dia kat Roshdi.” Jazmin bersuara. “Roshdi suruh ayah saya satukan kitorang sebagai cara nak bayar hutang ayah saya. At first, saya setuju sebab he's a very good man—bila kitorang kahwin, everything change. Dia bukan lelaki yang saya kenal dulu. Everytime I did something wrong, dia akan pukul saya. Everytime saya tak bagi dia duit untuk berjudi, he'll hit me. Sekarang, saya dah tak boleh lari dari dia.” Luah Jazmin, sekali-sekala dia akan teresak.
“Kenapa awak tak minta dia ceraikan awak je?” Soal Rykarl.
“Awak takkan faham! Hutang ayah saya kat dia dekat RM 150 000 and kalau saya minta cerai, mana saya nak cari duit nak bayar balik semua hutang-hutang tu?!” Soal Jazmin, dia benar-benar dilema.
Rykarl merenung wajah Jazmin yang redup sahaja itu, “I'll give you the money.” Mata Jazmin terbeliak, dia amat terkejut. “I'll give you the money so you can get your freedom again.” Tambah Rykarl.
“Rykarl, RM 150 000 tu bukan sikit tau. Saya—”
“I know.” Potong Rykarl. “Tapi saya akan buat apa je, asalkan awak jadi diri awak yang dulu. Yang gembira tak bertempat, yang tak pernah lekang dengan senyuman.” Jazmin tertawa kecil, begitu juga Rykarl. “Just promise me, yang awak akan tinggalkan dia.”
Jazmin tersenyum kecil, “Saya janji tapi saya takkan tinggalkan dia dengan bantuan awak. RM 150 000 is a big amount of money but, saya akan usaha dapatkan duit tu dengan cara saya sendiri. Saya tak nak susahkan awak.” Beritahu Jazmin, masih dengan senyumannya.
Rykarl teragak-agak tetapi akhirnya akur jua.
•●•●•●•
Dylan menuju ke kaunter pembayaran untuk membayar Maggie Cup. Apabila Emma berkeras kepala untuk tidak menjamu makan malam bersamanya tadi, seleranya hilang dalam sekelip mata. Setelah selesai membuat pembayaran, Dylan duduk di sebuah meja berhadapan cermin.
Tiba-tiba, dia disapa oleh sebuah suara yang amat dikenalinya. “Takkan surgeon makan Maggie Cup je.” Ujar suara itu sinis.
Dylan mendongak. Matanya terbuntang. “Kau?!”
•●•●•●•
• Next week ada trial PT3 so maybe saya busy sikit. but I'll try my best to update this story, kay? jangan lupa tekan bintang 🌟😆
YOU ARE READING
Surgeon In Love
RomansaHighest Ranked #25 in Romance ------ Emma Mikayla baru sahaja ditugaskan di sebuah hospital swasta sebagai Thoracic Surgeon. Dia menyangka bahawa hospital tersebut hanyalah hospital swasta yang biasa namun sangkaannya salah. Hospital tersebut mem...