• Part XVII •

12.5K 740 26
                                        

Emma duduk di kerusi makan manakala Dylan pula sedang menyediakan spaghetti yang digelar Swedish Spaghetti oleh Emma. Dylan meletakkan sepinggan spaghetti di hadapan Emma lalu meletakkan sepinggan spaghetti di hadapannya.

“Dylan? Emma?” Tegur Danielle. “I'm so sorry—akak tak dapat join sekali dinner dengan korang malam ni.” Beritahu Danielle sambil menyeluk ke dalam beg tangannya untuk mencari kunci keretanya.

“Akak nak pergi mana?” Soal Emma.

“Akak kena jumpa someone.” Beritahu Danielle sambil mengerling penuh makna ke arah Dylan. “Again,  so sorry.” Ucap Danielle.

“Takpelah, kak.” Balas Dylan.

Setelah itu, Danielle meninggalkan rumah Dylan. Emma melihat ke arah pinggan Dylan lalu melihat ke arah pinggannya.

“Eh, kejap!” Emma menghentikan Dylan daripada menjamah spaghettinya. “Kenapa meatball awak ada empat tapi meatball saya ada tiga je?” Emma menyatakan persoalannya.

Dylan merenung mata Emma, “Suka hati akulah. Spaghetti aku.” Beritahu Dylan.

“Ho-ho! Firstly, its SWEDISH Spaghetti. Secondly,” Emma menukar pinggannya dengan pinggan Dylan. “Saya ni perempuan and perempuan lebih kuat makan dari lelaki. So, kesimpulannya, saya yang sepatutnya dapat four meatballs. Harap maklum.” Balas Emma dengan bangganya.

Dylan tertawa sinis, “Firstly, aku yang masak spaghetti ni and secondly,” Dylan menukar semula pinggan mereka. “Yes, obviously perempuan memang kuat makan tapi aku nak juga meatballs aku lebih dari kau. Harap maklum ya Cik Emma Mikayla.” Balas Dylan dengan bangga juga.

Emma menghentakkan tangannya di atas meja. Dia bangun dari tempat duduknya lalu mengangkat pinggannya. Emma kemudiannya berlalu pergi dari situ dan pergi ke ruang tamu. Dia meletakkan spaghettinya di atas coffee table lalu duduk bersila di atas permaidani. Dia langsung tidak menghiraukan Dylan.

•●•●•●•

Haziq dikejutkan dengan kehadiran Iz di dalam apartmentnya. Haziq mengurut lembut dadanya lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa.

“Kau kenapa?” Soal Haziq. “Is this about Emma?” Tambahnya.

Iz mengeluh sinis, “Kenapa pula aku kena fikir pasal perempuan tu?” Balas Iz dengan selamba.

“Apa kau cakap? Perempuan tu?” Haziq seakan-akan tidak mengenali lagi diri Iz ketika itu. “Kau sedar tak apa yang kau cakapkan ni? Weh, Emma tu sayang giler kat kau! Why do you have to be such a jerk?”

Iz sebaliknya tertawa, “Kau tak payah nak bagi nasihat kat akulah, Ziq. Yang kau tu tiap-tiap malam keluar dengan different girls, tak pernah juga aku larang kan?” Balas Iz sambil tersenyum puas.

Haziq tersinggung, “Kau pun tahu kan aku almost completely change bila aku jumpa Afaaf? Tapi dia buat aku percaya yang cinta tu tak wujud—at least, not for me.” Beritahu Haziq. “So, just because aku dah jadi diri aku yang dulu, a womanizer, tak bermaksud aku anggap semua perempuan tu murah. Setiap perempuan tu macam permata, ada harga tersendiri dan hanya satu lelaki je yang akan dapat miliki hati diorang sepenuhnya. To me, Emma might be permata yang paling berharga, so aku harap kau takkan sia-siakan dia.” Haziq menepuk bahu Iz dan berundur masuk ke dalam biliknya.

Iz meraup mukanya diikuti dengan keluhan.

•●•●•●•

Dylan meletakkan pinggannya di atas coffee table dan duduk berhadapan dengan Emma yang sedang asyik dengan rajuknya itu. Emma baru sahaja hendak menjamah makanannya tetapi Dylan segera merampas pinggan Emma.

Dylan menggantikan pinggan mereka sekali lagi. Kini, Dylan mendapat tiga bebola daging manakala Emma pula mendapat empat bebola daging. Emma mengangkat mukanya lalu memandang wajah Dylan.

Dylan membelai rambut Emma dengan kasar, “Makan cepat.” Arahnya.

Emma tersenyum kembali lalu disuapnya spaghetti tersebut ke dalam mulutnya. “HM! Sedap giler!” Ujar Emma dengan mulut yang penuh.

Dylan mengelap hujung bibir Emma menggunakan tangannya. Wajah Emma serta-merta berona merah membuatkan dia mengunyah makanannya dengan perlahan.

“Comot ke?” Soal Emma.

Dylan mengangguk, “Mana kau dapat sweater tu?” Soal Dylan, merujuk kepada sweater yang besarnya dua kali ganda dari badan Emma.

“Sweater ni?” Soal Emma kembali. “Sweater ni awak punyalah.” Beritahu Emma. “Selesa giler pakai sweater ni. Dahlah labuh, lembut pula tu. Rasa macam jadi baby for the second time, hehe.” Jelas Emma sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Dylan tidak dapat menahan diri daripada senyum, “Kau ni ada-ada jelah.” Balas Dylan. “Bila kau nak balik rumah?” Soal Dylan. Emma tersenyum pahit dan Dylan menyedari akan hal itu. “Kalau kau nak, kau boleh stay kat sini.” Beritahu Dylan.

“Amboi, Encik Dylan Fazley tengah ajak saya tinggal serumah ke ni?” Emma mengusik Dylan.

“Kau jangan nak melebih eh! Aku pelawa kau pun sebab aku kesian kat akak aku takde kawan nak berbual bila aku takde kat rumah. Kalau kau ada, at least dia ada kawan nak berbual—yelah, mulut kau kan pot-pet-pot-pet, asyik nak sakat orang je.” Jelas Dylan dengan selamba.

“Eleh, cakap jelah kalau awak suka kat saya. Nak bagi alasan pula.” Usik Emma lagi.

Dylan mengunyah makanannya dengan perlahan apabila mendengar kata-kata Emma. “Satu lagi, kau bila nak start kerja balik?” Dylan mengubah topik perbualan mereka.

“Lepas kaki saya sembuh nanti kot.” Balas Emma.

Dylan mengangguk. “Rumah ni ada dua buah bilik je.”

“Takpelah, saya boleh je tidur kat sofa. Lagipun, dapat tengok movie sebelum tidur.” Jelas Emma dengan senyuman terukir di bibirnya.

Dylan mengangguk.

•●•●•●•

Soooo, my problem is settled and now i can write again. Okay, yesterday saya buka instagram. Scroll punya scroll, saya terjumpa lah pula satu quote ni.

“If you're sixteen and you have a boyfriend, he might be the one.”

It could be true, but could be salah. The point is, pilih someone yg seriously takkan give up on you no matter what. Pilih someone yg sanggup buang ego dia jauh jauh just to save your relationship. Especially if you're sixteen bc he might be the one 😂 Ho-ho, terlanjur bagi love advice lah pula huhuhu. Anyway, jgn lupa vote 🌟🐼

Surgeon In LoveTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang