Emma mengupas kulit buah epal untuk Tengku Shamri. Wajahnya murung sahaja. Sudah dua hari berlalu semenjak peristiwa di parti ulang tahun Redwood Specialist Hospital itu.
Tengku Shamri yang berbaring pada katil dengan belakangnya disandarkan pada kepala katil memerhatikan anak tunggalnya itu. Tengku Shamri mengeluh kecil.
“Dah lama Dylan tak datang jenguk ayah.” Tengku Shamri bersuara.
Tangan Emma terhenti dari mengupas kulit buah epal tersebut. Dia memaksakan dirinya untuk mengukirkan senyuman disaat mendongak.
“Dylan tengah busy, ayah.” Bohongnya.
Tengku Shamri tidak berpuas hati dengan jawaban Emma. “Kamu dua bergaduh ke?” Soal Tengku Shamri.
Emma tunduk sambil mengupas kulit buah epal, “Taklah.” Nafinya pula.
Tengku Shamri menganggukkan kepalanya. Dia mengeluh kecil sambil memerhatikan Emma. Dia tidak mempunyai pilihan lain selain mempercayai kata-kata Emma kerana dia tidak mahu mendesak Emma untuk jujur kepadanya.
•●•●•●•
Haziq mengenggam tangan Afaaf yang masih dalam lenanya itu. Dua hari berlalu, tidak sesaat pun mata milik Afaaf terbuka membuatkan Haziq semakin dalam dilema.
Bilik wad VIP itu ditemani dengan bunyi degupan jantung Afaaf pada monitor. Haziq memerhatikan wajah Afaaf. Bibirnya pucat, warna kulitnya juga sama, di bawah matanya pula terdapat lingkaran hitam.
Tiba-tiba, pintu bilik tersebut diketuk lalu masuklah Dylan. Dylan berdiri di hadapan pintu dan memandang Haziq dengan pandangan yang amat dikenali Haziq.
Haziq mengangguk faham lalu melepaskan genggamannya pada tangan Afaaf. Mereka berdua melangkah keluar dari bilik tersebut untuk berbincang.
“Afaaf belum bangun lagi?” Soal Dylan.
Haziq menggelengkan kepalanya. “Emma dah balik?”! Soal Haziq pula.
Dylan juga menggelengkan kepalanya. “Aku rasa Emma takkan balik kat aku lagi. Dia dah serahkan balik cincin nikah kitorang.” Jelas Dylan dengan riak yang jelasnya amat kecewa. Haziq sekadar memberikan Dylan senyuman simpati. “Kau tak nak pergi makan dulu ke? Aku boleh tolong jagakan Afaaf.” Pelawa Dylan.
“Boleh juga. Aku nak pergi 7E kat depan tu, nanti kalau ada apa-apa, kau call aku tau!” Haziq sempat berpesan.
“Okay.” Balas Dylan.
“Kau nak pesan apa-apa ke?” Soal Haziq lagi sebelum pergi. Dylan menggelengkan kepalanya. “Okay. Aku pergi dulu.”
•●•●•●•
Emma duduk di dalam biliknya. Sudah lama biliknya itu dia tinggalkan tetapi satu habuk pun tiada. Menurut pembantu rumah di situ, Tengku Shamri menegaskan mereka untuk sentiasa menjaga bilik Emma ketika ketiadaannya.
Emma tiba-tiba berasa kasihan akan Tengku Shamri. Ternyata, ibu tirinya juga berangkat pergi bersama Iz tahun lalu meninggalkan Tengku Shamri bersendirian. Atas apa sebabnya, Emma tidak ingin bertanya kerana takut ayahnya itu terluka.
Mata Emma menangkap sebuah kotak yang diletakkan di atas rak bukunya. Dia tertanya apakah isi kotak tersebut. Emma mengheret sebuah kerusi ke arah rak buku tersebut lalu dipanjatnya bangku itu bagi mencapai kotak misteri tersebut.
Emma meletakkan kotak tersebut di atas katil. Bahkan kotak yang kelihatannya agak lama itu tidak terdapat kesan habuk. Emma membuka pelekat yang menutup kotak tersebut lalu dibukanya kotak itu untuk melihat isinya.
Ternyata, di dalam kotak tersebut hanyalah berisi dengan buku-buku novel. Emma mengeluarkan satu persatu buku di dalam kotak tersebut sehinggalah dia terjumpa sesuatu.
“Holding Up The Universe by Jennifer Niven?” Emma membaca halaman depan novel bergenre romantik tersebut.
Tiba-tiba, dia teringat akan sesuatu.
“Nah.” Iz memberikan buku yang bertajuk Holding Up The Universe yang merupakan karya Jennifer Niven. “You'll know that you're not the only one going through it.” Tambah Iz.
Buku di tangannya itu adalah pemberian Iz ketika mereka mengunjungi kedai buku setahun silam. Emma membalikkan buku tersebut bagi membaca sinopsis buku itu. Dalam sinopsis tersebut, suatu ayat memenangi perhatian Emma.
“Since her mum's death, she's been picking up the pieces in the privacy of her home, dealing with her heartbroken father and her own grief?” Emma membaca ayat tersebut.
“You'll know that you're not the only one going through it.” Tambah Iz.
Emma kini faham apa maksud di sebalik kata-kata Iz itu. Dia tersenyum kecil. Emma hendak membuang kotak tersebut tetapi masih ada sebuah buku di dalam kotak tersebut. Emma mengambil novel bertajuk The Fault In Our Stars karya John Green itu.
Emma baru perasaan seseorang telah melipatkan hujung kertas sebuah mukasurat dalam novel itu. Emma tahu orang tersebut bukanlah dirinya kerana dia tidak akan melakukan apa-apa yang akan menyebabkan novel miliknya kelihatan comot.
Dia membuka mukasurat yang telah ditandakan dengan lipatan itu dan matanya menangkap sesuatu pada permukaan kertas. Perkataan Amsterdam telah dibulatkan oleh seseorang menggunakan pensil.
Wajah Emma tiba-tiba berseri seperti dia baru menyelesaikan sebuah misteri. Dia menggapai telefon bimbitnya lalu mendail laju nombor milik Haziq.
“Haziq? I know where Iz is.” Ujarnya teruja.
•●•●•●•
Dylan sedang memerhatikan bandaraya yang sibuk dari tingkap bilik wad VIP yang menempatkan Afaaf itu. Dia teringat akan Emma dan keluhan terbit dari mulutnya.
Dylan menoleh ke belakang untuk duduk pada sofa tetapi sesuatu berlaku pada Afaaf. Jari jemari Afaaf bergerak-gerak dan matanya perlahan-lahan terbuka. Dylan bergesa untuk mendapatkan Afaaf.
Tanpa berlengah, Dylan mendail nombor Haziq. “Haziq? Afaaf dah bangun!”
•●•●•●•
• Get ready fr cliché-ness 😼

YOU ARE READING
Surgeon In Love
RomanceHighest Ranked #25 in Romance ------ Emma Mikayla baru sahaja ditugaskan di sebuah hospital swasta sebagai Thoracic Surgeon. Dia menyangka bahawa hospital tersebut hanyalah hospital swasta yang biasa namun sangkaannya salah. Hospital tersebut mem...