Afaaf duduk pada sebuah bangku taman manakala Haziq pula berdiri di tepi kolam ikan. Mereka berdua berdiam diri, menghayati siulan burung-burung dan suasana yang aman.
Afaaf mengalihkan pandangannya pada Haziq yang sedang memberi makan kepada ikan yang terdapat dalam kolam ikan tersebut. Afaaf mengukirkan senyuman.
“Rykarl dah nak kahwin. Awak bila lagi?” Soal Afaaf secara tiba-tiba.
Haziq berpaling menghadap Afaaf dengan ekspresi terkejut. “Kenapa awak tanya?” Soal Haziq.
Afaaf tertawa kecil, “Saja je.” Dia menghayunkan kakinya ke hadapan dan ke belakang.
Haziq tertawa lalu meneruskan perbuatannya yang tertangguh tadi. Ikan-ikan di dalam kolam berebut-rebut untuk makan dan sekali-sekala ada yang melompat.
“Saya tak jumpa calon lagi?” Kata Haziq, tidak yakin dengan jawapannya.
“Macam tak yakin je.” Usik Afaaf. “Awak memilih sangat kot sebab tulah tak jumpa lagi sampai sekarang.” Tambahnya lagi sambil berjalan menuju ke arah Haziq. Dia mengambil sedikit makanan ikan daripada Haziq lalu dihumbannya ke dalam kolam.
“Yang awak tu kenapa belum kahwin lagi? Takkan belum jumpa calon juga kot.” Usik Haziq kembali sambil tersenyum.
“Dah jumpa dah.” Balas Afaaf.
“Oh.” Haziq tersenyum hampa. “So, how's he?” Soal Haziq. Sebenarnya, dia tidak ingin mengambil tahu.
“He's tall, handsome, caring and mostly—dia penyabar. Saya dah layan dia teruk sangat, saya salah faham dengan setiap yang dia buat tapi dia masih tunggu saya. Dia masih sabar dengan perangai saya.” Afaaf mengukirkan senyuman di saat berbicara.
Haziq menelan kepahitan. “So kenapa awak tak kahwin je dengan dia?” Soal Haziq.
Afaaf mengeluh kecil tetapi senyuman masih terukir di bibir mungilnya. “Sebab dia memilih sangat. Dia kata dia belum jumpa calon untuk dijadikan isteri lagi walhal selama ni saya ada kat depan dia.” Afaaf memuncungkan bibirnya.
Haziq tertawa. Senyumannya kali ini bukan lagi paksaan. Haziq faham akan maksud Afaaf itu. Dia tahu siapa sebenarnya gerangan yang dikatakan Afaaf itu membuatkan hatinya berbunga-bunga.
“Ego juga eh crush awak ni, eh?” Gurau Haziq, penuh makna tersirat.
Afaaf mengangguk, “Ha'ah. Ego sangat. Kalau dah suka, mengaku jelah.” Afaaf turut bergurau.
Mereka berdua berkongsi senyuman.
•●•●•●•
Emma dan Puan Ana, ibu tiri kepada Emma duduk bersebelahan pada bangku yang disediakan di luar bilik wad Iz. Mereka terpaksa menunggu di luar kerana doktor Iz hendak membuat pemeriksaan harian ke atas Iz.
“Emma buat apa kat sini?” Soal Puan Ana, terkejut apabila Emma berada di Amsterdam.
“Ayah dapatkan pembedahan kat sini.” Balas Emma.
Wajah Puan Ana kekal tenang, tidak seperti sangkaan Emma. “Akhirnya dia setuju juga nak kena bedah.” Ujar Puan Ana perlahan.
“Aunty tahu yang ayah sakit?” Soal Emma. Puan Ana mengangguk. “Sebab tu ke aunty tinggalkan ayah?” Bibir Emma terketar-ketar menahan diri daripada meleraikan tangis.
“Tak. Aunty tinggalkan ayah kamu because it's the right thing to do.” Puan Ana mengesat air matanya. “Aunty sepatutnya tahu sejak pertama kali lagi kami berpisah yang kami berdua tak ditakdirkan untuk bersama.” Tambahnya lagi.
Emma diam tidak bersuara. Dia tidak tahu hendak berkata apa kerana keliru dengan pernyataan ibu tirinya itu. Oleh itu, dia hanya berdiam diri.
“Sebenarnya, aunty dan ayah kamu bercinta sejak zaman sekolah lagi. Then mak kamu pindah ke sekolah kami and kitorang bertiga semakin rapat.” Puan Ana membuka bicara. “One day, aunty kena pindah and aunty takde pilihan lain selain tinggalkan ayah kamu. Then, mak dan ayah kamu kahwin. Sebelum mak kamu meninggal, dia sempat pesan kat aunty untuk jaga kamu dan ayah kamu.” Tambah Puan Ana lagi.
Emma terkedu. “So mak yang rampas ayah dari aunty.”
Puan Ana mengangguk, “Sebab tu aunty layan kamu teruk sangat. Every time I see your face, aunty teringat macam mana mak kamu khianati persahabatan kami and I hated her.” Sambung Puan Ana. “But not anymore. I've learned how let go.” Puan Ana menoleh ke arah Emma lalu mengukirkan senyuman.
Emma turut mengukirkan senyuman kecil. “What about Iz? Apa yang jadi kat dia?” Soal Emma. Dia teringat akan keadaan Iz dengan mata terpejam rapat.
“Heart failure.”
Emma membuka matanya semula. Itu merupakan perkataan terakhir yang hendak didengarinya. Emma membiarkan air matanya untuk mengalir.
“Iz perlukan jantung baru and we haven't found one yet.” Tambah Puan Ana lagi.
Emma masih diam membisu. Pintu wad Iz dibuka semula lalu seorang jururawat berlalu keluar dari bilik tersebut diikuti oleh seorang doktor asing. Doktor tersebut menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat kepada Puan Ana lalu meneruskan langkah untuk pergi.
“Wait.” Panggil Emma.
Dia menarik nafas sedalam yang mungkin. Dia merasakan bahawa dia seharusnya berbuat begini. Mungkin Dia menyembuhkan ayahnya bukanlah untuk dia mendapat masa lebih untuk bersama ayahnya. Mungkin bukan itu takdirnya.
Emma bangun dari duduknya dan menghampiri doktor tersebut. “I found a heart donor for him.” Ujar Emma perlahan.
Puan Ana terlopong. Dia tidak menyangka Emma akan berbuat begitu. Tidak sama sekali kerana dia menyangka Emma membenci Iz atas apa yang terjadi selama ini. Namun, Emma masih di sini dan dia ingin mendermakan jantungnya untuk Iz.
“That's good!” Ujar doktor tersebut, tersenyum lebar. “Who's the heart donor? We need to do a check up on that person to make sure his heart is compatible for the patient.” Jelas doktor tersebut dalam nada yang serius.
Emma mengangguk faham. Puan Ana meraih tangan Emma untuk menghentikannya tetapi Emma sekadar membalas dengan senyuman dan gelengan kepala. Emma menarik nafas sedalam yang mungkin lalu membuka mulutnya untuk mengatakan sesuatu tetapi terhenti.
“It's me.” Ujar seseorang yang berada di belakang doktor tersebut.
Emma mendongak ke arah empunya suara tersebut. Alangkah terkejutnya dia. “K-kau buat apa kat sini?”
•●•●•●•
• Afaaf pun dah dapat happy ending dia. Emma bila pula? Anyway, ni bab terakhir utk mlm ni. Last chapter + epilog saya akn update tomorrow night okay? Jgn lupa vote 🌟

YOU ARE READING
Surgeon In Love
RomanceHighest Ranked #25 in Romance ------ Emma Mikayla baru sahaja ditugaskan di sebuah hospital swasta sebagai Thoracic Surgeon. Dia menyangka bahawa hospital tersebut hanyalah hospital swasta yang biasa namun sangkaannya salah. Hospital tersebut mem...