Iz tiba di pantai. Dia menuju ke arah sesuatu yang kelihatannya seperti sebuah gazebo yang memancarkan satu-satunya cahaya di pantai itu.
“Iz.” Laila bangun dari kerusinya.
Iz melihat sekeliling dan kelihatannya Laila telah menghias gazebo tersebut dengan renda dan lampu kelip. Di tengah gazebo itu pula, terdapat sebuah meja dengan lilin di tengahnya.
“Kau dah lama tunggu ke?” Soal Iz hanya kerana hendak bersopan.
Laila menggelengkan kepalanya, “Duduklah.” Arah Laila.
Iz mengangguk faham lalu melabuhkan punggungnya pada kerusi berhadapan dengan Laila. Hanya ombak di pantai sahaja yang menemani mereka berdua.
Kemudian, seorang butler datang membawa dua hidangan yang tertutup lalu diletakkan di atas hadapan mereka. Iringan piano dimainkan oleh seorang pemain piano tidak jauh daripada mereka.
Iz hairan bagaimana Laila mengetahui tentang lagu berinstrumenkan piano kesukaaannya. Iz membuka mulutnya untuk bertanya tetapi Laila mendahului.
“The Days Thatll Never Come originally by Yiruma.” Sebut Laila. “Awak nak tanya macam mana saya tahukan?” Iz diam sebagai tanda ya. “Let's just say, bila saya sayangkan someone, I have to know everything about them. From their favourite colour to how they feel about me. From A to Z.” Jelas Laila lalu menyuapkan stik daging yang telah dipotongnya menjadi cebisan ke dalam mulutnya.
Iz mengangguk lalu menjamah stik daging miliknya. Buat seketika, tiada yang bersuara. Pemain piano tersebut memainkan Love Me oleh Yiruma.
“Iz, date me.” Ucap Laila setelah meneguk air miliknya.
Perbuatan Iz terhenti, dia mendongak ke arah Laila. “This is a date, Laila.” Balasnya tanpa sebarang reaksi lalu meneruskan menjamah makanannya.
“I mean, date me. Let's be together—Iz, I really love you and—”
Iz meletakkan suda dan garfunya apabila terdengar pengakuan Laila itu, “Stop it.” Arah Iz. “We're here for a nice dinner, so let's just eat and then leave.” Tambahnya lagi. Dia tidak selesa akan keadaan pada masa itu.
“Kenapa awak setuju nak dinner dengan saya?” Soal Laila. Iz diam membisu. “Sebab Emma kan? Sebab Emma yang suruhkan?” Laila mengeluarkan tangisan. “Iz stop it! Emma dah bertunang with your bestfriend, just stop chasing after her!” Laila meninggikan suaranya.
Iz mengeluh lalu bangun dari duduknya, “I'm leaving.”
Iz baru sahaja selangkah jauh dari gazebo itu apabila Laila mengatakan sesuatu, “Kenapa awak tak boleh nak sayangkan saya?! Sebab saya bukan Emma ke Iz?! Is that why?!” Jerit Laila, dia berdiri selangkah di belakang Iz.
Iz berpaling, “Stop it, Laila.” Ujarnya perlahan, tidak ingin berbalah.
“NO! You stop it!” Balas Laila tidak ingin berdalih. “Tell me, Iz! Kenapa awak susah sangat nak terima saya?!” Jeritnya lagi sambil teresak-esak.
“Okay fine!” Iz memegang bahu Laila. “Kau nak tahu sangatkan? Then listen to me clearly because I'll only say this once. Aku tak boleh nak suka kau, aku susah nak terima kau sebab kau bukan Emma. Sebab whatever you do, you can never be Emma! So will you quit doing all of this?!” Iz melepaskan genggamannya pada bahu Laila.
Iz membuka mulut untuk mengatakan sesuatu tetapi dia memutuskan untuk tidak berbuat apa. Dia mengeluh kecil dan berpaling semula kemudian meninggalkan Laila yang masih teresak-esak itu.
“Kalau saya tak dapat awak, Ill make sure no one will!” Ugut Laila.
Iz tetap meneruskan langkahnya. Sedikit pun tidak terancam dengan ugutan Laila itu. Laila terduduk di atas pasir pantai itu. Dia menangis semahunya.
•●•●•●•
Iz tiba di villa mereka tepat pada pukul 9. Ketika itu, kelihatannya Dylan, Rykarl dan Haziq sedang membincangkan sesuatu yang serius.
“Korang bincang apa ni?” Soal Iz dengan muka yang serius.
Haziq memberi isyarat kepada Rykarl untuk menceritakan kepada Iz, “Tadi aku nampak Niki, perempuan yang jadi penyebab Haziq kena pukul tapi masa tu aku dengar suami dia—” Rykarl diam seketika. “—aku dengar laki dia nak jual dia.” Sambung Rykarl.
“Niki?” Iz seakan pernah mendengar nama itu. “Niki isteri muda ketua human trafficking terbesar Indonesia tu ke?” Soal Iz.
Mata Haziq terbeliak, “Maksud kau? Bukan suami dia tu ahli koperat ke?”
Iz menaip sesuatu pada skrin telefonnya lalu menunjukkan sebuah gambar dari Instagram kepada mereka, “Niki yang ni ke?” Soalnya. Haziq mengangguk laju. “Yup, suami dia bukan ahli koperat. So yes, aku rasa Niki memang akan kena jual.” Jelas Iz.
Dia tahu akan hal ini kerana Niki merupakan kenalan kepada rakannya ketika belajar bersama di Kota London dahulu. Oleh kerana rupa Iz yang kacak itu, Niki pernah juga menghantar pesanan ringkas kepadanya melalui Instagram dahulu.
“So..” Rykarl bangun dari duduknya lalu meregangkan badannya. “Jomlah selamatkan ex si Haziq tu. Aku pun dah lama tak jadi Batman ni.” Rykarl dengan selambanya berkata.
Haziq bangun dari duduknya, “I'm in.”
Dylan berfikir sejenak, “Fine, I'm in tapi kalau Emma marah aku, korang kena back up aku tau.” Beritahu Dylan. Dia teringat semula muka Emma yang berubah menjadi valak apabila marah itu dan membuatkan bulu romanya meremang.
“Ah, takde hal lah!” Balas Haziq. Mereka bertiga melihat ke arah Iz yang berdiri kaku itu. “Kau?” Soal Haziq.
“Aduhh!” Iz menggaru kepalanya. “Yelah, yelah aku ikut sekali! Korang ni memang gila lah! Aku dah cakapkan dia tu ketua gangster, mestilah dia ada banyak anak buah. Korang ni memang nak cari nahaslah.” Rungut Iz.
“Alah, macamlah kau tak biasa kena pukul. Masa kita high school dulu pun selalu juga gaduhkan?” Balas Rykarl selamba.
Dia teringat masa dahulu mereka bergaduh di kawasan sekolah. Maklumlah, mereka semua belajar di negara barat dan pelajar pun semuanya memang hendak tunjuk perangai samseng. Lebih kelakar lagi apabila rupa mereka empat yang tampan itu menjadi penyebab pergaduhan itu berlaku.
“Yelah, yelah. Jom.”
•●•●•●•
• Next chapter will be filled with action and will be update in 20 minutes (again hahahahaha) 😂
![](https://img.wattpad.com/cover/113324038-288-k244374.jpg)
YOU ARE READING
Surgeon In Love
RomanceHighest Ranked #25 in Romance ------ Emma Mikayla baru sahaja ditugaskan di sebuah hospital swasta sebagai Thoracic Surgeon. Dia menyangka bahawa hospital tersebut hanyalah hospital swasta yang biasa namun sangkaannya salah. Hospital tersebut mem...