• Part XVIII •

12.4K 766 22
                                    

Dylan baring berbantalkan lengannya. Bilik tidurnya hanya diterangi oleh cahaya malap daripada lampu tidurnya. Tiba-tiba, lagu tema Spongebob Squarepants menerobosi pintu biliknya.

Dylan menggaru kepalanya lalu mengatur langkah menuju ke ruang tamu. Di ruang tamu pula, hanya cahaya dari skrin televisyen yang memaparkan siri animasi Spongebob Squarepants menerangi bahagian rumah itu.

Dylan mengerling ke arah Emma yang sudah pun terlena. Dia kemudiannya menggapai alat kawalan jauh televisyen lalu mematikan televisyen itu. Kini, bahagian ruang tamu amat malap. Dylan baru sahaja hendak berlalu masuk ke dalam biliknya semula tetapi langkahnya terhenti apabila Emma kelihatannya kesejukan.

“Haih, budak ni!” Keluh Dylan perlahan.

Dylan masuk ke dalam biliknya lalu membawa keluar semula sehelai selimut tebal bercorak kartun Shaun The Sheep. Dia membentangkan selimut itu di badan Emma sehingga menutupi bahagian dadanya.

Dylan merenung lama wajah Emma. Tiba-tiba, mata Emma terbuka luas.

“AHHH!” Jerit Emma lalu menendang perut Dylan.

Emma segera membaling selimutnya ke arah Dylan sehinggakan selimut itu melitupi seluruh anggota badan Dylan. Emma memukul badan Dylan.

“Kak Danielle!!!” Jerit Emma sambil tangannya masih memukul badan Dylan.

Danielle tiba di ruang tamu lalu menghidupkan suis lampu. Dia segera merapati Emma yang kelihatannya sedang memukul seseorang disebalik selimut itu.

“Kenapa ni Emma?” Soal Danielle, panik.

“Dia ni perompak, Kak! Dia nak sentuh Emma tadi!” Balas Emma sambil mencubit-cubit tubuh badan orang tersebut.

“WOI! Ini akulah!” Suara itu membuatkan Emma berhenti memukulnya.

Emma menelan air liur. Danielle sudah pun asyik dengan tawanya. Emma perlahan-lahan membuka selimut yang menyelimuti wajah milik perompak yang sebenarnya Dylan itu.

“Puas kau pukul aku?” Soal Dylan sambil memegang pipi sebelah kanan yang kini lebam itu.

Emma menekup mulutnya. Dia perlahan-lahan merapatkan mukanya dengan Dylan. “Sakit ke?” Soal Emma perlahan dengan muka yang tidak bersalah.

Danielle semakin tertawa apabila mendengar soalan cepumas Emma itu.

•●•●•●•

Emma mengetuk perlahan pintu bilik Dylan lalu dia membuka pintu itu. Dylan kelihatannya sedang duduk di atas katil sambil memegang pipinya yang lebam. Emma merapati Dylan. Di tangannya, terdapat peti pertolongan cemas.

“Boleh saya duduk?” Soal Emma. Dylan sekadar mendengus kasar. Emma pun melabuhkan punggungnya di sebelah Dylan. “May I?” Soal Emma.

Dylan menurunkan tangannya. Emma tersenyum kecil lalu memegang bekas lebam pada pipi sebelah kiri Dylan itu. Dylan mengadu sakit.

Emma tertawa kecil lalu mengeluarkan ubat sapuan dari dalam peti pertolongan cemas. Dia membasahkan kapas dengan ubat itu lalu disapunya pada bekas lebam Dylan.

“Sorry sebab saya tak sengaja pukul awak.” Ujar Emma sambil mengubati pipi Dylan. “Dah awak tu terhendap-hendap macam perompak, mestilah saya terkejut.” Tambahnya lagi.

Dylan mendiamkan diri.

“Merajuk ke?” Soal Emma, sengaja hendak mengusik Dylan.

Dylan masih berdiam diri.

Emma akhirnya selesai menyapu ubat pada pipi Dylan. Dia membuang kapas itu lalu meletakkan semula ubat sapuan itu ke dalam peti pertolongan cemas.

“Terima kasih untuk selimut corak kambing yang cute tu.” Ucap Emma.

“It's kambing biri-biri, bukannya kambing je.” Balas Dylan.

Emma ketawa mengekek, “Ingatkan dah bisu tadi. Tak sangka pula sebab nak berbalah pasal kambing, awak terus keluarkan suara.” Usik Emma lagi.

“It's kambing biri-biri!” Gumam Dylan.

Emma tertawa, “Okay, okay. It's kambing biri-biri.” Emma mengajuk percakapan Dylan lalu bangun dari katil Dylan. “Saya nak masuk tidur dulu. Awak pun tidurlah.” Beritahu Emma. “Selamat malam.” Tambahnya sebelum menutup pintu bilik Dylan dengan rapat.

•●•●•●•

Dylan membawa dulang yang menatang makanan tengaharinya menuju ke meja yang diduduki oleh tiga orang lagi jejaka. Dylan meletakkan makanannya di atas meja lalu melabuhkan punggungnya.

“Kenapa dengan pipi kau tu?” Soal Rykarl sambil mengunyah buah honeydew.

Dylan tiba-tiba meletuskan tawa apabila teringat akan peristiwa Emma menyangkanya perompak itu. Dia kemudiannya menggelengkan kepala dan mengukirkan senyuman.

“Orang tanya, dia ketawa pula. Bila orang ketawa, dia tanya pula.” Rykarl menggelengkan kepalanya.

“By the way, korang ada dengar apa-apa pasal Emma tak? Aku dengar, dia tengah pergi vacation.” Haziq tiba-tiba menyampuk.

Dylan menoleh ke arah Iz, “Kau tahu ke dia tengah pergi vacation?” Soal Dylan.

Iz tertawa sinis, “Buat apa aku nak ambil tahu?” Soal Iz kembali, membuatkan mereka bertiga tergamam. “Korang tak payah risaulah. Perhaps she's running away with her boyfriend.” Tambah Iz.

Hati Dylan tiba-tiba berasa panas. Tanpa disedarinya, tangannya sudah pun mengenggam kolar baju milik Iz dan tangannya digenggam kuat sambil diacukan ke arah muka Iz.

Apabila menyedari akan perubahan dirinya yang mendadak itu, Dylan melepaskan kolar Iz lalu menarik nafas panjang. Dia bangun dari tempat duduknya.

“I gotta go.” Ujar Dylan. “Oh and one more thing, Iz? Emma really loves you that she's hurting so much. She even stepped on a glass and feel nothing because the pain that you caused, hurt her much more.” Beritahu Dylan. Dia tidak menghiraukan semua perhatian. “You're seriously being a jerk right now.” Tambah Dylan kemudiannya berlalu pergi.

Iz tertawa sinis, “Well, that just happened.” Ujarnya dengan selamba.

Rykarl menepuk tangannya, “Kau—” Rykarl menudingkan jarinya ke muka Iz. “—memang tak guna and I'm saying this as your best friend.” Rykarl turut beredar dari situ meninggalkan Iz dan Haziq berduaan.

“Aku tak fahamlah, Iz.” Haziq bersuara. “One day, kau act macam dunia kau akan hancur bila Emma takde. Then the next day, kau boleh act macam Emma tu hanya chapter dalam novel yang perlu kau baca sekali then tinggalkan macam tu je.” Haziq bangun dari kerusinya. “Dengan perangai kau yang fake ni, aku tak rasa Emma selamanya nak stay dalam kisah fiksyen kau yang takde happy ending. You better be yourself again, Iz.” Haziq menepuk bahu Iz dan beredar.

Iz mengeluh. Dia tahu apa yang dikatakan Haziq malahan Rykarl dan Dylan itu adalah benar. Akan tetapi, dia takut, jika dia tidak menjadi seperti dirinya sekarang, dia sendiri akan musnah.

•●•●•●•

Double update and it's 12 freaking AM. Apakah salahku sehinggakan insomnia menghukumku sedemikian? 😩😭 eh dramatik pula 😅😂 Anyway, jgn lupa vote tau 🙆🌟

Surgeon In LoveWhere stories live. Discover now