“Bookstore?” Emma mengerutkan dahinya lalu menghadapkan mukanya ke arah Iz yang berdiri di sampingnya. “Dr. Iz bawa saya keluar pergi bookstore?” Soalnya sekali lagi dengan kening terjongket.
Iz mengangguk kecil, “Kenapa? Awak fikir saya nak bawa awak pergi fancy dinner ke?” Iz mengusiknya.
Wajah Emma berona merah, “Eh, mana ada! Cuma takdelah terfikir doktor nak bawa saya datang sini.” Ujarnya perlahan kerana malu.
Iz tertawa kecil, “Sepatutnya awak bersyukur tau sebab saya bawa awak pergi one of my favorite place.” Balas Iz, sedikit terhibur dengan kehadiran Emma. “Jom.” Iz menarik tangan Emma masuk ke dalam bookstore tersebut.
•●•●•●•
Sheeyra kembali semula ke dalam ruang mesyuarat itu setelah bertekak dengan Emma. Dylan yang baru sahaja hendak meninggalkan bilik itu terhenti apabila melihat Sheeyra yang tidak menyedari kehadiran Dylan.
Dylan tergerak dari tempat dia berdiri apabila Sheeyra rebah terduduk di atas lantai. Kaki Dylan terhenti sekali lagi apabila Sheeyra mulai menangis teresak-esak. Sheeyra memeluk kakinya dan menyembam mukanya pada lututnya.
Dylan mengeluh kecil dan menghampiri Sheeyra perlahan-lahan. Dia duduk di atas lantai bersebelahan dengan Sheeyra yang asyik dengan tangisannya. Dylan mengeluarkan sehelai sapu tangan dari dari poket kot putihnya itu.
“Dahlah tu.” Tegur Dylan.
Sheeyra mengangkat mukanya dan terkedu apabila melihat Dylan sedang duduk bersamanya di atas lantai itu. Dylan menggunakan sapu tangannya untuk mengelap maskara Sheeyra yang kini rosak dan meninggalkan kesan hitam pada bawah matanya.
“Kau nampak hodoh sangatlah bila nangis. At least bila kau menggedik, takdelah nampak sebiji macam hantu.” Dylan bergurau sambil membersihkan kesan maskara pada muka Sheeyra.
Sheeyra merampas sapu tangan Dylan, “Awak pergilah. Saya tak suka awak layan saya macam ni.” Ujar Sheeyra, dia mengelap maskara pada bawah matanya.
“Bukan ke kau nak sangat aku care pasal kau?” Soal Dylan.
Sheeyra mengeluh, “Memang saya nak awak care pasal saya, sayang saya macam mana saya care and sayang awak tapi kalau boleh, saya tak nak awak care dan sayang saya sebab rasa simpati. I want to feel real love, not the one based on sympathy.” Balas Sheeyra, dia menggengam sapu tangan berwarna navy blue itu dengan erat.
“You'll thank me one day for this.” Ujar Dylan. Dia menolak kepala Sheeyra agak menyandar pada bahunya. “Kau nangislah. Nangis sampai tak boleh nangis lagi.” Kata Dylan perlahan.
“Dylan—”
“Kau tak payah risaulah. Kalau kau nangis kat bahu aku macam ni, aku tak boleh nak nampak muka kau yang sebiji macam hantu tu. That way, I assure you yang aku care pasal kau bukan sebab sympathy tapi sebab kau ada untuk aku selama ni.” Bisik Dylan lalu menarik nafas dengan dalam. “Kau pun tahukan ego aku besar mana, aku tak pandai nak suarakan rasa bersyukur aku sebab ada kawan yang selalu menggedik dengan aku but at the same time care pasal aku. So kau anggap je lah this is the way I'm thanking you.” Kata-katanya ikhlas dari sudut hatinya yang paling dalam.
Sheeyra mengukirkan senyuman kecil. Pada masa yang sama, setitis air mata jatuh di pipi mulusnya.
•●•●•●•
“So, Dr. Iz nak cari buku yang macam mana?” Soal Emma sambil membelek buku-buku yang terdapat di rak buku dalam kedai buku yang mereka kunjungi.
“Isn't it obvious?” Balas Iz menjongket kening. Emma tertawa mempamerkan giginya. “By the way, kita kan outside tempat kerja, tak payahlah nak formal sangat. Panggil ‘saya awak’ pun dah ok.” Tambah Iz lagi.
Emma membelek-belek buku di rak buku tersebut. Tiba-tiba, tangannya terhenti apabila dia menyentuh sebuah buku. Emma mengambil buku tersebut lalu memberikannya pada Iz.
“Eliza and Her Monsters?” Iz membaca tajuk buku itu.
“By Francesca Zappia. It's a very great book.” Emma memaksakan senyuman kecil untuk terbit pada bibirnya.
Iz mengangguk faham lalu membelek buku lain yang terdapat di rak buku itu, “Nah.” Iz memberikan buku yang bertajuk Holding Up The Universe yang merupakan karya Jennifer Niven. “You'll know that you're not the only one going through it.” Tambah Iz.
“Maksud awak?” Emma sedikit keliru.
Iz menggeleng kepalanya, “I'll pay for this. Awak tunggu sini.”
Emma masih keliru tetapi dia mengabaikan rasa itu.
•●•●•●•
Afaaf melabuhkan punggungnya pada park bench di taman itu. Waktu itu merupakan lunch break dan dia tidak mempunyai selera untuk makan dan akhirnya memutuskan untuk ke taman yang terletak di hospital itu.
Tiba-tiba, dia rasa seseorang menarik hujung lengan bajunya. Afaaf membuka matanya dan hairan apabila seorang budak kecil yang merupakan pesakit hospital itu berdiri di hadapannya. Budak itu memberi Afaaf sekotak coklat dengan nota yang dilekatkan pada penutup kotak coklat itu.
“For me?” Soal Afaaf. Budak tersebut tersenyum lalu berlari dari situ. Afaaf membaca nota pada kotak coklat itu. “Aren't you hungry? Eat.” Afaaf mengerutkan dahinya. Dia melihat semula ke arah budak itu dan dia kini berada bersama Rykarl. “Dr. Rykarl? He gave this to me?” Afaaf menyoal dirinya sendiri.
Dia bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arah budak lelaki tersebut dan Rykarl. Kerana tergesa-gesa, Afaaf terlanggar seorang pesakit yang menggunakan kerusi roda.
“Sorry, cik tak apa-apa ke?” Soal Afaaf. Pesakit tersebut menggelengkan kepalanya. “Hati-hati.” Pesan Afaaf sebelum pesakit tersebut berlalu pergi.
Afaaf melihat semula ke arah Rykarl tetapi mereka sudah pun hilang dari pandangan. Afaaf mengeluh.
•●•●•●•
Emma dan Iz menikmati aiskrim mereka sambil duduk di park bench berdekatan sebuah fountain. Setelah selesai membeli buku, mereka memutuskan untuk bersiar-siar. Iz memandang Emma yang asyik dengan aiskrimnya. Iz tertawa kecil lalu mengeluarkan sehelai sapu tangan.
Iz mengelap hujung bibir Emma, “Comot.” Beritahunya.
Emma tersenyum lebar menampakkan giginya dan berlagak seperti kebudak-budakkan. Dia kemudiannya meneruskan sesi menikmati aiskrim perisa coffeenya itu.
“Kenapa awak bercakap dengan saya eh?” Soal Emma secara tiba-tiba. “I mean, setahu saya awak ni jenis yang pendiam, dark and mysterious. Then, now kita tengah keluar bersama. I'm just tertanya-tanya.” Tambahnya lagi lalu menjilat aiskrimnya.
Iz diam sejenak, “Sebab saya nak kenal awak dengan lebih dalam.” Balas Iz, membuatkan Emma tergamam.
“Excuse me?” Mereka disapa oleh seseorang. “Dr. Iz kan?” Soal gadis tersebut. Iz mengangguk. “Dr. Iz dengan Dr. Emma bercinta ke?” Soal gadis itu tanpa berlengah.
Iz meletakkan lengannya mengelilingi bahu Emma, “Yes—” Iz memandang mata Emma. “We're dating.”
•●•●•●•
• OMG! Betul ke Emma dgn Iz ni tengah bercinta? Ke baru nak bercinta? Untunglah bahagia 😋😆 Anyway, jgn lupa vote tau. Tak usahlah berminat sgt jadi silent reader tu, okay? 👌
YOU ARE READING
Surgeon In Love
RomanceHighest Ranked #25 in Romance ------ Emma Mikayla baru sahaja ditugaskan di sebuah hospital swasta sebagai Thoracic Surgeon. Dia menyangka bahawa hospital tersebut hanyalah hospital swasta yang biasa namun sangkaannya salah. Hospital tersebut mem...