• Part LVII •

10.7K 461 5
                                    

“Jazmin, tunggu!” Panggil Rykarl. Dia mengatur langkah laju mendekati Jazmin yang sudah pun berdiri pada tempatnya. “We need to talk.” Beritahu Rykarl.

Jazmin melihat sekelilingnya dan mendapati semua mata sedang memandang mereka. Jazmin mengeluh lalu menoleh semula ke arah Rykarl. “Kita cakap kat tempat lain jelah. Kat sini tak sesuai.” Ujarnya.

“Oh, okay.” Rykarl akur. “Jom?”

Jazmin mengangguk kecil lalu berjalan mendahului Rykarl.

•●•●•●•

Haziq berjalan menuju ke arah Nurse Station. Seorang jururawat memintanya untuk menyemak sebuah fail apabila dia berjalan melintasi Nurse Station tersebut. Haziq tekun membaca isi kandungan fail tersebut apabila secara tiba-tiba seseorang meraih lengannya.

“Haziq!” Seru Danielle sambil tersenyum lebar.

“Amboi, sweetnya Dr. Haziq dengan Dr. Danielle ni! Nampak cocok sangat!” Puji jururawat tersebut.

Danielle mulalah tersenyum sumbing apabila dipuji sebegitu. Haziq pula berasa kurang selesa. Dia mempercepatkan kerjanya untuk menyemak fail tersebut lalu diberikannya semula kepada jururawat tadi.

“Danielle?” Haziq menarik semula lengannya. “A word, please?” Ujar Haziq dengan muka yang serius.

Haziq berlalu pergi mendahului Danielle. Danielle pula seakan tahu apa yang ingin Haziq katakan hanya mampu mengeluh sahaja.

•●•●•●•

Jazmin dan Rykarl duduk semeja di kafe yang sering mereka kunjungi. Kafe tersebut ditutup sepanjang minggu lalu untuk pengubahsuaian. Terasa bagaikan setahun mereka berdua tidak mengunjungi tempat tersebut.

Seorang pelayan muncul di hadapan mereka, “Special Tea for me and—” Rykarl mendongak lalu memandang pelayan tersebut. “Honeydew Juice untuk dia.” Tambahnya kemudian melihat semula ke arah Jazmin. “Your favourite, right?” Soalnya dengan senyuman. Jazmin membuang pandangannya ke arah lain membuatkan Rykarl tersenyum hambar. “That's all for now. Thank you.” Ujar Rykarl kepada pelayan tersebut.

“So, cakaplah apa yang awak nak cakap. Saya takde banyak masa.” Beritahu Jazmin apabila pelayan tersebut pergi meninggalkan mereka.

Rykarl menarik nafas dengan dalam, “Okay macam ni. I'm very sorry about what I did the other night. Saya betul-betul tak sengaja and saya tak bermaksud pun nak buat awak rasa macam tu.” Jelas Rykarl.

“Kalau awak nak cakap pasal ni je—”

“No. Just let me finish okay?” Ujar Rykarl. Jazmin mengangguk kecil. “Saya tak tahu kenapa saya emosional sangat malam tu. Maybe it's because I thought were having a moment and then suddenly, dia muncul entah dari mana buat awak marah—and I just sort of lost control.” Jelas Rykarl.

Jazmin mengangguk faham. “That's all?” Soalnya, menggigit pipi dalamannya.

“No.” Nafi Rykarl. “I know why I lost control—because I love you.” Bahu Jazmin menjadi tegang apabila mendengar pengakuan Rykarl. “Saya tahu yang awak tak rasa sama tapi—”

“Susah sangat ke nak mengaku yang awak sayangkan saya?” Soal Jazmin secara tiba-tiba. Lidah Rykarl menjadi kelu. “Selama ni saya tunggu awak mengaku yang awak sayangkan saya—and you actually decided to do it now? Seriously Rykarl?” Jazmin mengeluh.

“Awak—”

“Yes. Saya dah lama sukakan awak. Since that day awak cuba untuk tenangkan saya bila Ashraf pergi but saya tak nak admit perasaan saya kat awak sebab saya takut sangat yang awak tak rasa sama macam apa yang saya rasa.” Cantas Jazmin.

Rykarl mengukirkan senyuman gembira, “Then marry me!” Ujar Rykarl.

Jazmin tertawa kecil, “Where's the ring?” Guraunya.

Rykarl menepuk dahinya lalu menyelongkar sesuatu dalam blazernya. Dia mengeluarkan sebuah kotak kecil lalu dibukanya. Terserlah sebentuk cincin bertatahkan permata jernih. Rykarl menyuakan kotak tersebut ke arah Jazmin.

Jazmin menekup mulut dek kerana terkejut. Semua yang berada di dalam kafe tersebut mengalihkan perhatian mereka pada Rykarl dan Jazmin. Semua berbisik dan ada juga yang tersenyum berharap agar Jazmin berkata iya.

“Jazmin Inaya, will you be my wife and the mother of our future children?” Soal Rykarl penuh berharap.

Jazmin menutup matanya sambil menarik nafas dengan dalam. Dia membuka matanya semula. “Yes, I would love to.”

•●•●•●•

Emma baru sahaja hendak bertolak ke hospital untuk melawat Tengku Shamri. Dia fokus melihat ke arah skrin telefonnya yang mempamerkan sebentuk cincin pada jari manis Jazmin. Langkah Emma terhenti apabila seseorang menghalang jalannya.

Emma mendongak. Matanya terbeliak apabila melihat wajah yang amat dirinduinya itu kini berada di hadapannya. Nafas Emma bagaikan tersekat apabila melihat wajah itu semula. Dia menggagahkan dirinya untuk berjalan terus tetapi dihentikan oleh orang tersebut.

“Awak nak apa?” Soal Emma, tidak berminat.

“Saya nakkan peluang saya.” Beritahu Dylan perlahan. “Give me a chance to love you, for real this time.” Tambahnya lagi. Matanya penuh berharap.

Emma mengetap bibir. “I need time, Dylan.” Suara Emma bertukar serak.

Hati Dylan hancur. Dia bagaikan mampu mendengar hatinya yang berkecai itu. Dia mengangguk faham lalu bergerak ke tepi untuk memberi Emma laluan. Emma sempat mengerling ke arah Dylan. Hatinya bagaikan meronta ingin kembali kepada Dylan tetapi dia perlukan masa untuk berfikir.

Emma memegang erat beg tangannya lalu meneruskan perjalanannya, meninggalkan Dylan.

•●•●•●•

“Danielle, saya—”

“Opps, saya ada kerja nak buat. Kita cakap lain kali jelah, eh?” Ujar Danielle kepada Haziq lalu berpaling darinya untuk berlalu pergi.

“Danielle Fayra!” Panggil Haziq.

“Please jangan panggil saya macam tu.” Danielle mengeluh lalu menoleh semula ke arah Haziq. “The last time you call me like that, hati saya hancur. So please.” Rayunya.

Haziq maju selangkah mendekati Danielle. “Danielle, I'm so sorry. Yes, saya akui yang saya memang pernah suka kat awak but that feeling doesn't last long.” Ujar Haziq diikuti keluhan. “Awak pun tahukan yang saya sayangkan Afaaf and saya tak nak sesiapa pun selain dia? So kenapa awak masih tertunggu saya lagi?” Soal Haziq.

“Because I'm stupid when it comes to love?” Balas Danielle tanpa berfikir. Haziq tersenyum pahit. “Afaaf is very lucky, you know. Dia dapat seorang lelaki yang sayang sangat kat dia. Bukan semua orang bertuah macam dia.” Tambah Danielle lagi. “Awak jangan risaulah. Saya takkan ganggu korang dua lagi.”

Haziq mengangguk faham, “Terima kasih.” Ucapnya.

“Awak pergilah dulu. Saya—I need a moment alone.” Danielle memutuskan untuk jujur.

Haziq sekali lagi mengangguk faham. Dia menghadiahkan senyuman terima kasih kepada Danielle dan berlalu pergi dari situ. Danielle terduduk pada sebuah kerusi. Dia meraup mukanya sambil mengeluh. Bunyi deheman seseorang mengejutkannya. Dia membuka matanya dan mendapati sehelai sapu tangan dihulurkan kepadanya.

Dia mendongak, “Awak?”

•●•●•●•

Okay, Jazmin dah dpt happy ending dia yeahh tepuk ciked 👏 Anyway, i'm thinking abt writing a story tmpat utk saya merapu and bahas ttg benda benda yg viral skrg ni. what do you think? 😂🔫

Surgeon In LoveWhere stories live. Discover now