Rykarl duduk di sofa sambil matanya tertutup rapat manakala Dylan pula duduk di atas meja sambil melontarkan sebiji bola tenis ke udara. Mereka sedang menunggu kedatangan Iz dan Haziq.
Tiba-tiba, pintu ruangan pejabat Dylan dikuak luas dan menampakkan wajah Iz. Malangnya, Haziq tiada bersamanya.
Dylan mengeluh kecil, “Kau rasa dia pergi mana eh? Dah dua hari dah dia tak masuk kerja.” Dylan merujuk kepada Haziq.
Rykarl diam membisu, namun keluhan juga turut dia helakan. Iz pula menjongket bahu kerana dia juga tidak tahu menahu ke mana hilangnya Haziq sehinggakan dia tidak menghadirkan diri selama dua hari berturut.
“This is really bad.” Nyata Dylan.
Iz teringat sesuatu, “Emma bagitahu aku Afaaf pun on leave untuk seminggu.” Beritahu Iz.
“Dia bagitahu kau?” Dylan berasa tidak senang duduk apabila mendengar akan hal itu. Dia membetulkan kedudukan tali lehernya.
“So maksud kau, Haziq hilang dua hari ni ada kaitan dengan Afaaf?” Rykarl kembali bersuara. Matanya dicelikkan.
Iz mengangguk, “Kau ada dengar apa-apa gosip ke? Kot dorang gaduh ke?” Soal Iz, tangannya diselukkan ke dalam poket.
Rykarl mengeluh lalu menganggukkan kepalanya. “Aku ada dengar, Afaaf gaduh dengan Haziq kat kafeteria hari tu.” Beritahunya. “Tak silap aku, Afaaf reject Haziq at the same time. It must've broke him really bad.” Tambah Rykarl lagi.
Iz dan Dylan menganggukkan kepala mereka. Mereka bertiga tahu Haziq mula menyukai Afaaf sejak tiga tahun yang lalu lagi, mungkin Haziq terlalu terkesan akan cara penolakan cintanya oleh Afaaf.
“Let's just go to his place, shall we?” Cadang Rykarl.
Dylan dan Iz mengangguk setuju.
•●•●•●•
Emma berjalan menuju ke arah bar kafe yang dikunjunginya itu. Dia duduk di sebuah kerusi lalu meletakkan purse miliknya di atas kaunter bar itu.
“Can I help you with your order, miss?” Soal pelayan bar itu.
“Coke would be nice, thank you.” Beritahu Emma.
Tidak lama kemudian, pelayan bar tersebut kembali dengan setin coca cola dan gelas yang berisi dengan kiub ais. Emma membuka tin coca colanya lalu menuang air berkarbonat itu ke dalam gelas tersebut.
“Dr. Emma?!” Sapa seseorang.
Emma melihat ke arah empunya suara itu. “Eh, hai!” Balas Emma. “Dr. Haziq buat apa kat sini?” Soal Emma, sedikit terperanjat apabila Haziq muncul di kafe tersebut.
“Saya tengah—I dont know.” Haziq tertawa.
“Ha-ha, funny!” Balas Emma. Emma melihat ke arah gelas berisi air berwarna karamel jernih yang dipegang oleh Haziq, “You drink?” Emma berasa agak tidak selesa.
Haziq meletakkan gelas tersebut di atas kaunter bar itu setelah melabuhkan punggungnya pada sebuah kerusi bersebelahan Emma. “This is jus epal. Shh, jangan bagitahu siapa-siapa tau!” Haziq tersenyum.
Emma menghela nafas lega. Dia menunjukkan isyarat ‘ok’ ke arah Haziq lalu menghirup coca colanya. Tiba-tiba, lagu Pumped Up Kicks yang dinyanyikan oleh Foster The People diputarkan oleh DJ kafe tersebut.
“Oh my god! I love this song!” Beritahu Emma sambil menggerakkan badannya mengikut rentak lagu.
“Really?” Kata Haziq. “Jom dance.” Ajaknya.
Emma tertawa sambil menggelengkan kepalanya, “Dr. Haziq, you do know saya ni girlfriend Iz a.k.a bestfriend awakkan?” Soal Emma, lebih kepada untuk memberitahu Haziq sekiranya dia tidak tahu.
“Alah, terlepaslah peluang!” Haziq pura-pura kecewa. So memandangkan you're my best friend's girlfriend and we will never be in love with each other, apa kata kita guna ‘kau aku’ je?” Cadang Haziq.
“Oh my god, Dr. Haziq! Are you friendzoning me?” Emma turut berpura-pura kecewa. Mereka berdua meletuskan tawa. “So, kau buat apa kat sini?” Soal Emma, dia mula menggunakan kata ganti nama diri yang dicadangkan oleh Haziq.
Haziq memegang gelasnya sambil merenung air berwarna karamel jernih itu, “Entahlah. Aku rasa aku cuma nak lari dari masalah kot.” Balasnya diikuti keluhan. “Kau pula buat apa kat sini? Bukan ke kau tengah bahagia dengan boyfriend kau tu?” Soal Haziq pula.
“Tengku Shamri tak suka aku dengan Iz.” Beritahu Emma.
“Eh, dah kenapa pula Tengku Shamri tak suka kau dengan Iz?” Haziq berasa ingin tahu. “Tengku Shamri tu sugar daddy kau ke?” Haziq merendahkan suaranya.
“Sugar daddy palabana kau!” Emma meninggikan suaranya.
“Hashtag, hakak mohon chill.” Haziq mengusik Emma. “Dah tu kenapa?” Soal Haziq kembali.
“Tengku Shamri tu— Dia ayah aku.” Beritahu Emma.
Haziq terbatuk-batuk apabila proses menelan jus epalnya tidak berjalan lancar akibat daripada kejutan yang diberikan oleh Emma. “Biar benar weh?!” Mata Haziq terbeliak.
“Betullah.” Emma mengiyakan sekali lagi. “And now aku seriously tak tahu kenapa Tengku Shamri tak suka aku dengan Iz. I mean, he gave me a month to find myself a so-called-future-husband and hujung minggu ni, tempoh sebulan tu akan tamat. Kalau aku tak jumpa lelaki selain Iz, Tengku Shamri said—” Emma mematikan ayatnya.
“Tengku Shamri said what?” Soal Haziq.
Emma menghela nafas dalam, “He said aku kena kahwin dengan Dylan and aku seriously takde feeling towards Dylan. Marriage ni bukannya boleh bawa main. Macam mana aku nak hidup dengan orang yang selalu sangat cari kesalahan aku? It'd be hell.” Emma menyatakan rasa tidak puas hatinya.
Haziq memegang bahu Emma, “Kau sayang Iz?” Soal Haziq. Emma mengangguk. “Kalau macam tu, kau kena fight balik. Jangan biarkan ayah kau menang or else, kau juga yang merana. Even if kau setuju nak kahwin dengan Dylan, kau takkan bahagia. Aku kenal Dylan and aku berani cakap yang dia bukan jenis yang percaya dengan bab-bab cinta ni. Making him fall in love with you is impossible.” Nasihat Haziq lalu menurunkan tangannya dari bahu Emma.
Emma mengangguk sambil tersenyum, “Kau sayang Afaaf?” Soal Emma secara tiba-tiba. Haziq tergamam. “Kalau kau nak aku fight untuk Iz, kau kena fight untuk Afaaf. Aku tahu Afaaf sayangkan kau, cuma dia tak sedar lagi.” Nasihat Emma pula.
Haziq tersenyum hambar.
•●•●•●•
Haziq memasukkan ‘4937’ sebagai kata kunci pintu utama rumahnya. Setelah itu, dia masuk ke dalam rumah. Haziq agak hairan apabila lampu rumah itu semuanya dinyalakan walhal dia tidak pulang ke rumah sejak pagi tadi.
“Kau dari mana ni?” Soal Dylan yang sedang bersandar pada dinding.
Haziq sedikit pun tidak terkejut. “None of your business.” Balas Haziq.
Dylan yang tadinya kelihatan tenang mulai serius. Iz, Rykarl dan Dylan bertukar pandangan gelisah. Mereka tahu, Haziq sudah kembali menjadi dirinya yang dahulu; lelaki yang diklasifikasikan sebagai buaya darat.
•●•●•●•
•So, malangnya saya insomniac. meaning; takleh tidur mlm. that's why mata macam panda tapi panda comel apa. thank you kpd smua yg support cite ni and yang wish me goodluck pt3. I really appreciate it. Alhamdulillah, pembentangan sejarah dah pass walaupun suara tak kuat but saya habiskan pembentangan tu dalam masa kurang drpd 4 minit 😆🎉 anyway, the next chapter is my fav!!! but tak sure lagi bila dpt update. maybe esok mlm kot. jangan lupa vote 🌟
YOU ARE READING
Surgeon In Love
RomanceHighest Ranked #25 in Romance ------ Emma Mikayla baru sahaja ditugaskan di sebuah hospital swasta sebagai Thoracic Surgeon. Dia menyangka bahawa hospital tersebut hanyalah hospital swasta yang biasa namun sangkaannya salah. Hospital tersebut mem...