• Part XLI •

10.2K 529 7
                                    

Takkan surgeon makan Maggie Cup je.” Ujar suara itu sinis.

Dylan mengangkat wajahnya. Matanya terbuntang. “Kau?!”

“Nice to meet you again, Dr. Dylan Fazley.” Tambah lelaki yang kini menyelesakan dirinya duduk berhadapan Dylan.

Dylan menggenggam garfu pakai buang di tangannya dengan kuat sehinggakan garfu tersebut retak. “Kau buat apa kat sini?” Dylan menggetap gigi.

Lelaki tersebut memburaikan tawa, “Bila aku tahu kau sekarang dah kerja kat Redwood Specialist Hospital, aku rasa macam tertarik pula nak stay kat Malaysia ni.” Dia tersenyum sinis. “Lebih-lebih lagi bila aku dapat tahu yang Dr. Dylan Fazley dah bergelar suami kepada anak pengarah Redwood Specialist Hospital. Good game, bro.” Dia menepuk tangannya sambil tersenyum sinis.

Dylan memandang lelaki di hadapannya itu dengan pandangan yang sama acap kali mereka bertemu. Pandangan yang penuh dengan dendam dan amarah. Senyuman sinis lelaki tersebut semakin ligat bermain di bibir apabila Dylan memandangnya sedemikian.

“Well, aku dah nak kena pergi.” Lelaki tersebut bangun untuk meninggalkan Dylan. “Esok ada appoinment dengan Professor Shamri.” Dia sengaja menambahkan kemarahan Dylan.

“I'm warning you, stay away from Emma.” Dylan memandang tajam ke arah lelaki yang baru sahaja membuka pintu untuk meninggalkan kedai 24 jam itu.

Lelaki tersebut tertawa sinis, “Ah, so nama dia Emma? How cute.” Dia kemudiannya pergi meninggalkan kedai tersebut dengan senyuman puas.

•●•●•●•

Emma membasuh cawan yang digunakannya lalu meletakkan cawan tersebut pada rak gelas. Emma keluar dari dapur setelah mematikan lampu dapur. Dia terpandang meja makan.

Dua pinggan spaghetti yang belum disentuh masih berada di atas meja makan tersebut. Emma mengeluh kecil lalu digagahkan dirinya untuk masuk ke dalam bilik tidur utama.

Dia melabuhkan dirinya pada katil lalu menarik selimut sehingga melitupi dadanya. Hanya cahaya malap daripada lampu tidur menemaninya ketika itu. Emma sesat dalam fikirannya sendiri apabila memandang siling yang gelap itu.

Tiba-tiba, terdengar pintu hadapan rumah dibuka oleh seseorang. Emma dapat mengagak bahawa ia merupakan Dylan apabila terdengar bunyi kunci kereta diletakkan di atas meja makan. Emma segera berpaling dan berpura tidur apabila Dylan merapati bilik mereka.

Dylan masuk ke dalam bilik lalu duduk di atas katil, bersebelahan Emma yang baring membelakanginya. Dylan mengangkat tangannya untuk membelai rambut Emma tetapi terhenti kerana dia tidak ingin Emma terganggu dari lenanya.

“Saya tak bermaksud pun nak tipu awak.” Ujar Dylan secara tiba-tiba. “Emma yang berpura-pura tidur itu mencuri dengar. Bila Iz cakap yang dia nak pergi, saya takut sangat kalau awak tahu—sebab saya takut sangat kalau awak decide nak ikut dia and I got nothing to do to stop you. Because deep down inside I know, awak masih sayangkan Iz. That's why you lost your mind yesterday when you found out about his resignation.” Jelas Dylan.

Emma menahan esakannya apabila air matanya mula berderaian. Dia menekup mulutnya menggunakan selimut dan berharap agar Dylan tidak mengetahui dia berpura tidur.

“Emma, I'm so sorry—because I have no choice. I'm sorry sebab saya kena lukakan hati awak. I'm sorry because I'm selfish—I'm so selfish. I'm sorry.” Bisik Dylan perlahan.

Tiba-tiba, Emma merasakan katil tersebut kosong. Emma bangun dari baringnya dan mendapati Dylan tidak lagi berada di situ. Emma menoleh ke arah pintu dan mendapati pintu bergerak, ditutup oleh Dylan.

Emma mengeluh.

•●•●•●•

Angin sepoi-sepoi bahasa meniup ke muka Iz. Dia sengaja memilih meja di luar kafe kerana baginya permandangan di luar lebih menenangkan hatinya. Dia menikmati secawan teh panas sambil memerhatikan pejalan kaki yang rata-ratanya berkulit pucat dan menggunakan bahasa asing.

Tiba-tiba, telefon milik Iz berdering. Dia mengeluarkan telefonnya lalu melihat notifikasi yang diterimanya. Secara tidak sengaja, tangannya terteka ikon galeri dan membawanya terus kepada foto-foto Emma.

Iz mengusap foto Emma pada skrin telefonnya menggunakan ibu jarinya. Sekelip mata, hatinya berasa sakit apabila teringatkan Emma bukan lagi miliknya. Dia menarik nafas dengan dalam lalu memadam semua foto Emma.

15 Photos Deleted, tertera pada skrin telefonnya. Iz meyakinkan dirinya bahawa apa yang dilakukannya ialah yang terbaik lalu membuang pandangannya pada keindahan Amstel River.

•●•●•●•

Jazmin melabuhkan punggungnya pada sofa. Dia mengelakkan bertembung mata dengan Roshdi yang sibuk menonton perlawanan bola sepak pada skrin televisyen.

“Kau nak apa?” Soal Roshdi, tidak berminat.

Jazmin menggenggam erat hujung bajunya, “Aku nak kau ceraikan aku.” Ujarnya.

Fokus Roshdi teralih, “Boleh.” Dia mengangguk. “Tapi kau kena bayar hutang bapa kau kat aku dulu.” Tambah Roshdi, tersenyum.

“Kalau aku bayar hutang bapa aku, kau kena ceraikan aku.” Jazmin cuba membuat perjanjian.

Roshdi mengangguk sekali lagi, “Okay. Nampaknya kau ni memang dah tak sabar nak bersatu dengan Dr. Rykarl Naufal tukan?” Roshdi cuba memerangkap Jazmin.

Jazmin tersenyum sinis, “Mestilah, he's a better man than you'll ever be.” Ujarnya. Roshdi mengangkat tangannya untuk menampar Jazmin tetapi terhenti. “Kenapa berhenti? Tamparlah! That's the only thing lelaki dayus macam kau tahukan?!” Jazmin meninggikan suaranya.

Roshdi tertawa, “Kau dah pandai melawan dah sekarangkan? ”

Jazmin juga tertawa, “Melawan? Encik Roshdi, did you know how many times I wish I letak racun dalam minuman you?” Jazmin cuba menakutkan lelaki di hadapannya. I“ lost count.” Jazmin tersenyum puas dan berlalu pergi dari situ.

•●•●•●•

“Kau dah dapat apa yang aku nak?” Soal lelaki yang wajahnya ditutupi oleh topi besbol.

Lelaki di hadapannya mengangguk lalu memberikannya pemacu USB kepadanya. Dia meneliti pemacu ditangannya itu dengan senyuman puas.

Dia kemudiannya membaling sampul berwarna coklat kepada lelaki di hadapannya, “Ni bayaran kau.” Beritahunya.

“Thank you, bos.” Lelaki di hadapannya tersenyum puas dan meninggalkan tempat tersebut.

Lelaki tersebut membuka topi besbolnya sambil tertawa puas. Dia meneliti pemacu USB di tangannya itu, “Dylan Fazley, akukan dah janji nak musnahkan hidup kau?” Ujarnya bersendirian. “Hm, revenge is so sweet!”

•●•●•●•

Soo cuba teka Iz kat mana? Anyway, there's watak baru. Siapa dia? Entahla, author pun tak cipta nama dia lagi 😂 ada suggestions tak?

Surgeon In LoveWhere stories live. Discover now