• Part XLII •

10.8K 569 14
                                    

Dylan terkejut dari lenanya apabila terdengar bunyi periuk di dapur. Dia bangun dari baringnya. Dia menggosok matanya yang terkena sinaran cahaya matahari yang menerobosi tingkap.

Dia bangun dan berjalan keluar dari bilik sambil menguap beberapa kali. Mata Dylan menangkap sebuah kelibat yang sedang menyelongkar kabinet dapur, mencari sesuatu.

“Emma?” Tegur Dylan, memerhatikan sekeliling dapur yang berselerak dengan kulit telur dan peralatan membuat kek. “Awak—”

“I'm sorry.” Potong Emma. “I know, I shouldn't have marah kat awak and being so emotional. I'm so sorry.” Tambahnya lagi dengan kening yang bercantuman dan isyarat tangan. “I don't know kenapa saya emosional sangat, maybe its PMS—but I—”

“Emma, chill.” Dylan mentertawakannya. “Is that—” Dylan menarik sesuatu dari rambut Emma yang berlendir dan berwarna kuning. “—telur?” Dylan mengelap tangannya pada bajunya.

Muka Emma berona merah, “Saya ingat nak show effort sikit since I'm feeling guilty. Sa-saya tak pandai masak sebab masakkan susah so saya fikir baking is a little bit easier.” Jelasnya, tersengih malu.

“So, is it easier?” Soal Dylan dengan sengaja.

Emma menggigit bibir, “Tak.” Beritahunya.

Dylan memburaikan tawa, “Dah—meh saya tolong awak.” Dylan cuba mengambil tepung dari tangan Emma.

“Eh, takpe! Saya boleh buat sendiri.” Emma mengelak.

“No, it's  okay. I'll help.” Dylan kekal dengan pendiriannya.

“No—”

“It's okay, Emma. I want to help.”

“Dylan, saya—”

“Emma—”

“Dylan—”

Tepung tersebut jatuh menyembah lantai dan pembungkus tepung tersebut meletup menyebabkan Emma dan Dylan diselubungi serbuk tepung. Emma terlopong apabila seluruh baju dan mukanya bertukar putih.

Emma mendongak dan memandang Dylan yang jelas tertulis dengan riak tidak puas hati pada mukanya. Emma memburaikan tawa, membuatkan Dylan semakin tidak puas hati.

“Barulah macam orang Swedish! Pucat sangat!” Emma tergelak melihat Dylan yang berkeadaan sama dengannya.

“Amboi, amboi! Sedapnya mengata orang!” Dylan bercekak pinggang.

“Eh, mengata ke? Mana ada!” Nafinya. Dia mula berasa gementar. Dylan maju selangkah. Emma bertindak balas dengan mencapai shower singki lalu diacukannya ke arah Dylan. “Saya tembak nanti!” Ugut Emma.

“Tembaklah!” Dylan meluru ke arah Emma.

Mengikut tindak balas semulajadi dirinya, Emma secara tidak sengaja menyemburkan air ke muka Dylan menggunakan shower. Tepung di muka Dylan menjadi lembab dan membuatnya kelihatan seperti mendapat rawatan spa muka.

“Oh my God!” Emma menelan air liur.

Dylan mengelap mukanya menggunakan hujung lengan sweaternya, “Emma Mikayla!”

•●•●•●•

“Americano for you, and Hot Chocolate for me.” Haziq meletakkan pesanan minuman mereka di atas meja.

Hari itu, Afaaf tidak bekerja. Haziq memutuskan untuk mengambil cuti agar dia boleh meluangkan masanya seharian bersama Afaaf. Afaaf menghirup Americano miliknya lalu mengukirkan senyumannya.

“Sedap ke?” Soal Haziq, ingin tahu. Dia tidak terlalu berkenan dengan apa-apa yang berperisa pahit seperti kopi.

Afaaf mengangguk, “Mestilah sedap. Tengoklah Barista dia, kacak giler.” Afaaf mengerling ke arah Barista kafe tersebut.

Haziq menolak pipi Afaaf agar menghadapnya semula, “Tak payah nak menggatal sangat.” Ujar Haziq.

Afaaf tersengih. Tiba-tiba, dia teringat akan sesuatu. “Awak tahu tak Iz kat mana sekarang?” Soal Afaaf.

Haziq menelan Hot Chocolatenya, “Tak.” Dia menggeleng.

“Seriously? Korangkan housemate, takkanlah Iz tak bagitahu?” Soal Afaaf lagi, dia tidak percaya.

Haziq menggeleng, “Nope.” Dia sengaja membunyikan ‘p’ dihujung perkataan. Haziq memandang Afaaf dengan perasaan ingin tahu. “Kenapa? Awak rindu Iz ke?”

Afaaf memukul lengan, “Eh, ke situ pula! Takdelah saya tanya je sebab Emma dah macam orang gila dah cari si Iz tu.” Beritahunya. Dia menghadiahkan jelingan tajam kepada Haziq.

Haziq mengangguk faham. Mereka beralih topik kepada topik kerja dan apa yang menjadi perhatian media massa. Seseorang yang baru sahaja membuat pembayaran di kaunter tiba-tiba ternampak Haziq. Senyuman lebar terukir di bibir.

“Haziq Arash?!” Tegur gadis tersebut.

Afaaf yang terkejut dengan kehadiran gadis tersebut memerhatikannya penuh teliti. Wajah Haziq semakin ceria apabila melihat gadis di hadapan mereka itu.

“Danielle!” Haziq memeluk gadis tersebut. “What are you doing here?!” Haziq semakin teruja.

Afaaf tergamam apabila Haziq memeluk gadis tersebut. Afaaf menggenggam jari jemarinya erat. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia menarik rambut gadis yang baginya amat gedik itu.

“I just came back from Sweden yesterday and kebetulan tengah craving sangat Hot Chocolate kat sini. I tak tahu pula yang you pun masih visit favourite cafe kita ni.” Jelas Danielle, turut sama teruja.

“Favourite cafe? Hot Chocolate? Apesal pula taste dorang dua ni sama? Ex-girlfriend Haziq ke?” Soal Afaaf dalam hati, keningnya dijongketkan.

“I got to go now. Apa kata kita date next time? A cup of tea, maybe?” Danielle mempelawa Haziq. Dia langsung tidak menyedari kewujudan Afaaf di situ.

“Amboi, amboi! Suka-suka je nak bawa boyfriend orang pergi date kan?” Monolog Afaaf dalam hati lagi.

“Sure. That'd be great! I miss you and ada banyak benda yang I nak share dengan you!” Haziq mengangguk teruja, membuatkan senyuman Danielle semakin lebar.

“I miss you?! Aku yang kat sini ni apa? Batu? Suka hati je nak mengaku rindu perempuan lain depan aku. EEE GERAM!!” Gumam Afaaf dalam hati.

“Okay. See you later, bye!” Danielle menghadiahkan kenyitan mata kepada Haziq sebelum meninggalkan kafe tersebut.

Haziq melabuhkan punggungnya semula di atas kerusi tetapi matanya masih terlekat pada figura Danielle yang melintas jalan. Afaaf memukul meja tersebut dengan kuat, membuatkan Haziq terkejut.

“Kan senang, kalau awak ajak je dia date sekarang?! Boleh juga saya blah awal sikit!” Amarah Afaaf, dia meninggalkan Haziq terpinga-pinga.

Haziq menggaru kepala, “Eh, aku salah cakap ke? Salah ke kalau aku rindu Danielle? Danielle kan kakak Dylan and lagipun dia sepupu aku. Salah ke apa aku cakap, eh?” Dia benar-benar dilamun hairan.

•●•●•●•

• Talks abt a jealous girlfriend 😂

Surgeon In LoveWhere stories live. Discover now