• Part XXIII •

12.5K 734 35
                                    

Emma masuk ke ruangan pejabat Tengku Shamri. Dia tidak menyangka bahawa Dylan juga berada di situ. Dia duduk berhadapan dengan Dylan setelah dipelawa.

“Kenapa professor panggil kami?” Soal Dylan, dia juga ingin tahu mengapa Emma turut berada di situ.

Tengku Shamri mengangguk, “I want to discuss about your marriage.” Ujarnya.

“Tengku Shamri! What are you doing?!” Emma meninggikan suaranya. “Saya pasti Dylan takkan setuju dengan perkahwinan ni and so do I.” Emma dengan yakinnya berkata.

“Saya setuju.”

•●•●•●•

Emma dan Dylan memulaukan diri daripada khalayak ramai. Emma meneruskan langkahnya dengan laju tetapi terhenti apabila seseorang menarik pengikat rambutnya dan menyebabkan rambutnya terurai. Emma berpaling dan matanya bertembung dengan Dylan yang tersenyum lebar.

Emma cuba merampas kembali pengikat rambutnya tetapi gagal, “Why?!” Soal Emma, dia mula hilang sabar. “Kenapa awak setuju nak kahwin dengan saya?!” Soalnya lagi. Dia menyelitkan rambutnya ke belakang telinganya.

Dylan maju selangkah lalu memegang kedua-dua bahu Emma, “Tak payahlah nak berdrama sangat.” Ujar Dylan tertawa.

Emma berjaya merampas semula pengikat rambut miliknya. Dia kemudiannya mengikat semula rambutnya yang terurai itu. Dylan mengeluh lalu merapatkan wajahnya dengan wajah Emma.

“A-awak nak buat apa ni?” Soal Emma tergagap-gagap.

Tiba-tiba, rambut Emma terurai sekali lagi. “Kau nampak lebih cantik bila rambut kau terurai macam ni.” Beritahu Dylan lalu menjarakkan wajah mereka semula. “Kau ingat tak bila aku janji yang aku akan bantu kau lupakan dia?” Soal Dylan. Emma tidak bersuara. “That's why aku setuju nak kahwin dengan kau.” Tambah Dylan.

“So, awak nak kahwin dengan saya semata-mata sebab tu je?” Soal Emma, tangannya disilangkan lalu dirapatkan ke dada. “What about love?” Soalnya. Dia merenung dalam ke mata Dylan.

“Pernah dengar tak bercinta lepas nikah?” Soal Dylan masih tersenyum. “Maybe aku akan jatuh cinta kat kau lepas kita kahwin. You got nothing to lose, Em.” Tambah Dylan lagi.

“Nothing to lose?! What if kita bercerai?! Saya tak nak bergelar janda!” Emma terbayangkan dirinya sebagai seorang janda.

“Kau ingat kau je ke yang dapat tempiasnya? Kalau kita cerai, aku pun bergelar duda. Dua kali lima je kot.” Balas Dylan dengan selamba. “So, kau nak kahwin ke tak?”

ERGH! Awak ni memang gilalah!” Emma menghentakkan kakinya berkali-kali.

Emma kemudiannya berlalu pergi dari situ. Dylan meledakkan tawanya yang dari tadi ditahannya. Dylan kemudiannya mengejar Emma.


•●•●•●•

Mesyuarat bagi membincangkan Annual Vacation diadakan dan semua staf yang berminat untuk menyertai percutian itu menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut. Termasuklah F4.

Dylan merenung Emma. Emma menoleh ke arah Dylan lalu merenungnya dengan tajam. Dylan menggelengkan kepalanya sambil tertawa.

“So, ada sesiapa yang nak suggest this year vacation destination?” Haziq mengetuai mesyuarat tersebut.

“Bangkok?” Seorang doktor mencadangkan.

Haziq berfikir sejenak, “Bangkok? Last year kan dah pergi. Next?”

Dylan mengangkat tangannya. “I would like to suggest Bali as our vacation destination this year.” Beritahu Dylan.

Emma mengerling ke arah Dylan dan Dylan menjongket bahu. Emma menggelengkan kepalanya dan fokus kembali pada mesyuarat itu.

Setengah jam kemudian, mesyuarat tersebut berakhir dan Bali terpilih sebagai destinasi percutian mereka pada tahun itu. Banyak cadangan tempat-tempat yang menarik seperti Australia, Singapore dan China tetapi oleh kerana Dylan mencadangkan Bali, ramai peminatnya yang terdiri dari para gadis mengundi untuknya.

•●•●•●•

Langkah Afaaf terhenti. Dia mendongak dan mendapati Haziq sedang berdiri di hadapannya. Fail di tangannya dipeluk rapat. Afaaf hendak meneruskan langkahnya, namun terhenti apabila Haziq memanggil namanya.

“Saya tahu we didn't have a great start and I'm very sorry kalau saya pernah sakitkan hati awak.” Beritahu Haziq dengan perlahan. “Saya nak start balik and kalau boleh saya nak jadi kawan awak. I mean, kita kerja kat tempat yang sama so buat apa nak bermusuhan?” Tambah Haziq lagi, tersenyum penuh harapan.

Afaaf sukar menelan perkataan kawan yang dikatakan oleh Haziq. Afaaf menganggukkan kepalanya. Dia sempat menghadiahkan Haziq sebuah senyuman sebelum berlalu pergi.

Haziq terduduk di sebuah kerusi setelah figura Afaaf hilang dari pandangan matanya. Dia memegang dadanya dan tersenyum pahit.

“You're doing the right thing, Haziq.” Ucapnya perlahan.

Haziq tidak menyedari bahawa Afaaf masih berada di sebalik selekoh hallway itu. Afaaf menyandarkan belakangnya ke dinding dan mengeluh kecil.

“What's wrong with you, Afaaf?” Soal Afaaf perlahan.

Emma sedang mengemas pakaiannya untuk percutian mereka ke Bali lusa. Sedang dia sibuk mengemas, telefonnya berdering menandakan sebuah notifikasi daripada WhatsApp.

Dylan : Kau dah tidur ke?

Emma menggelengkan kepalanya kemudian dia menyedari Dylan tidak dapat melihat gelengannya itu. Jarinya segera menaip balasan kepada Dylan.

Emma : Belum lagi. Kenapa?

Setelah menekan butang send, Emma meneruskan sesi mengemas barangannya. Tidak lama kemudian, telefonnya berdering lagi.

Dylan : Jom lepak Kedai Mamak. Lapar.

Emma tertawa sambil menggelengkan kepalanya.

Emma : Dah lewat malam ni, next time jelah. Saya pun dah nak masuk tidur dah.

Dylan : Fine. Goodnight, sweetdream.

Emma : Ok, you too.

Dylan : Takde ke I love you utk future husband kau ni?

Emma : I hate you!

Dylan : I hate you too, Emma Mikayla.

Emma menggelengkan kepalanya lagi. Dia mula berasa lenguh pada bahagian leher kerana sering menggelengkan kepalanya. Emma mematikan telefonnya lalu merehatkan diri.

•●•●•●•

• Buenos días 🐣 hari ni saya bgun awal sbb ada kelas tuisyen 😭 jgn lupa vote k 🌟

Surgeon In LoveWhere stories live. Discover now