Emma duduk di atas sofa. Matanya tertancap pada skrin televisyen tetapi fikirannya melayang ke awangan. Dylan yang baru sahaja menunaikan solat fardhu Isyak segera menghampiri Emma.
Dylan duduk di sebelah Emma tetapi Emma masih lagi termenung jauh ke arah skrin televisyen. Dylan meletakkan lengannya disekeliling bahu Emma membuatkan Emma tersentap dari lamunannya.
“Eh, awak dah habis solat ke?” Soal Emma apabila dikejutkan dari lamunannya.
“Ha'ah. Dah lama dah.” Beritahu Dylan. “Jauh awak termenung.” Tegur Dylan.
Emma tersenyum hambar, “Dulu, arwah mama selalu bacakan buku cerita untuk saya sebelum saya tidur. Dalam banyak-banyak buku cerita yang mama pernah bacakan, saya paling suka Alice In Wonderland.” Beritahu Emma. Matanya masih lagi pada skrin televisyen dengan senyuman terukir di bibirnya.
Dylan turut melihat ke arah skrin televisyen yang sedang memaparkan Alice In Wonderland. “Kalau awak tak kisah saya tanya, arwah mama awak meninggal sebab apa?”
“Masa umur saya lapan tahun, arwah mama disahkan menghidap kanser stage four. Then, ayah saya, Tengku Shamri kahwin dengan mak Iz. It turns out that arwah mama, ayah and my step-mother bersahabat baik sejak tingkatan dua lagi. That's why I feel so betrayed.” Emma mengesat air matanya. Emma menoleh ke arah Dylan. “Parents awak pula kat mana? Masa wedding day kita hari tu, dorang tak datang pun.” Soal Emma pula.
Dylan menarik nafas dengan dalam, “Ayah saya—he's a foreigner, Swedish and mak saya orang Melayu. My mom, datang dari keluarga yang berada. Ayah saya jadi doktor peribadi keluarga mak saya and thats how they met. Jatuh cinta, kahwin.” Jelas Dylan. “Then diorang get divorce when I was ten or something but diorang berpisah pun dengan cara yang baik. They said, they don't love each other anymore straight to my face and probably that's why saya tak percaya dengan cinta.” Beritahunya.
Emma mengangguk faham. Dia merenung wajah Dylan dengan penuh kasih sayang. “Where are they now?” Soalnya lagi.
“Ayah saya kahwin lagi and mak saya— she's gone. Road accident.” Mata Dylan berkaca.
Emma menyandarkan kepalanya pada dada Dylan disekeliling bahunya. Emma menguis hujung bajunya dan malam mereka dipenuhi dengan kesunyian.
•●•●•●•
Dylan baru sahaja hendak masuk ke dalam pejabatnya apabila dia secara tidak sengaja tertangkap kelibat Sheeyra yang berlalu pergi. Dylan menarik nafas dengan dalam lalu mengekori Sheeyra.
Sheeyra baru sahaja hendak masuk ke dalam keretanya, mujurlah Dylan sempat menghentikannya. Sheeyra memandang Dylan dengan riak wajah yang terkejut.
“I need to say something.” Beritahu Dylan kepada Sheeyra.
Sheeyra menutup pintu keretanya semula. “Cakaplah.” Wajah Sheeyra berubah dingin.
“Can you—” Dylan menarik nafas dengan dalam sebelum meneruskan. “Can you please move on? Forget me, forget us and just for once, make yourself happy.” Dahi Dylan berkerut seribu.
Sheeyra mengeluh sinis, “Make myself happy? Ke awak suruh saya buat macam ni so Emma could be happy together with you?” Soal Sheeyra kembali. “If that's what you're trying to do, then I can't.” Sheeyra membuka pintu keretanya semula.
Dylan menahan pintu kereta tersebut daripada terbuka luas, “Awak nak saya melutut depan awak ke baru awak nak berhenti?” Soal Dylan. Sheeyra sebaliknya diam tidak bersuara. “Fine.” Ucap Dylan perlahan.
Dylan perlahan-lahan melutut di hadapan Sheeyra membuatkan Sheeyra tergamam. “Dylan, awak buat apa ni?!”
“Sheeyra, please I'm begging. Please forget all about us. Saya tak pernah anggap awak lebih daripada seorang adik and I'd like for it to stay that way.” Mata Dylan berkaca. “Saya tahu kalau saya tak buat macam ni, awak takkan pernah berhenti and trust me Sheeyra, semua yang awak buat ni hanya memusnahkan diri awak sendiri—and if it's possible, saya tak nak jadi penyebab hidup awak musnah.” Dylan mengesat air matanya. “So please, Sheeyra. Saya betul-betul merayu kat awak, tolonglah berhenti. Please. Just make yourself happy, for once.”
Sheeyra merendahkan badannya. Dia memegang bahu Dylan lalu dia memaksa Dylan untuk berdiri semula. Sheeyra memandang wajah Dylan dengan mata yang berkaca. Dia menarik nafas dalam lalu menoleh ke belakang.
Sheeyra masuk ke dalam perut keretanya. Tanpa sebarang kata, Sheeyra memandu pergi dari situ. Dia meneruskan perjalanannya meninggalkan perkarangan hospital. Air mata tidak berhenti daripada bercucuran dan disertai dengan esakan yang kuat darinya.
Sheeyra menekan pedal brek dan berhenti di bahu jalan. Sheeyra memukul-mukul stereng keretanya sambil menjerit. Semakin lama, jeritannya bertukar menjadi esakan semula. Sheeyra melentokkan dahinya pada stereng kereta.
“Why do you have to do this to me, Dylan?” Gumamnya.
•●•●•●•
Emma memarkir keretanya di parking lot berhadapan apartment. Dia menekan butang lif yang membawanya ke tingkat teratas apartment tersebut iaitu tingkat 13. Emma melihat sekelilingnya dan menyedari tidak banyak yang berubah sejak kali terakhir dia ke situ.
Emma berhenti di hadapan sebuah pintu. Dia menarik nafas dengan dalam. Belum sempat Emma mengetuk pintu, pintu tersebut terbuka lalu terpampanglah Afaaf di hadapan pintu. Mereka berdua terperanjat.
“Eh, Emma! Kau buat apa kat sini?! Masuklah.” Pelawa Afaaf.
“Terima kasih.” Balas Emma.
Setelah membuka kasut, Emma masuk ke dalam rumah Afaaf dengan ucapan salam yang disahut oleh Afaaf. Emma duduk di atas sofa setelah dijemput. Afaaf hilang ke dapur dan beberapa minit kemudian, dia kembali membawa teko teh dan dua buah cawan.
“Kenapa kau tiba-tiba datang sini ni?” Soal Afaaf sambil menuang teh ke dalam cawan.
“Kau dengan Haziq, okay ke?” Soal Emma.
Afaaf terhenti daripada menuang teh ke dalam cawan. Dia bangun dari duduknya. “Kalau kau datang sini semata nak cerita pasal Haziq, aku rasa baik kau pergilah.” Beritahu Afaaf lalu berpaling untuk meninggalkan Emma.
“Kenapa?” Langkah Afaaf terhenti. “Sebab Danielle? Sebab Haziq—”
“Emma, kau boleh tak stop being selfish just for once?!” Afaaf berpaling semula menghadap Emma.
“Aku selfish? Kau yang meragam tak tentu pasal sebab Danielle—”
“Kenapa?! Tak boleh ke?! Kau je ke yang layak nak rasa marah?! Kau je ke yang layak nak rasa sedih?!” Afaaf melepaskan geramnya.
Emma bangun dari duduknya, “That's not what I mean, but boleh tak kau at least think twice sebelum kau tinggalkan Haziq—”
“Think twice?” Afaaf mengeluh sinis. Tangannya disilangkan lalu dirapatkan ke dada. “Come onlah, Emma! Masa kekasih lama kau, Iz tu tinggalkan kau, bukan main lagi kau marah kat suami kau tu. Did you think twice before that? No! So layak ke kau nak bagi nasihat kat aku?!” Sindir Afaaf. “You're just pathetic as I am, Emma. So you better help yourself first before trying to help other.” Tambahnya lagi.
“Is that how you thought of me, Afaaf?” Soal Emma. “Fine! Tinggalkan Haziq! Do whatever you want! I don't give a damn anymore!” Emma menutup pintu sekuat yang mungkin dan pergi meninggalkan kawasan apartment tersebut.
“I don't even give a damn about my life anymore, Emma. So why should you?” Soal Afaaf sendirian.
•●•●•●•
• Girls drama 💁 chapter yg akan dtg semuanya sedih" belaka sbb author dia tengah sedih so citer ni pun kena ikut sedih sekali hahahahaha anyway, nnti ada satu watak yg mati. eh mcm kejam pula, tukar prkataan 'mati' tu prgi 'meninggal' 😂 Don't forget to vote 🌟
YOU ARE READING
Surgeon In Love
RomanceHighest Ranked #25 in Romance ------ Emma Mikayla baru sahaja ditugaskan di sebuah hospital swasta sebagai Thoracic Surgeon. Dia menyangka bahawa hospital tersebut hanyalah hospital swasta yang biasa namun sangkaannya salah. Hospital tersebut mem...